Social Icons

Pages

Wednesday, August 14, 2013

HOT NEWS !!! PADERI AUSTRALIA AKUI ALLAH HANYA UNTUK ORANG ISLAM !!!PR ???


tu dia...paderi australia akui yang Kalimah Allah hanya untuk orang islam.tapi PR kata boleh guna.apa cerita ni ??? lain kali guna otak kalau nak berbicara tentang islam.jangan main hentam jerr.ini lah masalahnya kalau ikut bawah telunjuk DAP.pengecut nak bagitau semua.

8 comments:

QalamQabut said...

Dibawah ini ialah sebahagian komen aku kat sebuah blog beberapa hari lalu tapi masih belum tersiar...

Tapi bila kita bercakap mengenai Kalimah Allah, nak gunakan istillah ‘Allah’ sebagai ganti atau persamaan dengan God atau Lord orang Kristian, aku rasa memang tak kena, lebih2 lagi di Malaysia dan terutamanya di Semenanjung Malaysia ni. Dah berpuluh tahun semua bangsa dan penganut berbagai agama di sini tau Allah tu Tuhan orang Islam. Ada yang sebut Tuan Allah bila nak refer kat Tuhan orang Islam. Pasl apa susah2 nak rebut, nak sangat guna perkataan tu untuk Tuhan orang Kristian kat sini. Tak cukup ke segala istillah yang dah ada dan sedang guna pakai selama ini. Jika selama ini tak ada panggilan khusus untuk Tuhan orang Kristian, lainlah jugak. Itu pun aku akan kata busuk hati, iri hati, dengki. Kalau nak guna istilah tu di negara Arab aku tak kisah sangat, begitu jugak di Sabah atau Sarawak bila dah dikatakan dah lama digunakan di sana. Tapi pasal apa nak berkeras nak digunakan di sini. Tak sedarkah ini isu agama, bukan bahasa, suatu yang bagi aku sangat sensitif bagi penganut agama Islam di sini. Tak ada rasa hormat ke terhadap agama Islam di sini.

Di Sabah dan Sarawak dema cakap ‘naik belon’ bila naik kapalterbang. Menarik, dan tak salah kalau nak cakap macam tu dengan sahabat2 kita di sana. Tapi takkan nak suruh orang sini pun guna ‘naik belon’ jugak? Kita di sini pun tak pernah nak convert Tokong dengan Patung sesuka hati. Atau nak cakap agama Kristian tu agama versi lama yang sepatutnya dilupuskan, yang terkini ialah Islam. Malah kalau nak disambung lagi ada pula Islam versi baru yang nabinya masih hidup, boleh bagi gerenti masuk syurga dengan hanya memangkah di ruang tertentu di kertas undi.

Aku utarakan pandangan ini melalui kacamata orang kampung yang kononnya bodoh dan kolot untuk kita renung bersama. Tetapi bagi aku, yang paling mustahak dan aku percaya betul dan benar ada dalam setiap agama yang kita anuti ialah berbuat baik, menghormati antara satu dengan lain, hidup dalam harmoni dan keamanan. Tak perlu kita menghina, mengejek dan mempersenda kawan rakan, jiran dan kenalan atau sesiapa saja yang ada di atas muka bumi ini. Agama bukanlah sesuatu yang boleh dipermain2kan walaupun secara berjenaka...

Anonymous said...

Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

Anonymous said...

Azeez Rahim patut disingkirkan atau dia sendiri letak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji . Tanda-tanda sakauan bermula apabila gaji dinaikkan bagi anak syarikat Tabung Haji yang tak buat untung dekat Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Takkan nak diam je kott??? Jangan dibiar lama2 , duit rakyat tuuu

Anonymous said...

Semua orang Keristian percaya bahawa Tuhan mereka yg tidak bernama didalam kitab Bible itu ada ANAK. Dan apabila pihak gereja menggunakan nama Allah didalam kitab bahsa melayu mereka itu maka dgn sendirinya ini akan memberi tanggapan bahawa Allah ada anak seperti manusia dan haiwan. Nauzubillah !!!

Sebab itu sebagai Muslim kita tidak bolih memandang ringan isu itu sebab ternyata Allah memang sangat murka. Sila rujuk Al Quran Surah Maryam ayat 19:88 Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahmaan, mempunyai anak". 19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! 19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, 19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahmaan mempunyai anak. 19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar- Rahmaan, bahawa Ia mempunyai anak.

Kalau org Keristian Sabah dan Sarawak memberi alasan bahawa mereka sudah menggunakan kalimah Allah itu dalam kitab bahasa Melayu lebih dari 50 - 100 tahun dahulu, mereka harus ingat bahawa Allah sudah beri amaran itu lebih dari 1400 tahun dahulu lagi.

Bukan isu bahasa atau pun hak exclusive orang Melayu Islam sebenarnya. Yg kami gerunkan adalah dosa SYIRIK, khabarnya dosa begini tidak dapat keampunan dari Allah, nauzubillah. Lagi pun rupa-rupanya kitab Holy Bible mereka sendiri pun melarang.

Sila rujuk kepada :
Deutronomy 4:2
Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
ATAU PUN
"...Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. " ................. Revelation 22:18.
ATAU PUN
Don't add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR…….Proverbs 30:5

Sengaja saya tidak alih kebahasa Melayu untuk kita semua lihat sendiri apa yg memang sudah tertera dari kitab Bible mereka itu. Ayat-ayat itu jelas menunjukkan larangan supaya tidak berlaku sebarang pengubahsuaian kepada mana-mana huruf atau maksud didalamnya.

Sebarang ubah suai yg dilaksanakan akan menyebabkan penggubah mendapat gelaran PENIPU olih Holy Bible mereka sendiri. Kita ingin melihat supaya ada pihak dari Kerajaan atau NGO Islam mahu menggunakan maklumat ini untuk menyelesaikan masalah yg ditimbulkan olih gereja Keristian Katolik ini. Mari kita lihat apa komen pihak keristian ttg larangan dari kitab mereka itu sendiri.

KesimpulanNya segala tindakan Bishop Pakiam yg mewakili Keristian Malaysia mahu pun pihak Vatican Archbishop Morino yg beria-ia untuk mempertahankan hak untuk menggubah ayat GOD kepada kalimah Allah adalah untuk mendapat gelaran PENIPU dari Holy Bible mereka sendiri rupa-rupanya ye.

Pelik jugak bagaimana mereka sendiri pun tak pernah terjumpa larangan itu atau pun sekiranya mereka memang tahu ttg ayat itu mereka MUNGKIN tak kisah untuk di gelar PENIPU.

Sekiranya tuan-tuan dapati maklumat ini berguna silalah sebar-sebarkan. Insyallah.

Muslim said...

Setuju dan redha dgn kekufuran itu kufur !

Anonymous said...

Kalau kita tak lawan HABIS-HABISAN cubaan puak Kristian Zionis DAPigs/PKR nak MENGHINA Islam dgn tujuan MENGKRISTIANkan kalimah maha suci kita, ALLAH SWT, esok, mungkin nama Al-Quran dan Masjid pula nak diKRISTIANKAN utk Injil dan gereja dia! Bahkan nama suci berdasarkan nama Nabi Muhammad SAW kita juga si KRISTIAN Zionis mungkin juga mahu guna!

Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi kembali ke RUMPUN akar, keenakan masakan KAMPUNG Melayu kita, nasi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering)!

Anonymous said...

Nampak sgt. puak Kristian ini mahu MENGHAPUSKAN Islam sbg. AGAMA PERSEKUTUAN dan Tanah Melayu ini sbg. Negara Islam!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Dikampung-kampung dan dipendalaman, orang-orang China sendiri mengaku bahawa 'Tuhan Allah' itu adalah Tuhan orang Melayu.
Hairannya ada segolongan Melayu yang menyokong supaya orang bukan Islam menggunakan istilah 'Allah' untuk Tuhan mereka.

 
 
Blogger Templates