Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.Dalam pengiraan semula tersebut,kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik.Selain itu,DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan.ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat.Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional.Kononnya,BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAP lah yang paling cekap dan telus.Malah,DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.
Untuk itu,DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU,kononnya.Ironinya,pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih,tidak cekap dan tidak telus dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini.Oleh itu,seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor,Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan.Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor,maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi.Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih,inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP.
Dengan cara ini,BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas.Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP.Namun,jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus,DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka,iaitu dengan mengangkat tangan.Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.Setakat ini,sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC,pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion.Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’.Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
ketelusan & kecekapan my ass... br jaga x smpi 2k undi dah huru hara kata spr diri sendiri bergelumang ngan najis... dasar cinabeng x sedar diri
Post a Comment