Social Icons

Pages

Monday, July 01, 2013

HOT NEWS !!! KALAU BUKAN YDP AGONG SIAPA LAGI ANWAR IBRAHIM NAK HORMAT ??? WAJIB BACA !!!


Reaksi Ketua Pembangkang mempertikai titah Yang diPertuan Agong yang menyeru semua pihak agar menerima keputusan PRU-13 bukanlah mengejutkan.Ini kerana pembangkang tidak pernah bersetuju dengan seruan ke arah sesuatu yang baik.Sebolehnya,pembangkang ingin negara sentiasa berada dalam keadaan tegang, huru-hara dan berpecah-belah.Ini bukan pertama kali pembangkang memperlekeh dan mempersoal titah Raja-raja.Lagipun,kita sedia maklum bahawa perjuangan pembangkang itu adalah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja.Kalau ada pun yang belum maklum mengenainya,hanyalah orang-orang PAS yang selamanya tidak tahu apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu. 

Bagi seorang Ketua Pembangkang menuduh Yang Dipertuan Agong sebagai hanya membaca teks disediakan Barisan Nasional, secara tidak langsung telah melucutkan hak Anwar untuk menyimpan cita-cita menjadi Perdana Menteri negara ini.Anwar seharusnya tahu bahawa Institusi Agong juga mempunyai pasukan pemantau dan pentadbir sendiri yang bertanggungjawab ke atas urusan Yang diPertuan Agong. Oleh itu, tidak timbul soal teks ucapan disediakan oleh BN kerana teks berkenaan harus mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong.Ertinya,Yang DiPertuan Agong punya hak untuk menolak teks ucapan yang tidak menepati pendapat baginda serta menambah atau menitahkan apa-apa perubahan dilakukan ke atasnya. Jelas, Ketua Pembangkang Malaysia adalah seorang yang biadap dan derhaka terhadap Yang diPertuan Agong dengan menganggap baginda sebagai menurut perintah kerajaan dan tidak berhak atau tidak tahu apa-apa.Nampaknya,Anwar membawa strategi yang sama dengan DAP iaitu cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa Institusi DiRaja itu adalah tidak berguna dan tidak perlu. 

Tanpa Anwar sedari,strategi inilah yang menyebabkan rakyat menolak PR dalam PRU yang lalu.Majoriti rakyat Malaysia menjunjung tinggi Institusi Raja-raja dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghapuskan institusi itu. Ia merupakan tonggak jatidiri rakyat negara ini dan sesiapa yang tidak menghormati institusi ini tidak layak mengaku diri sebagai warganegara Malaysia.Memandangkan Anwar tidak menghormati Yang DiPertuan Agong,maka secara dasarnya beliau tidak layak mengaku sebagai rakyat Malaysia apatah lagi menjadi pemimpin negara ini.Yang DiPertuan Agong merupakan institusi yang tertinggi,jika tidak menghormati institusi itu,siapa lagi yang Anwar hormati ??? Anwar sanggup menyembah Amerika dan Yahudi tetapi tidak mengiktiraf Ketua Negara sendiri ???  Entah bila pembangkang akan memahami bahawa mereka wajib terlebih dahulu mengukuhkan jati diri sebagai warganegara sebelum menyimpan cita-cita untuk memerintah Malaysia.Mungkin kita perlu sarankan agar ahli-ahli parlimen pembangkang melalui kursus Bina Negara bagi mengukuhkan dulu semangat nasionalisme sebelum layak digelar wakil atau pemimpin kepada rakyat Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim ni lah yang membuka pintu seluas-luasnya untuk bangsa lain tidak menghormati YDP Agong. Kalau Melayu sendiri tak reti nak menghormati Tuanku Raja, bangsa lain apatah lagi: Mereka tidak tahu adat - kurang ajar.

Demikian juga halnya dengan fenomena culas mengikut undang-undang yang semakin berleluasa. Langgar saja semuanya, kerana ia dianggap sebagai arahan 'pemerintah'. Mereka tidak mahu ikut pemerintah.

Semalam pagi Ahad semasa saya memandu dengan santai sepanjang lebuhraya Utara/Selatan, walau pun tempat-tempat tertentu hadlajunya 80 km/jam atau 90 km/jam tetapi mamat-mamat yang rata-ratanya berkereta besar (tahu-tahu sendirilah siapa pemiliknya kerana orang-orang kaya dan berada saja yang mampu membelinya. Malah kereta berplat Singapura pun tumpang semangkuk) menderu laju sehingga 130 km/jam ke atas. MasyaAllah nak tunjuk kereta besar dan berkuasa tinggi.

Siapa pun sudah tidak mahu mengikut undang-undang kerana ada ketua yang mengajar mereka berbuat demikian. Dan tidak ada tindakan pembetulan dibuat oleh penguatkuasa yang berkuasa.

Saya hanyalah rakyat marhaen yang hanya mampu menggeleng kepala dan menelan air liur kekesalan. I rest my case. Agamigir.

 
 
Blogger Templates