Social Icons

Pages

Monday, September 09, 2013

HOT NEWS !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! MALAYSIA NEGARA YANG BERTUAH !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Kalau ditanya sesiapa sahaja di dalam dunia ini,semuanya kalau boleh tidak mahu membayar sesen pun untuk barangan keperluan,produk atau perkhidmatan.Ini adalah sifat semulajadi manusia,selagi boleh menguntungkannya atas kapasiti kepentingn peribadi akan dilakukan tanpa mengira kepentingan yang lebih besar kepada masyarakat dan negara. Inilah yang terjadi dalam isu kenaikan harga minyak petrol RON95 yang dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter.Kalau dahulu kerajaan terpaksa menanggung 83 sen setiap liter minyak petrol RON95 yang dipam ke dalam tangki minyak setiap kereta di negara ini, kini kerajaan mengurangkan subsidi tersebut kepada 63 sen.Langkah ini dipanggil rasionalisasi iaitu menyusun semula pengurusan subsidi yang sekarang ini memakan puluhan bilion setahun.

Langkah terbaru iniakan menjimatkan perbendaharaan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion.Jumlah ini tidaklah begitu besar tetapi jika subsidi-subsidi lain juga dikurangkan sedikit jumlahnya akan menjadi besar jika dikumpulkan.Sekali lagi ingin ditegaskan,tidak ada rakyat Malaysia yang suka harga minyak petrol yang tinggi.Semuanya mahu harga pada tahap tahun 1990an pada kadar kira-kira RM1 seliter sahaja.Pada ketika itu juga,orang ramai juga merungut harga minyak petrol tinggi.Jadi sekali lagi sifat manusia semuanya nak 'free' atau percuma.Namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan bukan sahaja beban kewangan negara tetapi juga bebanan ke atas rakyat.Selama ini kerajaan cuba mengimbangi antara pendapatan dan perbelanjaan.Dalam pada negara menghadapi keadaan dan kemelut ekonomi dunia yang tidak menentu dan terumbang ambing,rakyat Malaysia sepatutnya sedar betapa bertuahnya mereka.Dibandingkan dengan ekonomi beberapa negara Kesatuan Eropah seperti Greece,Sepanyol,Itali atau Portugal,kadar pengangguran dan inflasi mereka sudah mencecah angka dua digit.Sektor perbankan mereka hampir muflis dan memerlukan suntikan pinjaman daripada Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antara.

NAK TAHU APA MAKSUD SUBSIDI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

Kadar pengangguran amat tinggi sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos 'social benefits' yang amat tinggi.Banyak perkhidmatan kesihatan di hospital terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana.Ramai pekerja di kilang-kilang,sektor swasta malahan awam juga terpaksa diberhentikan dan menambah lagi kepada keparahan kadar pengangguran sedia ada.Semua ini tidak berlaku di Malaysia.Setiap hari dan hujung minggu,rakyat san syarikat-syarikat korporat Malaysia masih sibuk menganjurkan majlis terbuka Hari Raya Aidil Fitri di hotel-hotel,pejabat atau rumah walaupun harga ayam sudah mencecah RM7.50 sekilo.Ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak terjejas langsung dengan kenaikan minyak sebanyak 20 sen liter kerana kos menyediakan juadah tersebut jauh lebih mahal tetapi masih sanggup berbelanja.Akhirnya titik logik yang sepatut ada di dalam minda setiap rakyat Malaysia ialah nilai-nilai baik seperti berjimat, perbelanjaan berhemah,serta tabungan untuk masa depan bukannya berbelanja besar hana untuk makan dan minum. 

Inilah kesedaran yang patutnya ada dan bukannya menyalahkan kerajaan setiap kali kos sesuatu barangan atau perkhidmatan naik.Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya mahu menaikkan harga minyak petrol.Mungkin rakyat lupa bahawa banyak barang keperluan seharian dikawal harganya demi melindungi kepentingan pengguna seperti gula,tepung,minyak masak,roti dan sebagainya.Jadi rakyat perlu rasional dan berfikiran matang apabila berdepan denga keputusan kerajaan menaikkan sedikit harga minyak petrol dan jangan terlalu terbawa-bawa dengan propaganda pembangkang.Sememangnya pembangkang akan melihat isu kenaikan harga minyak petrol sebagai peluang terbaik untuk mengeksploitasi keadaan bagi kepentingan politik mereka.Mereka akan mengatakan kerajaan kejam,zalim,tidak prihatin dan sebagainya tetapi jika dihalusi dakyah mereka,pembangkanglah hipokrit paling besar.Mereka mendesak semua menteri termasuk perdana menteri membayar minyak petrol kenderaan masing-masing daripada poket sendiri. Mereka hanya mendesak kerajaan pusat tetapi tidak kepada pemimpin-pemimpin di tiga buah negeri di bawah pentadbiran mereka.Hakikatnya cadangan yang disifatkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudaaan sebagai bodoh dan tidak berakal yang datangnya dari seorang pemimpin pembangkang yang bersifat populis semata-mata tanpa nilai rasional.Bagaimana menteri,timbalan menteri mahu disuruh membayar minyak dengan duit sendiri walhal mereka bertugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates