Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam keadaan di mana
masih banyak tandatanya tidak terjawab.Setakat ini,Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya dari
tuduhan manipulasi dan menipu undi.Guan Eng juga tidak mampu menepis imej
perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat meminggirkan
perwakilan India dalam pemilihan awal. Usaha terdesak setiausaha organisasinya,Anthony Loke,untuk memperbaiki
kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang tidak hadir
mesyuarat atas alasan tidak menerima notis,sebenarnya telah menghantar
surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’, tidak dapat
diterima langsung. Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar surat tersebut,kenapa
pula mereka membuat aduan kepada ROS ???
jika benar surat itu wujud,kenapa
Anthony tidak menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat ???
Logiknya,jika surat tersebut dikemukakan,tentu DAP tidak perlu mengambil risiko
dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan semula dan tidak ada sebab DAP
sengaja menyembunyikan surat tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti
itu cukup ‘takut’ jika terpaksa dibubarkan.Nampaknya,baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng,langsung tidak merasa
bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan penipuan
juga.Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin berang.Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan dan kemarahan
ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan diktator. Ia juga
membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti milik Lim sekeluarga dan tiada
siapa pun yang boleh mengubahnya.
Sepatutnya,DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas
mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada perwakilan. Dengan membiarkan
sahaja kemelut ini berterusan membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP
turut terlibat. Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500 surat dari
perwakilan,maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap
beliau kerana menipu.Ini kerana,jika benar beliau tidak menipu, maka tentu tiada
masalah bagi beliau untuk mengemukakan salinan asal surat tersebut seperti desakan
ramai.DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang bersalah.Tidak
mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika benar ia wujud seperti yang dikata.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment