Social Icons

Pages

Monday, September 30, 2013

EKSKLUSIF !!! RANG UNDANG-UNDANG BARU MENYAMAI EO WAJAR DISOKONG !!! WAJIB BACA !!!


Sejarah kongsi gelap di Malaysia bermula di Perak berikutan penemuan bijih timah di Larut,Taiping yang mencetuskan Perang Larut pada 1861 membabitkan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San iaitu golongan penghijrah dari China kerana berebut kawasan perlombongan.Malah pembinaan Penjara Taiping di Perak pada 1879 juga mempunyai kaitan dengan kongsi gelap iaitu dibina semasa pentadbiran Residen ketiga Perak,Sir Hugh Low bertujuan memenjarakan ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San,di samping memenjarakan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris dan penjenayah yang lain seperti perompak, pencuri dan pembunuh.Sejak itu,kumpulan kongsi gelap dianggotai pelbagai kaum terus bercambah dan kerajaan baru-baru ini mendedahkan terdapat 49 nama kongsi gelap yang diharamkan di negara ini.

Kehadiran kongsi gelap mengancam keselamatan negara kerana mereka terlibat melakukan kegiatan haram seperti pemerasan,penculikan,ugutan,perniagaan dadah,rompakan,perjudian haram,pelacuran,penjualan cakera padat cetak rompak,pemerasan wang perlindungan terhadap perempuan sundal,penari,rumah urut,peniaga kecil dan juga kegiatan ah long.Bagi menangani jenayah dilakukan oleh kongsi gelap,kerajaan telah mewujudkan Ordinan Darurat (EO) 1969 iaitu undang-undang yang membenarkan polis menahan seseorang individu yang disyaki terlibat dalam jenayah tanpa pertuduhan dan perbicaraan dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri.Selepas EO 1969 dilaksanakan,kegiatan gangster terutamanya yang melibatkan kaum Cina semakin berkurangan dan pengaruhnya semakin hilang.Namun tuntutan dan asakan tanpa henti pihak pembangkang telah memaksa kerajaan memansuhkan EO pada 2011 yang akhirnya membawa kepada berlakunya peningkatan jenayah kekerasan terutama insiden tembakan dipercayai berikutan pembebasan 2,473 orang tahanan EO yang dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar undang-undang baharu yang akan dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri nanti menyamai EO bagi membendung jenayah tembak-menembak yang kerap berlaku.Dalam kenyataan disiarkan dalam akhbar pada 16 Julai lalu,Khalid menjelaskan betapa pentingnya undang-undang seumpama EO diperkenalkan kerana untuk mensabitkan seorang penjenayah bersalah,polis memerlukan saksi untuk hadir memberi keterangan di mahkamah ketika pendakwaan dilakukan.Menurut beliau,masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga gagal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan."Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat.Apabila saksi tidak mahu tampil ke depan, bagaimana mahu bawa kes ke mahkamah.Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan itu tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.Oleh sebab itu kita memerlukan undang-undang yang menyamai EO yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah," ujar Khalid. 

Bukan sahaja diperlukan untuk menyelesaikan siasatan dan pendakwaan kes di mahkamah,sebenarnya EO yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) suatu ketika dahulu memang berkesan untuk mencegah kegiatan jenayah dilakukan oleh kongsi gelap.Penulis baru-baru berkesempatan bertemu dan berbual dengan seorang bekas anggota kumpulan kongsi gelap yang pernah ditahan di bawah EO dan bertanya tentang pengalamannya selepas menjalani hukuman.Dalam perbualan dengan lelaki berketurunan Cina berusia 50-an yang kini mengusahakan sebuah kedai makan di utara tanah air itu,dia mengakui betapa EO amat digeruni oleh ahli-ahli kumpulan kongsi gelap menyebabkan mereka berfikir banyak kali sebelum melakukan jenayah.Senang cerita,EO berjaya mengubahnya menjadi manusia baik.Menurut lelaki yang penulis panggil dengan gelaran 'A' itu,EO berjaya bawa dia ke pangkal jalan dan sekarang selepas hampir 20 tahun dibebaskan dari tahanan,dia mampu hidup normal seperti insan lain.

"Dulu ada EO,gangster macam kami kalau nak buat hal kena fikir dua tiga kali sebab tak mahu ditangkap dan masuk pusat tahanan.Dalam pusat (tahanan) kita boleh gila kalau tak tahan mental sebab bosan. Ini kerana dalam sel (bilik tahanan) cuma ada beberapa lorong.Pagi petugas sel akan buka sel bagi keluar sekejap buat kopi dan minum,kemudian kawat,masuk balik sel,dibawa keluar makan dan masuk sel balik.Kalau nasib baik ada juga tahanan dibawa bekerja di bengkel pertukangan di pusat.Bayangkan rutin sama dibuat begitu bertahun-tahun dan paling teruk jika tempoh tahanan yang tamat dilanjutkan setahun dua lagi.Keluar pusat, kami akan dibuang daerah yang hanya membenarkan kami bergerak bebas dalam kawasan itu saja," kata 'A'.menceritakan semula pengalamannya.Kata 'A', dia pernah dibuang daerah di Pantai Remis,Perak dan tidak mengenali sesiapa pun di pekan kecil itu."Saya tak ada tempat tinggal dan kenal sesiapa.Bagi meneruskan hidup,saya buat apa sahaja kerja untuk bayar sewa rumah dan makan.Bila malam tak boleh keluar rumah dan setiap minggu kena pergi ke balai polis untuk lapor diri," katanya sambil memberitahu memang seksa hidup sebagai tahanan EO sebab itu gangster takut dan berfikir banyak kali sebelum membuat jenayah. 

Tambah 'A',sekarang EO sudah tiada menyebabkan gengster bebas melakukan jenayah kerana polis setakat boleh menangkap mereka tetapi jika suspek tidak mengaku salah dan tiada bukti kukuh mahu mensabitkan mereka maka mereka akan dibebaskan semula.Sambil bergurau 'A' berkata,sungguh tidak adil apabila EO dimansuhkan kerana zaman dia dahulu ketika masih ada EO,gengster ditangkap akan ditahan di pusat tahanan tetapi samseng sekarang boleh lepas bebas.Sehubungan itu amat wajar sekali pengalaman diceritakan oleh 'A' menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar menyokong undang-undang baharu menyamai EO seperti Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis lalu.Mengikut Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013,Lembaga Pencegahan Jenayah mempunyai kuasa mengarahkan seseorang yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) ditahan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun. 

Menurut Ahmad Zahid,rang undang-undang itu antaranya bertujuan membenarkan kemasukan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau tanpa perbicaraan sebagaimana yang pernah diperuntukkan di bawah EO (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Sekiranya diluluskan oleh Kabinet nanti,kita berharap rang undang-undang baharu diperkenalkan itu dapat menjadi 'perisai' dan memberi 'taring' semula kepada PDRM untuk berhadapan dengan penjenayah khususnya kumpulan kongsi gelap yang sekarang semakin berani mencabar polis dan menggugat ketenteraman negara.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Hari ini si Suaram-HARAM-KEJADAH buat hal lagi - hantaq memo-BANGANG bantah udg-undg baru yg. dirangka KDN ini!

Yg. herannya si Suaram ini tak berdaftar, dan sepatutnya mana-mana NGO/parti yg. ditaja Barat-Israel, dan MENIPU, termasuk kutip derma walau tak berdaftar sbg. NGO, mesti ditutup dan diHARAMKAN! Kerana ini amat membahayakan KESELAMATAN/KEDAULATAN Islam/umatnya dan bumi PUSAKA tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

KDN kena buka balik siasatan ke atas Suarma, Malaysiakini dan mana-mana NGO/media yg. dpt. tajaan Barat-Zionis; lihat di http://www.thechoice.my/top-stories/60772-foreign-funded-suaram-accused-of-paying-bribes-for-state-secrets, Foreign-funded Suaram Accused of Paying Bribes for State Secrets, 06 October 2012
The Opposition-friendly Suaram is already under investigation for allegedly filing misleading accounts that cover up RM100 million it received in foreign funds. But now it faces a far more serious allegation that strikes at the heart of our national sovereignty.

The Home Ministry is investigating claims that a senior civil servant received bribes from Suaram in return for supplying them with classified government documents. Many of these documents are said to top secret papers and both receiving them and acting on their contents is a very serious crime.
…..Firstly, the obvious national security concerns of such information falling into the wrong hands. There can be no defence of "public interest" when the material involved is so sensitive.
Secondly, the allegation that Suaram paid for the papers. That means it cannot defend itself on the grounds that a well-meaning official leaked it the information. The action involved is bribery.

Thirdly, the fact that Suaram styles itself as a human rights NGO that draws attention to Government mismanagement and corruption. If it has paid money for these documents it has actually commissioned the very type of conduct it has condemned in the past. This would be hypocrisy in the extreme.

And finally, given concern about the role of foreign donors in Suaram, the question must be asked: Who beyond our shores is gaining access to our state secrets? There is a national security aspect to this case that cannot be ignored.

……These most recent developments will turn the spotlight back on Suaram, its foreign backers and their motives. It's already known that one of the groups that has allegedly funded Suaram to the tune of RM20 million, the Washington-based National Endowment for Democracy (NED), is accused of playing "a significant role in attempting to destabilise legitimate governments and replace them with client proxies."

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has also expressed concern about the RM774,000 Suaram received from international currency speculator George Soros through his Open Society Institute. The motivation behind this donation says Dr M, is that Soros wants to pick the next Malaysian PM…..

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

.
Kalaulah NSA ada di mana-mana dan tugasan mereka meliputi intipan maklumat tanpa batas terhadap semua pihak, bayangkan betapa banyak rahsia mampu di korek dari kegiatan gangsterism, penjenayah, pengkhianat, musuh dalam dan luar.

Anonymous said...

luah mati bapak, telan mati emak.

dalam situasi sebegini, Bahtera Merdeka hanya ada satu pilihan yang betul iaitu buat untuk kepentingan rakyat.

makanya kalau rakyat merasa yakin dan selamat dengan adanya undang-undang menyamai EO juteru teruskan ajelah.

 
 
Blogger Templates