Kalau bukan dalang 13 Mei,kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ?
Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 yang ditempatkan di pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan,satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.Namun,hingga kini,selepas 44 tahun masa berlalu,Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu,sekaligus mengesahkan penahanannya selepas enam hari tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal lagi.Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti mahu kerajaan laksanakan Suruhajaya Diraja untuk siasat 13 Mei kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta telah diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969.Ekoran tragedi berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969,kerajaan telah mengisytiharkan darurat.Parlimen digantung.Negara diperintah oleh Yang DiPertuan Agong di bawah undang-undang tentera.Tunku Abdul Rahman telah menarik diri daripada mengetuai Mageran, tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tun Abdul Razak.Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi.
Antara tindakan yang diambil termasuk membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang Perlembagaan negara.
Turut dilancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Itu merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, jadi bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai pencetus insiden tersebut ?
Tidak cukup sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri.
Bukan sekadar menepis dalam bentuk propaganda murahan, perlu dilakukan dengan langkah pantas maju ke hadapan yang lebih konkrit, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 adalah tidak sah, dia serta partinya bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah itu.
Mahu digelar jaguh rasis ?
Ini merupakan pandangan pengikutnya,Steven Sim yang menobatkan Kit Siang adalah hero apabila ditahan ISA selepas 6 hari tragedi berdarah 13 Mei.“Pada masa itu,Kit Siang umurnya hanya 28 tahun,partinya DAP hanya setahun jagung (DAP secara rasminya ditubuhkan pada 1966).“Pada 13 Mei 1969, Lim Kit Siang berada di Kota Kinabalu (KK), Sabah.Dia tiada di Kuala Lumpur tempat memuncaknya pergolakan. Komrad-komrad memberi amaran kepada Kit Siang bahawa jika dia pulang ke Kuala Lumpur, besar kemungkinan akan ditahan ataupun mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku ke atas dirinya.“Tetapi Lim Kit Siang bukan penakut, dia bertegas untuk pulang ke Kuala Lumpur.Ketika itu,tiadalah penerbangan terus dari KK ke KL, maka Kit Siang terpaksa singgah di Singapura. Di Singapura, sekali lagi Kit Siang dinasihatkan supaya jangan pulang, nanti jadi mangsa kekejaman politik pemerintah.Pemerintah perlukan domba korban untuk peristiwa 13 Mei dan pembangkanglah target mudah mereka,” tulis pengikutnya itu.
Barangkali inilah yang dikehendaki Kit Siang, mahu anak muda sebangsa dengannya mengidolakan, taksub kepadanya dan mengangkatnya menjadi jaguh rasis memperjuangkan kaumnya sendiri.
Mungkin juga dengan label jaguh rasis itu, Kit Siang mammpu meneruskan legasi memimpin DAP untuk anak dan cucunya.
Steven Sim menulis catatan memuja mentornya di blognya, stevensim.wordpress.com pada 21 Februari 2011,ketika berjawatan Bendahari Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang.
Menurutnya, Kit Siang adalah hero, berani bertanggungjawab, meskipun telah diberitahu oleh pengikut-pengikutnya yang dia bakal ditangkap selepas berlaku insiden 13 Mei 1969.
Steven Sim turut membuat andaian,sekiranya Kit Siang tidak pulang ke Malaysia dan terus menetap di Singapura berkemungkinan dia sekarang menjadi salah seorang penting di negara itu.Namun,Kit Siang mengambil pendekatan sebaliknya dan ditahan di lapangan terbang Subang.
“Lim Kit Siang telah pulang ke tanah air pada tahun 1969 dan terus ditahan “on the spot” di lapangan terbang Subang,” tulisnya lagi.Pengikut Kit Siang yang bernama Steven Sim sekarang ini adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam,individu yang lantang menyokong tindakan A Samad Said dan Hishamuddin Rais mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.
ANDA NAK LAGI CERITA SEBENAR ???
UNTUK SELANJUTNYA
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment