Social Icons

Pages

Thursday, July 04, 2013

KANTOI !!! 222 AGEN PR AKUI #PRU13 SAH DAN TELUS !!!


Di dalam setiap PRU,terdapat ejen dari setiap parti yang bertanding di setiap kawasan pengundian,yang bertugas sebagai pemantau.Begitu juga dalam PRU-13 yang lalu di mana pemantauan yang sama dilakukan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar bermula dari menyemak nama dan saluran mengundi,sehinggalah kepada pengangkutan peti undi dan pengiraan.Pendek kata,tiada satu pun yang terlepas dari pemantauan ejen-ejen setiap parti.Oleh yang demikian,tindakan PR untuk terus membangkitkan soal penipuan dalam PRU-13 seolah-olah menafikan kredibiliti ejen-ejen mereka sendiri.Perlu diingatkan bahawa ejen-ejen ini dipilih oleh parti mereka dan bukan pihak lain.Pastinya pemilihan agen dibuat dengan penuh teliti oleh setiap parti kerana mereka ini akan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ parti sepanjang proses pilihanraya. 

Justeru,sekiranya ada pihak yang perlu dipersoal oleh PR berkenaan penipuan melalui pengundi hantu,blackout,dakwat dan sebagainya,maka yang pertama sekali harus dipertanggungjawabkan ialah ejen-ejen PR sendiri.Untuk makluman,kesemua ejen yang dilantik PR dalam PRU-13 berjumlah 222 orang.Mereka ini jelas telah menandatangani borang rasmi sebagai mengesahkan keputusan kiraan undi.Hanya selepas borang ini ditandatangani mereka,barulah SPR boleh mengumumkan keputusan rasmi.Oleh itu,PR wajib mempersoalkan kenapa ejen-ejen mereka menandantangani borang tersebut jika benar berlaku penipuan ??? Dan kenapa ejen-ejen mereka tidak membantah atau menangkap 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu ??? Serta,kenapa ejen-ejen mereka tidak menolak pengiraan undi di kawasan terjadi blackout ??? Dan jika benar dakwat tidak kekal menjadi punca kejadian undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi,kenapakah ejen-ejen PR membiarkannya berlaku ???

PR perlu menyiasat terlebih dahulu kesemua 222 ejen yang dilantik mereka sebelum mendesak agar SPR disiasat.Satu post-mortem perlu terlebih dahulu dilakukan di dalam PR untuk mengenalpasti punca terlantiknya ejen-ejen PRU yang tidak boleh dipercayai oleh parti sendiri.Kemudiannya,PR perlu mendedahkan ejen-ejen ini bagi mendapatkan kebenaran sama ada mereka sememangnya tidak pandai membuat kerja atau telah dibeli.Sewajarnya,hanya selepas melakukan semua ini barulah PR punya hak untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti membuat laporan polis atau mendesak siasatan oleh SPRM,mahupun merusuh dan berguling di atas jalanraya.Jika tidak,maka PR wajib menerima keputusan PRU-13 sebagai sah sepertimana yang disahkan oleh 222 ejen mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Unknown said...

Sy setuju dan kenyataan diatas adalah betul...

Anonymous said...

Bukan 222 ejen pembangkang yang meneliti setiap pengundi yang masuk mengundi. 222 itu ialah Wakil Calun kapada semua calun pembangkang yang bertanding semua 222 Parlimen di Malaysia ini. Wakil Calun tidak meneliti setiap pengundi yang masuk mengundi.

Sebenarnya yang meneliti itu ialah Polling Egen (pemerhati mengundi)dan Kaunting Egen (pemerhati kira undi) yang berjumlah berpuluh-puluh ribu orang. Bayangkan, Polling Egen yang diletakkan oleh setiap parti yang bertanding sebanyak satu orang pada setiap dua jam. Dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang secara bergilir seharusnya seramai, paling kurang 4 orang. Ianya diletak disetiap saluran mengundi. Jika satu tempat mengundi ada 6 salurang, maananya 6 saluran di kali dng 4 orang = 24 orang pemerhati mengundi (Polling Egen), samada dari pembangkang atau parti Kerajaan (BN) atau apa-apa parti yang bertanding sedang memerhati orang yang mengundi.

Jika 222 Parlimen, kalikan lah dengan berapa banyak Tempat Mengundi, berapa Saluran Mengundi, dan berapa Polling Egen parti di Saluran Mengundi, jumlahnya mencecah ratusan ribu Polling Egen yang dilantik pembangkang yang tidak dipercayai pembangkang sendiri. Inilah 'dubble-standerd' pembangkang yang sekarang ini mengatakan SPR selewengkan pilihanraya baru-baru ini.

Polling Egen yang dibenar mesuk menjadi pemerhati itu, wajib mengisi Borang A, iaitu borang sumpah yang wajib disahkan oleh Pegawai yang menjaga undang-undang bertauliah.

Jika difikir sepintas lalu, inilah kebodohan pemimpin pembangkang, terutamanya Anwar sendiri yang pula memperbodohkan rakyat dengan membuat bantahan yang sedikit pun tidak mendatangkan faedah kapada negara keseluruhannya.

Anak Lenggong said...

Pengiraan undi dilakukan ditempat pengundian disaksikan oleh setiap agen yang mewakili calun bagi kawasan tersebut dan bukannya didewan tempat pengumuman pemenang. Perjalanan kotak kertas undi yang telah disahkan dengan menandatangani borang A oleh setiap agen calun bertanding akan di sel dan dibawa ketempat pengumuman diiringi oleh agen calun bertanding..so dekat mana nak selit kata ada tambahan kertas undi..lain laa kalau agen calun yang dilantik tu tidur...

 
 
Blogger Templates