Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto.Tengku Zaihan,37,atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata beliau tiada niat untuk menunjukkan kertas undi itu disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.
"Maklumlah saya ni tidak cukup tidur berbelas hari,badan pun letih.Keadaan itulah menyebabkan tindakan saya jadi spontan."Masa nak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi,jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respons," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak pembangkang kononnya beliau telah melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam.Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut semalam,Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48,dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.
Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan DUN Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh PAS mengenai 16:16 Terengganu Baharu.
"Saya bukanlah penyelamat tetapi pengundi Kuala Besut yang sebenarnya memainkan peranan utama dalam menentukan kemenangan BN dan meneruskan kesinambungan BN memastikan penduduk sini mendapat pembangunan berterusan.Selain daripada sokongan setempat,saya lihat pengundi muda mula beri sokongan kepada BN.mungkin juga ia ada kaitan dengan faktor calon muda diketengahkan BN,"katanya.
Terdahulu,Tengku Zaihan memulakan tugas hari pertamanya sebagai wakil rakyat dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal 10 pagi.Beliau bermula dengan mengunjungi bapanya,Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah,74,di Kampung Gertak Seratus untuk memohon restu sebelum memulakan tugas pertamanya.
Tengku Zaihan yang ditemani isteri,Siti Salbiah Osman, 34,turut bertemu golongan peniaga di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira 30 minit sebelum melawat rumah penyokong BN yang meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit lelah sejak lapan tahun lalu di Kampung Kayu Kelat di sini.Dalam pada itu,Tengku Zaihan berkata untuk permulaan beliau akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan melihat kembali perancangan yang telah dibuat oleh wakil rakyat terdahulu.Tengku Zaihan turut mengakui skop tanggungjawabnya kini lebih luas berbanding pekerjaannya sebelum ini yang juga harus turun bertemu rakyat. - Bernama
BUKAN MAIN LAGI PUAK PR DEDAH GAMBAR NI KAT FACEBOOK DAN BLOG !!!
BENDA TAK SENGAJA LAH !!!
KALAU DAH KALAH BUAT CARA KALAH !!!
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
YB Zaihan , peduli apa orang nak kata , kertas undi yang ditunjukkan kepada orang suratkhabar adalah milik YB , dan adakah salah menunjukkan kertas undi dimana undi yang diberikan oleh YB untuk diri sendiri.
Tak pelu buat ulasan dan minta maaf malah sepatutnya berbangga bahawa apa yang YB buat adalah untuk memberikan info kepada rakyat 'saya pasti beri undi untuk diri saya' dan sewaktu gambar dikeluarkan mungkin orang ramai telah habsi mengundi. Anggap ianya satu koleksi peribadi.
Post a Comment