anda kurang percaya dengan gambar di atas ??? kita lihat pula gambar di bawah.sebenarnya blogger PR telah mengelirukan anda.anda jijik kan kalau makan dalam tandas ??? lagi jijik kalau makan sambil bau busuk betul tak ??? adakah pelajar ini buat semua itu ??? INGAT !!! TANDAS DAN BILIK PERSALINAN BERBEZA !!!!
ANDA NAK LAGI ???
KLIK DI SINI
DAN
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
IKUTI LUAHAN DI BAWAH
Coretan anak pengetua sk sri pristana.Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi mereka.Hentikan fitnah.Saya akui,saya sendiri sebak membaca status farah asyikin
(Terjemahan)
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya,tetapi kali ini,entah kenapa,saya rasa seperti tersekat.Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi.Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku.Didalam hati,saya menangis.Menangis kuat.Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.
Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya.Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri.Saya tak boleh salahkan mereka.Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan?
Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas",ya Allah,itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN.
Sekarang,sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya.Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka? adakah kamu benar tahu,dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum?
Kalau benar kamu prihatin,kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan).Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa,makan di tempat yang seakan-akan mewah.Mereka diberi layanan yang sama.Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim,membuatkan hal ini menjadi isu besar.Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?
Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri.
Ye,ayah saya.Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu,paling tidak pun untuk menulis post ini.Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain ,belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga.Tetapi,apakah yang berlaku sekarang ini?
Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias,kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik.Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan,tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah.Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum.Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah.Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita.
Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu,mereka menyerang ayah saya di facebook,di setiap post ayah dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.Tolonglah,jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan,hentikanlah fitnah.Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini.Dengan nama Allah,saya memohon ,ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya.Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang.Jika Kamu rasa,saya menulis ini adalah untuk meraih simpati,kamu memang benar.Jika dengan berbuat demikian,boleh membantu ayah saya.
Untuk pengetahuan,oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini,ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat.Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa,cukup untuk saya mengatakan tidak.Saya pasti,sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.Tabahkan hati Farah.InsyaAllah Allah bersama org teraniaya.Kebenaran akan terbongkar juga.saya mendoakan.saya juga percaya,kawan saya akan tetap disini bersama saya,tak kira apa warna kulit dan kepercayaan.Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik,saya percaya dengan mereka.Kepada yang tidak mengenali saya,tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula.Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya.Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu.Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini,jika kamu rasakan ianya perlu. -- F.A
UNTUK SELANJUTNYA
Artikel ini di tulis oleh rakan blogger saya yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.
UNTUK SELANJUTNYA
saya akan taip dalam bahasa melayu khas untuk anda
Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.Sejak dari itu,saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza.Dengan bersikap secara adil,saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat :
1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama.Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
5. Sehingga bermulanya Ramadhan,semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"
6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya,itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat,pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin.Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) .Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook,hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
1
12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.
gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam.Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
yg blog pro pembangkang dok sebar fitnah ni mmg patut d laknat... sedap mulut siap ckp kerajaan bn haramjadah sbb biar murid bukan Islam mkn dlm tandas... jgn sbb nik aziz janjikan syurga dorang boleh ckp apa2 sedap mulut je... ini ke puak2 yg nk menegakkan syariat Islam??? well i dont think so...
Post a Comment