Social Icons

Pages

Tuesday, August 06, 2013

HOT NEWS !!! ISU SYIAH !!! AKHIRNYA NIK AZIZ MENGAKU JUGAKK !!! ELOK SANGAT !!!


AKHIRNYA peranan media seperti Utusan Malaysia melaporkan penyelewengan akidah dalam kalangan umat Islam di negara ini akibat penyebaran ajaran Syiah diakui oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat.Namun dalam kita menghargai pandangan beliau,kita jangan sekali-kali melupakan siapa yang tergamak meludah sesiapa yang memberi cadangan agenda perpaduan Pas dan UMNO dalam apa jua bentuk.Bukan hendak memulang paku buah keras.Kemasukan apa sahaja fahaman menjadi mudah akibat wujud rongga akibat perpecahan dalam umat Islam yang mengikut ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu sendiri bahana berlainan mazhab politik.Sebaiknya demi mengukuhkan akidah agenda perpaduan tersebut disegerakan oleh pemimpin-pemimpin di dalam kedua-dua parti. Apa saja fahaman yang menyeleweng dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah bersandarkan Mazhab Shafie perlu dihalang dengan penuh semangat perpaduan oleh umat Islam di negara ini.Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi perlu mempertahankan status tersebut demi kelangsungan agama Islam di negara yang 66 peratus berbangsa Melayu.Namun dalam kita istiqamah mengamalkan agama Islam mengikut fahaman Ahlul Sunnah telah wujud fahaman-fahaman lain yang cuba menyesatkan umat Islam demi menimbulkan suasana perpecahan dan kacau-bilau dalam masyarakat Islam di negara ini. 

Bibit-bibit penyimpangan akidah fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah menyebabkan suasana tidak harmoni secara diam-diam.Ini semua berpunca daripada amalan Islam berdasarkan fahaman ikut-ikutan dari warga negara asing sama ada yang datang belajar di negara ini atau datang dengan tujuan berniaga. Sudah menjadi resmi rakyat negara kita yang mudah menerima sesiapa saja yang datang mencari makan seterusnya bikin wilayah di negara kita.Namun setiap penerimaan perlu ada had agar negara kita tidak terus bertukar rupa dari segi landskap sosial dan politik hingga ada cubaan menukar agama anutan orang Melayu di negara kita.Biarlah pahit untuk ditelan kenyataan ini,Namun percayalah jika ia tidak disebut ia akan menjadi duri dalam daging kepada keharmonian masyarakat. Senario pengembangan fahaman syiah atau apa saja cubaan menghina agama Islam oleh pihak tertentu menggunakan media sosial sebenarnya dipantau secara rapi oleh rakyat negara ini walau hanya sekadar mengeluh atau mengomel semata-mata.Tindakan pihak berkuasa yang sejak dari dulu hanya memberi amaran perlu menjadi tindakan memberi saman pula setiap kali perkara tersebut berlaku.

Kalau penghinaan melibatkan binatang yang haram dimakan dan disentuh di sisi Islam seperti khinzir (bak kut teh) dan anjing (video youtube) maka kecelaan yang nyata tersebut perlu tindakan drastik oleh pihak berkuasa. Hari ini kita sedang mengalami suatu ketidaktentuan dalam masyarakat yang kita tidak pasti apakah puncanya hingga Islam dan orang Melayu dicabar jiwa raga mereka.Mungkin ia disebabkan ada pemimpin yang sanggup menyokong pluralisme agama dan kebebasan bersuara secara total.Penghasilan filem bertajuk The New Village yang dikatakan cuba mengangkat imej Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira perlu diharamkan dari ditayangkan di negara ini. Membenarkan tayangannya sama seperti membenarkan pertubuhan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan untuk kembali tumbuh di negara ini.Dalam kita menghadapi cubaan menyemarakkan fahaman yang merosakkan Islam berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah hanya satu formula yang mampu untuk menyelesaikan kecelaruan tersebut.Umat Islam di negara ini perlu bersatu padu tanpa syarat sama ada politik mahupun ganjaran wang RM.Perpecahan akibat politik sempit sesetengah pemimpin perlu ada titik penamat.Cukup-cukuplah kita membicarakan parti mana yang bagus atau pemimpin mana yang bersih. 

Pada masa ini perpaduan antara parti politik yang mempunyai fahaman berlainan dari segi prinsip politik perlu diwujudkan demi memastikan Islam sebagai agama rasmi negara terus dipertahankan. Hari ini pihak berkuasa agama negeri terlalu mengutamakan soal tuntutan zakat dan kebajikan hingga gagal menangani isu akidah yang lebih penting.Tanpa akidah yang kukuh tidak guna kita menjadi institusi agama yang kaya raya tetapi kualiti akidah ummah masih di tahap rendah.Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah perlu lebih terampil dan serius dalam ceramah mereka.Kurang-kurangkanlah elemen gelak ketawa, ditakuti ajaran Islam dianggap perlu disampaikan secara lelucon dan lawak jenaka baru ia dinamakan ajaran yang syumul.Justeru,umat Islam dan pihak berkuasa agama negeri perlu segera menggerakkan agenda ummah secara lebih sistematik dan tanpa memilih bulu. Perpecahan ummah akibat berebut menjadi jawatankuasa masjid perlu dihindari.Hari ini jawatankuasa masjid seolah-olah dikuasai kelompok tertentu yang hanya cenderung kepada puaknya sahaja. 

Sepatutnya jawatankuasa masjid dilantik oleh jabatan agama mengikut personaliti bukan parti kerana ia boleh merosakkan perpaduan ummah itu sendiri.Jika jawatankuasa surau dan masjid dari semua latarbelakang maka perpaduan akan menjurus kepada agenda masyarakat bukan untuk pertubuhan dan individu tertentu.Apabila perpaduan wujud, maka agenda ummah seperti penyerapan fahaman lain dari Ahlul Sunnah dapat dibanteras.Apa yang pasti prasyarat kepada agenda perpaduan tersebut kesemua jawatankuasa surau dan masjid adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Jika sudah bersatu padu jangan pula ada agenda peribadi.Ayuh umat Islam lupakan sengketa,campakkan ketepi fahaman politik yang hanya menguntungkan pihak tertentu.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa jika dia sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya. Hanya kita yang mampu menjaga akidah kita bukan orang lain.Insya-Allah.


APA KATA ANDA ????

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

azman_naim said...

saya setuju & sokong

Anonymous said...

Hallo Bro

Aku nak tanya korang. Apa untungnya umat islam dan bangsa melayu di negara ini bila korang panjang2kan isu Syiah Sunni ni ?

Jangan lah jadi bodoh dan bengap sangat. Korang tak nampak kah Isu Syiah Sunni ni adalah senjata paling berkesan untuk menghancurkan perpaduan melayu secara berkekalan.

Korang tak nampak kah betapa berkesannya Isu Kafir Mengkafir sebagai usaha memisah2kan dan menghancurkan kekeluargaan orang melayu. Suami cerai isteri. Anak buang ayah. Adik buang abang. Dan banyak lagi haru biru.

Tetapi kalau dalam Isu Syiah Sunni akan berlaku yang lebih dahsyat lagi. Sampai sanggup bunuh membunuh. Tolong lah, aku benci Sunni, aku benci Syiah, yang aku mahu hanya Islam sahaja.

Nicky Aizat

Anonymous said...

Lu takde pegangan dalam islam bro kalau u bukan berlandaskan ASWJ...

Anonymous said...

Anon 411pm

Kena lu cakap berlapik2. Kenapa tak kata saja gua ini Kafir kerana tak ikut ASWJ. Kata Kafir pun gua tak kisah. Yang gua kisah kalau lu kata gua Bukan Islam. Itu gua takut sebab Syiah terima Islam, Sunni pun terima Islam. Pada gua kalau gua duduk sebelah Syiah gua tetap Islam, sebelah Sunni pun gua Islam juga.

Cuma orang serupa lu saja tak yakin nak hukum gua apa. Lu pun tak yakin antara Syiah dengan Sunni siapa yang paling betul Islamnya. Lu boleh bagi tahu gua. Sebab lu Sunnah mesti lu kata Sunni paling betul. Kalau lu Syiah gua percaya di rebus dalam kawah air panas satu hari satu malam lu tetap kata Syiah paling betul.

Kesimpulannya dua2 pun betul kerana tidak ada yang tidak betul melainkan betul belaka di sisi Allah swt. Tak percaya, lu bermunajat dan tanya kepada Allah swt.

HassanNik said...

Setuju Sangatlah Dengan Saranan Dan Cadangan Penulis!

Anonymous said...

Salam Nicky Aizat,
Hang tau tak pasal pa SYIAH tu kita kena hapuskan habis-habisan??
Fahaman SYIAH lain la bro, tak sama dengan Ahlil Sunnah Waljamaah!

Negara kita ikut ASWJ sebab HANYA ASWJ saja yang betul-betul ikut TELUNJUK AL-QURAN & SUNNAH RASULULLAH S.A.W. Dalam AL-QURAN pun ada menyebut'TERDAPAT 3 GOLONGAN YANG BERBEZA DIDALAM AGAMA ISLAM IAITU AHLIL SUNNAH WALJAMAAH,SYIAH DAN KHAWARIJ.DALAM KETIGA-TIGA GOLONGAN TERSEBUT HANYA 1 GOLONGAN SAHAJA YANG AKAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T DAN DI MASUKKAN KEDALAM SYURGA IAITU; 'AHLIL SUNNAH WALJAMAAH'.

Mungkin hang belum kenal lagi SYIAH ni yang sebenarnya...
Fahaman orang SYIAH ni memang sangat merbahaya sebab fahaman Orang SYIAH adalah depa lebih mengutamakan untuk membunuh Orang Sunni lagi daripada Puak Yahudi@kafir. Bagi depa, WAJIB untuk membunuh ORANG-ORANG SUNNI daripada membunuh ORANG YAHUDI@KAFIR. CONTOHNYA, Cuba hang tengok apa yang terjadi di IRAQ pada zaman Saddam Hussien dulu... Saddam Hussien digelar sebagai 'pemerintahan kuku besi' sebab dia TERPAKSA BUNUH beratus-ratus orang SYIAH sebab pada masa tu, PUAK SYIAH ni telah membunuh beratus-ratus ORANG SUNNI. CARA PUAK SYIAH ni bunuh Orang SUNNI plak memang ZALIM! Ada yang kena tanam hidup-hidup dan diseksa sampai mati.Tak kurang jugak ada yang kena bakar hidup-hidup. Orang Islam disana berpecah belah hanya disebabkan TERMASUKNYA PUAK-PUAK SYIAH NI LAH...

Memang la hang tak nampak puak SYIAH ni tak dak ancaman lagi kat negara kita ni, sebab PUAK-PUAK SYIAH ni baru nak MEMBESAR JA KAT MALAYSIA ni.Tapi kalu depa dah ramai pengikut, kekuatan depa pun dah agak kuat sikit hang boleh tengok apa yang akan terjadi kat BANGSA MELAYU NI. APA PULAK DEPA AKAN BUAT KAT ORANG-ORANG SUNNI!!!
Bila dah MELAYU PECAH BELAH, APA AKAN JADI KAT ISLAM, LAST-LAST MALAYSIA NI JADI APA LA PULAK NOH...
Lagi satu, FAHAMAN ORANG SYIAH NI memang SAH DAH SESAT. Fahaman depa ni menghalalkan hubungan LELAKI BERSAMA DENGAN LELAKI. Sebab depa TAK IKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W DAN DEPA PUN TIDAK MENGANGGAP AL-QURAN SEBAGAI KITAB & PUAK SYIAH NI JUGAK TAK SUKA KEPADA RASULULLAH SERTA AL-QURAN.DEPA CUMA IKUT AJARAN SAIDINA ALI SAJA.(DEPA AMEK KAT MANA AJARAN SAIDINA ALI NI PUN AKU TAK TAU LAA... HUHUHU!) TAPI YANG PASTI, FAHAMAN SYIAH NI MEMANG ORANG YAHUDI LAH PENGASASNYA. CARA DEPA AZAN PUN BERBEZA DENGAN AZAN AHLIL SUNNAH.ORANG YAHUDI TELAH BERJAYA MENGHASUT ORANG ISLAM YANG TERLALU TAKSUB SANGAT DENGAN AGAMA & ORANG ISLAM YANG TERLALU LEMAH AKHLAKNYA UNTUK MEMECAH BELAHKAN ORANG ISLAM.

Sebab tu lah SYIAH patut diHARAMKAN dan diHAPUSKAN sebelum ia LEBIH PARAH lagi...


KEPADA bangsa Melayu yang terjebak dengan SYIAH tu, TOLONGLAH kembali ke jalan yang benar iaitu AHLIL SUNNAH WALJAMAAH....
Tak ada gunanya anda mengikut FAHAMAN yang memesongkan AKIDAH TU!


INSAFLAH WAHAI SEDARAKU SEKALIAN...






*BUDAK KEDAH*

Anonymous said...

time kasih atas input yg jelas budak kedah..kepada pengikut syiah tu..tolonglah sedar..sile balik ke pangkal jalan

 
 
Blogger Templates