Social Icons

Pages

Friday, August 16, 2013

KANTOI DAN BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM MASIH GILA TALAK DENGAN UMNO !!! WAJIB BACA !!!


Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.Berbagai teori dikemukakan,antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Datuk Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.Kemudiannya,heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Datuk Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.Menurut teori yang dikemukakan Datuk Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.Justeru,Datuk Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO. 

Kononnya,kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Datuk Seri Najib.Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata.Hakikatnya,Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.Oleh itu,‘apa kejadahnya’bagi Datuk Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat ??? Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga ??? Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja,tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.Dalam politik,yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Datuk Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.Dalam politik Malaysia pula,sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Datuk Seri Najib,musuh UMNO dan musuh negara bukan Tun Mahathir,biar betapa pedas pun kritikan beliau.Malah,hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya. 

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Datuk Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.Oleh itu,sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Datuk Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Datuk Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan,hakikatnya,BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat,khususnya orang Melayu,menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.Walhal,orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.Namun,orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.Maka,dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Datuk Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim ??? Bukankah lebih logik jika Datuk Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir ??? 

Justeru,teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.Dalam kata lain,hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa,pastinya merupakan satu perhitungan yang salah

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates