Social Icons

Pages

Tuesday, August 06, 2013

KANTOI !!! ISU PEMILIHAN CEC !!! KENAPA LIM GUAN ENG NAK MAIN WAYANG LAGI ???


REAKSI terbaharu Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang menyanggah arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Julai lalu supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) membuktikan parti itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku. Arahan melalui sepucuk surat rasmi yang ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan,ROS menyebut : "Maklum balas notis Seksyen 16(1),Akta Pertubuhan 1966.Lanjutan daripada maklum balas yang dikemukakan serta siasatan yang telah dijalankan dan setelah menelitinya, ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan.Saya dengan ini memaklumkan bahawa ROS telah memutuskan DAP membuat pemilihan semula CEC parti. Pemilihan ini perlulah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa tahun 2008-2010 dan hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan parti." 

Dua hari selepas menerima surat itu,Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama,ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC.Syarat kedua,DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.Ketika menjustifikasi syarat diberikan,Guan Eng mendakwa,Tindakan ROS memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima pihaknya. "Jika ini alasan dalam proses membuat keputusan oleh ROS,sudah pasti parti pembangkang seperti DAP sampai bila-bila akan dijadikan tebusan lantaran aduan mengarut dan tidak berasas," katanya.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pada itu menambah,DAP berhak dimaklumkan tentang faktor yang membuatkan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan memandangkan segala dokumen sokongan telah diserahkan pihaknya. 

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu. Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Karpal Singh, Chong Chieng Jin,Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung,DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu.Ekoran kesilapan itu,wakil Melayu,Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC. 

Bagi bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor,Tan Tuan Tat,Guan Eng tidak seharusnya berterusan berdolak-dalik dalam isu tersebut semata-mata untuk mengelak daripada akur dengan arahan ROS.Beliau berkata,Kepimpinan kanan parti itu tidak harus bersikap angkuh dengan membelakangi arahan ROS dan juga desakan akar umbi parti supaya diadakan pemilihan semula."Mereka takut legasi Dinasti Lim dalam parti itu tergugat, jadi mereka mencipta pelbagai alasan termasuk menyalahkan perisian Microsoft Excel," katanya yang juga bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek.Menurutnya,sebelum Guan Eng bercakap mengenai keadilan yang sepatutnya diberikan ROS kepada DAP, Setiausaha Agung parti itu perlu menyoal dirinya sendiri, adakah parti itu pernah memberi keadilan kepada ahli-ahli DAP yang dipecat sebelum ini untuk membela diri."Apakah lagi keadilan yang diperlukan oleh Guan Eng,sedangkan ROS sebelum ini telah memberi masa yang cukup untuk beliau mengemukakan alasan yang kukuh berhubung apa yang telah berlaku semasa pemilihan CEC lalu? "Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini dan beliau seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," tegasnya. 

Dalam pada itu,bekas ADUN Teratai,Jenice Lee turut menempelak sikap kepimpinan kanan DAP yang menolak arahan ROS supaya parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.Menurut beliau,sekiranya DAP mahukan penjelasan konkrit daripada ROS berhubung kewajaran parti itu mengadakan pemilihan semula, parti itu juga seharusnya memberikan penjelasan kenapa beliau dipecat sebagai ahli."Klausa mana dalam perlembagaan parti yang menyatakan saya salah? Surat pun tidak diberi sehingga hari ini.Jika ini dibuat,baharu DAP boleh dikira sebagai parti yang bersifat konsisten dalam pendiriannya," kata beliau.Tambah Jenice,beliau turut hairan dengan sikap pemimpin kanan DAP yang bersungguh-sungguh menolak arahan ROS supaya diadakan pemilihan semula CEC sehingga sanggup membiarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya."Sekarang ada dua pilihan iaitu buat pemilihan semula atau mendaftar semula parti. Bagi saya, pemilihan semula adalah cara yang lebih baik," ujarnya.Nasihat telah diberikan oleh mereka yang arif tentang situasi dalaman DAP tetapi kini tidak lagi bersama parti itu.Sehubungan itu,perlukah kepimpinan kanan DAP terus berdegil dan berhempas pulas mencari jalan untuk mengelak daripada mengadakan semula pemilihan CEC? Semakin lama parti itu mengelak, semakin kuatlah tanggapan rakyat bahawa memang benar wujud penyelewengan besar ketika proses pengundian lalu.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates