Social Icons

Pages

Friday, August 16, 2013

BONGKAR !!! BUKU 'AWAKENING' !!! PAK LAH MASIH TIDUR DIBUAI MIMPI !!!


saya hampir terlepas isu buku yang menjadi kontroversi iaitu ‘Awakening’,yang mampu mengganggu kemeriahan Hari Raya.Tetapi,setelah membaca dan ‘mengorek-ngorek’ ceritanya,inilah dimaklumkan bahawa buku itu tidak menjadi gangguan langsung,malah tidak membawa apa-apa makna atau perubahan pun kepada rakyat Malaysia.Pak Lah berdendam dengan Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang baru kita dengar.Begitu juga dengan hakikat bahawa Bridget Welsh dan James Chin yang menjadi pengarang buku tersebut,kerana kedua-dua mereka ini memang kerjanya membantai UMNO setiap hari dan berita bahawa Nurul Izzah dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum bahawa Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya sememangnya meletakkan sebelah kaki di dalam PR,sementara sebelah lagi di dalam UMNO sebagai ‘jaminan’.Justeru,apa yang dikatakan ‘kontroversi’ di dalam buku tersebut bukanlah kontroversi pun,tetapi sekadar usaha mencipta publisiti oleh para penulisnya,selain usaha beberapa pihak untuk mengucar-kacirkan UMNO dan mungkin juga usaha beberapa pihak lain untuk memenuhi ‘keperluan hidup’ mereka untuk terus menghentam Tun Mahathir.Apapun jua motifnya,UMNO wajar bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas satu lagi pengajaran atau mungkin lebih tepat,‘ulangkaji pelajaran’.

Dari apa yang saya lihat,buku ‘Awakening’ seharusnya membantu menyedarkan UMNO mengenai kewujudan musuh dalam selimut.Berapa kali UMNO perlu ‘diajar’ ??? Pembabitan Singapura,hakikat bahawa para penulis buku tersebut punya hubungan dengan SUARAM dan bahawa PR ‘terlebih mesra’ dengan Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya dan bahawa kesemua mereka menentang seorang individu iaitu Tun Mahathir sepatutnya sudah mampu menyedarkan UMNO.Tun Mahathir telah mengubah Malaysia dari sebuah negara dunia ketiga yang masih ‘baru’ kepada Harimau Asia yang dihormati dan disegani oleh rakan dan juga musuh.Sepanjang perkhidmatannya,beliau hanya membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat termasuk rantau ini dan seluruh dunia.Malangnya,telah menjadi kelaziman manusia di mana mereka yang disanjungi dan dihormati turut mempunyai musuh yang ramai.Oleh itu,adalah menjadi tugas kita untuk memilih sama ada untuk mempercayai dan menyokong musuh yang tidak menyumbang apa-apa selain menghentam Tun Mahathir saban hari, ataupun untuk mempercayai dan menyokong Tun Mahathir atas khidmat jasanya yang tidak berbelah bagi yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini.

Pendek kata,kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk membuat pendirian dalam isu buku ‘Awakening’ ini.Bagaimanapun,hakikat bahawa musuh memilih untuk menyerang di ketika UMNO sedang bersiap untuk Perhimpunan Agong, adalah sesuatu yang amat menarik.Ini kerana ia mampu membuka gelanggang kepada pertempuran terbuka.Pertempuran terbuka adalah peluang bagi UMNO untuk membuat keputusan yang tepat,iaitu memilih pemimpin yang ‘benar’.Perlu diingatkan bahawa perhimpunan atau pertempuran ini boleh jadi peluang terakhir bagi UMNO untuk pulih sepenuhnya.Untuk itu,Pak Lah mungkin memainkan peranan yang tidak lebih dari sekadar ‘subjek wawancara’ dalam buku tersebut sepertimana yang didakwanya tetapi beliau jelas telah menyedarkan kita semua.Terima kasih kepada Pak Lah,kita sekarang dapat melihat dengan lebih jelas di mana kedudukannya di dalam parti termasuklah kedudukan mereka-mereka yang mempertahankannya di dalam UMNO yang senada dengan PR.Kesimpulannya,‘kawan kepada musuh,bukanlah kawan’.Semoga UMNO menerima pengajaran ini dengan sebaiknya,untuk kesekian kalinya.

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

kami rakyat marhaen yang menyokong UMNO cukup tak puas hati perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi tabung haji. Memang betul Azeez banyak buat kerja kebajikan , tapi dunia perniagaan dengan hal-hal kebajikan ni tak serupa. Lagipun Azeez ni ada 'history' yang tak enak didengari . Takkan lah kita nak ungkit balik cerita2 macam tu ?? Seboleh-bolehnya tak nak malukan Azeez, harap dia boleh fikir sendiri untuk berundur sebelum orang buat pembongkaran. Saya dengar sekarang ni pembangkang sekarang ni dalam diam2 sedang kumpul maklumat pasal Azeez , dan jangan terkejut kalau mereka juga ada gambar2 sebagai bukti . Azeez berundur lahh dari Tabung Haji , jadi je pengerusi di agensi2 lain tapi bukan Tabung Haji . Saya rasa Ali Rustam lebih layak seratus kali dari Azeez untuk terajui tabung haji.

Anonymous said...

Dulu dalam satu temuramah akhbar , Azeez Rahim dengan lagaknya mengaku dia mempunyai Ijazah perniagaan dari sebuah University tertua di US iaitu University Preston , lepas tu dia terkantoi bahawa Univesity Preston ni mmg ada tapi universiti yang jual ijazah . Maknanya Azeez dalam menaikkan imej dia sanggup beli ijazah dari universiti preston ni . Apa cerr , ini ka orang yang ada kredibiliti ? Dalam laman web tabung haji masa Azeez jadi salah sorang lembaga pengarah, dipaparkan latar belakang pendidikan ada degree dalam Universiti Preston , tup tup lepas terkantoi... dia boleh padam pulak maklumat tu dari laman web tabung haji . Baiii ... macam ni ka kerajaan lantik orang jadi Pengerusi Tabung Haji . Benda dah diperkatakan oleh rakyat , tapi muka tebal tak reti nak berundur...memalukan lahhh !!!

 
 
Blogger Templates