Social Icons

Pages

Tuesday, August 13, 2013

EKSKLUSIF !!! SYIAH !!! SIMBOL KEPINCANGAN ISLAM !!!


KEADAAN yang wujud dalam negara ini masa kini merupakan simbol kepincangan umat Islam dalam menghadapi dilema yang berunsurkan akidah dan syariah Islam.Perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap umat Islam yang terlalu lalai menghayati konteks ajaran Islam yang sebenarnya.Sikap para pemimpin parti politik umat Islam dalam negara ini yang terlalu ghairah dengan kuasa adalah punca utama perpecahan umat di mana ukhuwah sesama umat Islam adalah berdasarkan kepada parti politik bukan kepada pemahaman akidah dan syariah seperti dituntut oleh Islam.Sikap terlalu taksub kepada parti politik menyebabkan pemimpin parti politik dan penyokongnya mengetepikan prinsip perjuangan Islam yang dituntut Allah SWT. Kuasa dan kedudukan merupakan objektif perjuangan sehingga mereka kabur melihat realiti, konteks dan implikasi berpolitik tanpa berdasarkan kepada etika berpolitik dalam Islam. Keangkuhan yang dipertonjolkan oleh mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk yang tersasar sama sekali dengan perjuangan politik dalam Islam.

Parti politik yang melaungkan perjuangan Islam lebih mirip kepada sikap dan mentaliti golongan Kharijites di mana setiap individu yang bukan ahli dan penyokong parti politik mereka adalah dianggap kafir dan disisihkan walaupun individu itu beragama Islam dan mempunyai pertalian keluarga. Ideologi golongan Kharijites dianuti dan diamalkan oleh golongan parti politik ini sudah sampai ke tahap serius.Apabila pemikiran politik sudah disebatikan dengan ideologi Kharijites maka strategi politik mereka adalah sama dengan golongan Kharijites.Oleh itu golongan ini digelar sebagai kumpulan neo-Kharijites.Apabila prinsip perjuangan tidak berdasarkan kepada etika berpolitik dalam Islam maka sikap dan pemikiran para pemimpin dan penyokong parti politik sering berubah-ubah mengikut perubahan masa dan keadaan sehingga mereka tidak menyedari sikap dan cara mereka mengendalikan urusan politik amat berbahaya kepada masa depan umat Islam. Ini realiti yang jelas ditonjolkan sejak 1980an sehingga kini.

Pada pertengahan abad ke-7 masihi golongan Kharijites tidak bergabung dengan golongan Syiah kerana mereka mempunyai pemahaman dan perjuangan politik berbeza.Dalam abad ke-21 golongan Syiah menyerap masuk dalam parti politik bercirikan ideologi Kharijites demi untuk mendapat kuasa dan kedudukan dalam politik.Ketika ini baru disedari golongan Syiah sudah mempengaruhi ahli-ahli politik golongan ahlu Sunnah wal-Jamaah kerana keghairahan berpolitik menyebabkan mereka sukar menilai kefahaman akidah para pemimpin dan ahli politik mereka.Apabila kuasa politik dijadikan sebagai objektif kehidupan maka sikap dan tingkah laku mereka juga berubah.Jika pada peringkat permulaan perjuangan dalam arena politik menonjolkan kejituan perjuangan Islam sehingga memukau dan membangkit semangat memperjuangkan Islam di kalangan belia dan graduan kolej dan universiti kenapa dalam perjuangan politik masa kini lebih menjurus kepada perjuangan golongan pluralisme?

Sikap begini bukan sahaja boleh menghakis kepercayaan tauhid dalam kalangan masyarakat Islam malah ia boleh memperkukuhkan perjuangan golongan liberalisme di negara ini.Apabila suasana begini wujud maka umat Islam sukar mempertahankan akidah dan syariah walaupun agama rasmi negara adalah Islam. Islam adalah agama yang universal dan setiap individu yang berada dalam negara Islam mempunyai hak untuk menikmati kekayaan dan pembangunan negara.Realiti yang wujud dalam dunia masa kini ialah setiap parti politik yang dianuti oleh sesuatu bangsa mereka lebih menjurus untuk mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa dan agama mereka.Hak dan keistimewaan yang ingin dikongsi sepatutnya perlu diseimbangkan supaya tiada satu golongan yang terlalu banyak berkorban hak dan kedaulatan tanah tumpah darah datuk nenek moyang mereka demi berkompromi dengan bangsa lain.Hakikat yang dapat dilihat oleh umat Islam masa kini dalam negara ini ialah umat Islam perlu banyak berkorban untuk hidup bersama masyarakat lain sehingga ke tahap pengorbanan agama dimana apabila umat Islam ingin melaksanakan sesuatu hukum hakam syariah berkaitan umat Islam maka masyarakat beragama lain juga begitu berani menunjukkan penentangan terhadap perlaksanaan undang-undang tersebut.

Persoalannya kepada kesemua para pemimpin parti politik umat Islam dalam negara ini ialah apakah hasil yang diperolehi oleh mereka dalam pergolakan dan perebutan kuasa sesama sendiri? Akibat daripada pergolakan parti-parti umat Islam masa kini maka pergerakan-pergerakan ajaran sesat dan Syiah bergerak begitu aktif untuk menyebarkan ajaran mereka.Remaja Islam yang berminat terhadap ajaran Islam dan menghadapi kekosongan jiwa mengalih haluan mereka kepada pergerakan tersebut.Golongan ulamak yang dianggap ulamak muktabar sibuk berpolitik sehingga menganuti ideologi Kharijites menghukum orang Islam yang tak sokong mereka sebagai binatang,kafir dan sebagainya.Individu yang terlalu ghairah berceramah agama lebih mirip memperjuangkan parti politik sehingga kurang menekankan aspek kerohanian dan inti sari ajaran Islam yang boleh menyerap hati nurani umat Islam. Tambahan pula terdapat penceramah agama yang tidak terdedah kepada pengajaran ilmu wahyu secara mendalam ghairah memberi fatwa yang mana bertentangan dengan konteks ajaran Islam.

Perkara ini berlaku disebabkan sikap umat Islam sendiri yang terlalu menyanjungi penceramah agama yang terkenal tanpa melihat latar belakang ilmu pengetahuan penceramah tersebut.Para cendekiawan Islam yang memperjuangkan parti bercirikan liberal dan pluralisme lebih gemar menonjolkan kehebatan ilmu mereka dengan membicarakan pelbagai istilah-istilah akademik yang sukar difahami oleh masyarakat awam. Hasilnya berlaku perdebatan dalam isu-isu berkaitan keagamaan dimana perdebatan begini memberi peluang kepada para ilmuan bukan Islam menyertainya. Akhirnya masyarakat Islam ketandusan ilmu wahyu dan konteks ajaran sebenar.Suasana yang wujud masa kini sepatutnya membuka mata semua umat Islam bermuhasabah tentang kesilapan mereka.Pemimpin politik,cendekiawan Islam dan ulamak sepatutnya bermuhasabah dan berfikir sejauh manakah mereka menyumbang perkhidmatan dan ilmu kepada masyarakat Islam.

Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Tanya pada Azeez Rahim adakah dia layak menjadi chairman Tabung Haji??
dengar cerita itu hari kena tangkap USD500, 000. Ketika cuba menyeludup WANG Derma DARI GAZA UNTUK POCKET SENDIRI. SEKARANG dah CEO Tabung HAJI.???
(Azeez Rahim SONGLAP DUIT??) adakah ianya betul?? apa kata anda??

Anonymous said...

Bodoh betul si Islam/Melayu Shiah, yang biarkan diri dipergunakan MUSUH ISLAM!

Memang fahaman Syiah mesti dihalang dari merebak di M'sia/Indonesia; mahupun di mana-mana negara Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, juga sbg strategi PENGHALANG, supaya kita umat Islam, dari berlainan mazhab TIDAK berbunuh sesama sendiri. Strategi melagakan Sunni-Syiah sampai berbunuh sesama sendiri ini juga bertujuan, hendak mengalih perhatian dari Pertubuhan evangelis Kristian Zionis. Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

Jadi fahaman Kristian Zionis digunakan untuk cuba memecahbelahkan orang Islam termasuk dengan menubuhkan pejuang 'jihad' , yang sebenarnya diketuai bukan Islam Kristian Zionis, yang merupakan ejen-ejen CIA-MI6-Mossad-NATO (ramai yang bekas Islam, atau masuk Islam dan asal dari negeri/kawasan yang disasarkan untuk dijajah, contohnya bangsa Timur Tengah atau Asia - sebab mereka akan akan tahu bahasa Arab/tempatan dan berkenaan Islam), tetapi MENYAMAR sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas bukan Islam itu, seperti di Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam (lihat http://www.globalresearch.ca/america-is-running-the-worlds-largest-terrorist-operation/5339835, America Is Running the World’s Largest Terrorist Operation, By Washington's Blog, Global Research, June 20, 2013).

Dan Barat, termasuk di Eropah dan Amerika Utara terutamanya di Jerman, mereka terang-terangan mengamalkan polisi mengambil hanya pelarian Kristian sekarang, contohnya dari Syria. Yang Islam, terutamanya, yang Shiah, dibunuh pengganas-pengganas buas yang ditaja sendiri Barat-Israel (termasuk rejim Jerman yang amat pro-Israel ini) sebagai pemberontak PENGGANAS kepada Kerajaan Syria. Ramai yang ketua pemberontak ini sebenarnya bukan Islam tetapi penganut Kristian Zionis, tetapi menyamar sebagai puak Sunni Islam (seperti yang telah saya terangkan di atas), untuk menghasut anak muda Sunni Islam menyertai mereka, kononnya untuk menumbangkan kerajaan Shiah-Alawit Assad, tetapi sebenarnya untuk menguasai minyak-gas Syria, Lebanon dan Iran termasuk seluruh Golan Heights Syria yang separuh sudah dijajah Israel, yang amat subur serta penuh minyak-gas.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering, yg. adalah masakan kegemaran saya).

 
 
Blogger Templates