Social Icons

Pages

Wednesday, July 03, 2013

HOT NEWS !!! KAUM CINA MINTA HENTIKAN HIMPUNAN #BLACKOUT505 !!!


Selaras dengan angkat sumpah Ketua Pembangkang di Parlimen,akhbar China Press 20hb Jun lalu turut meminta pembangkang menghentikan siri himpunan hitam.Himpunan hitam, iaitu ‘Black505’ atau sebelum itu diberi nama ‘Blackout’ pada mulanya dijuarai oleh kaum Cina. Dalam beberapa siri awal himpunan tersebut, lebih 90% peserta merupakan dari kaum mereka yang terkinja-kinja menjaja cerita penipuan SPR melalui kejadian ‘blackout’ ketika proses pengundian dalam PRU-13 lalu.Sempena dengan itu juga hampir 70% dari kaum Cina menghitamkan gambar profil di laman sosial mereka. Saban hari pula ada saja himpunan-himpunan kecil anak-anak muda Cina memakai baju hitam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi meneruskan momentum himpunan tersebut.PAS,pada awalnya pula menolak himpunan tersebut dan membuat kenyataan enggan terlibat dalam sebarang anarki. Namun, di kemuncak himpunan hitam iaitu pada Sabtu lepas,kaum Cina memilih untuk bersantai bersama keluarga di rumah dan membiarkan segelintir Melayu PKR dan PAS menyelesaikan apa yang telah dimulakan mereka. 

Akibat penarikan diri kaum Cina itu,maka himpunan yang dirancang menjadi yang paling hebat hanya menampilkan lebih kurang 9,500 orang.Itupun sebahagian besar dari mereka mengadu bosan.Mungkin telah meramalkan bahawa himpunan kemuncak itu tidak akan berjaya,maka China Press terlebih dahulu mengambil sikap seolah-olah kaum Cina tidak terlibat langsung dengan himpunan hitam.Malah akhbar itu mempersoalkan pula tindakan Tun Mahathir membangkitkan soal nisbah kaum dalam siri-siri awal himpunan hitam – konon merupakan sesuatu yang tidak relevan. Akhbar Sin Chew pada 21 Jun pula terus menyalahkan UMNO kerana ‘tidak dapat menerima kenapa kaum Cina menyokong pembangkang’ dan ‘tidak dapat menyelami pemikiran orang muda’.Kita ingin bertanya Sin Chew, ‘orang muda’ yang mana? Yang berhimpun dalam siri himpunan Blackout yang membenci Melayu, menghina Raja-raja tetapi berlindung di sebalik tuduhan SPR penipu, atau yang berhimpun dalam himpunan Black505 berguling bergolek dan cuba merempuh parlimen ??? 

Jika pemikiran orang-orang muda ini yang Sin Chew ingin kita selami,maka kita akan menghadapi kesukaran kerana mereka tidak tahu berfikir.Jika mereka tahu berfikir tentu sekali mereka tidak akan melaungkan undi popular di dalam negara yang menggunakan sistem majoriti kerusi. Dan tentu sekali mereka tidak akan menjerit demokrasi telah mati bagi menafikan keputusan demokrasi. Negara pasti hancur jika cakap sampah-sarap ini dijadikan rujukan. Apapun, jika dilihat dari tajuk kedua-dua artikel di akhbar Cina ini, iaitu mendesak agar himpunan hitam dihentikan serta menyeru kepada perubahan,tampak seolah-olah niatnya murni sekali.Namun,setelah membaca kedua-dua artikel tersebut,apa yang jelas hanyalah sikap hipokrit dan pentingkan diri selain kiasu dan enggan mengaku salah. Kaum Cina nampaknya sedang berusaha menutup hakikat bahawa mereka mengundi pada PRU-13 lalu adalah atas dasar perkauman.

Di samping itu akhbar tersebut juga cuba mendesak semua pihak menerima bahawa sikap perkauman mereka adalah wajar.Di masa yang sama juga,mereka terus menerus mempertikai semangat membela bangsa Melayu yang dipegang oleh UMNO.Kaum Cina tidak dapat lagi mempertahankan hujah konon mereka mengundi atas dasar kredibiliti, ketelusan dan kepertanggungjawaban kerana parti yang mereka undi iaitu DAP, sudah terbukti sebagai langsung tidak mempunyai semua ciri-ciri itu sehinggakan pemilihan parti sendiri juga dijalankan dengan cara yang begitu kotor lagi samseng.Hari ini,rata-rata bekas pemimpin DAP bangun membongkar dan mendedahkan sikap DAP itu.Maka,secara automatic parti DAP, akhbar-akhbar Cina dan masyarakat Cina yang menolak BN sudah tidak layak lagi bercakap tentang apa-apa jua nilai-nilai murni.Berdasarkan hakikat ini, kita ingin menyeru akhbar-akhbar Cina agar membuang keangkuhan dan hipokrasi.Tulislah dengan niat untuk memperbaiki keadaan bukan untuk kepentingan kaum sendiri. Belajarlah merendah diri sedikit kerana keangkuhan hanya melambangkan kebodohan.Sesungguhnya,hanya mereka yang bodoh yang tidak sedar bahawa mereka telah kalah, terkantoi, terdedah dan ingin terus menipu.Nasihat saya,cukup-cukuplah menipu diri sendiri.Apa salahnya berganding bahu dengan kerajaan menyatukan semua rakyat. Lagipun, seluruh dunia boleh menjadi saksi bahawa kaum Cina tidak pernah ditindas di negara ini.Jika ini tidak benar,tentulah akhbar Sin Chew dan China Press tidak akan wujud sama sekali

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Apa yang di tulis oleh Admin baik ... tapi adakah orang cina membaca blog ini? kena cari jalan untuk sampaikan msg ini kepada orang-orang cian agar mereka paham erti perpaduan sebuah negara. Perpaduan bererti keamanan....

 
 
Blogger Templates