Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu,Tunku Aziz.Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti.Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya.Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti.Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai,maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil.
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya,tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis. Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya,Tan Sri Khir Johari.Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu,sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.
Justeru,kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh ??? Bagaimanapun,sukar bagi rakyat untuk merasa yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus.Ini kerana,DAP tidak pernah mengambil tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.Sekali gus,mereka yang bertanggungjawab menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang bertanggungjawab menyebabkan ‘keajaiban’ dalam jumlah undi yang didapati oleh Zairil,masih lagi bebas dan kemungkinan besar,pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang sama.Justeru,apakah jaminan yang beliau atau mereka,tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi ‘menyelamatkan’ Zairil dan juga air muka DAP ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tabung Haji makin lama makin parah , tambah-tambah sekarang Azeez Rahim jadi pengerusi . Dulu aku dengar banyak orang dok bercakap belakang pasal pegawai-pegawai kat Tabung Haji, ada beberapa spesies korup, penting kroni dan kaki sakau. Hang pa cuba teka Azeez Rahim yang dah jadi pengerusi Tabung Haji tu dalam kategori mana satu ?
Ni nak tanya kat Azeez Rahim , betul ka CEO Tabung Haji Real Estate yang beroperasi kat Arab Saudi tu kawan baik pada Jasmi Ismail iaitu abang kepada Ismee Ismail ?? Ini sudah dikira KRONI ! Hang cuba-cuba nak cover ... Ismee Ismail ka dok control Azeez Rahim atau Azeez Rahim yang dok kontrol Ismee Ismail . Peduli la.. yang aku tau dua-dua masyukkk. http://no2azeezrahim.blogspot.com/
Post a Comment