Social Icons

Pages

Monday, October 07, 2013

HOT NEWS !!! ROSELINA MEMBELASAH ZAIRIL KAW-KAW !!! SIAPA ROSELINA NI ??? WAJIB BACA !!!


Seorang pembaca AIDC,bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari mahu Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.“Benar,dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri,dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir.Kami tidak pun mengenalinya,sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.” Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya,Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita,Amir Sharifuddin,Roselina,Juanita,Nazli,Mazita dan Haizan.Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994,Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak yang kemudiannya diislamkan iaitu Zairil dan Yusri. 

Menurut Roselina,selepas bapanya mengahwini Christine,dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu,tapi tak ada bantuan.Dia telah merampas segalanya dari kami.Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa,habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya.Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yang sebenarnya dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim yang baik. “Sebagai anak Pak Khir,saya ingin memberi sedikit komen,tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya.Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang Muslim yang baik,telah khatam Quran dan telah pun dibawa pergi haji.Alhamdulilah.Membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik.Walhal tak seorang dari kami yang lain tidak teringin politik.Biarlah roh arwah Pak Khir bersemadi dengan tenang.Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,”katanya. 

Allahyarham Pak Khir yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya,Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central,Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.Selain Allahyarham,Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak,mendiang Tun H. S. Lee,Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman,mendiang Tun V.T. Sambanthan,Allahyarham Tun Sardon Jubir,mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

isu ini perlu dilihat dalam konteks berikut:

kalau takut di lambung ombak usah berumah di tempain pantai

kalau takut salasilah diri di bongkar usah masuk gelanggang "no hold barred"

Anonymous said...

CINA + CINA = MELAYU !
WAAAAAAAAAA INI FORMULA BARU, SAINTIS GELIGA DARI BENUA MANA NIH !
Well............you can't change this biological formula.

Anonymous said...

some are so lucky that they were born with silver spoon in the mouth.

in another case, there wasn't silver spoon at birth but feeding with ones during the growth spurt is no less lucky.

Anonymous said...

zairil ni kalau dari sudut undang undang, boleh di anggap melayu walaupun jelas bapanya cina....sebab dia bercakap melayu, mengamalkan budaya melayu dan mengamalkan islam....mcm juga ridhuan tee abdullah yg tak lekang bercakap melayu dan berbaju melayu dlm forum perdana rtm tu....

Anonymous said...

bercakap melayu dan membesar dalam kalangan melayu jg mengamalkan kehidupan melayu islam tidak bermakna dia melayu...sebab sebagai rakyat malaysia tak kira apa bangsa sepatutnya wajib fasih dan menguasai bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu....dna bangsa takkan mampu ditukar hanya dengan bahasa....adalah amat malang jika seorang cina mengaku melayu atau melayu mengaku cina kerana sengaja memperlekehkan keturunan sendiri....islam bukan bangsa sebab seluruh dunia ada penganut islam yg pastinya bukan melayu....islam bukan utk melayu sahaja....islam utk semua...tapi memang malang bila ada org islam mencampur adukkan bangsa sendiri...seolah malu mengaku keturunan sendiri....kesian....

Anonymous said...

Dalam blog Saudara Ridhuan Tee (ridhuantee.blogspot.com), beliau letak di sebelah kanan blog profil diri beliau seperti berikut:

1. Name: Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
2. Race: Chinese
3. Chinese Name: Tee Chuan Seng
4. Religion: Islam

Ridhuan Tee tidak pernah merahsiakan tentang keturunannya malah beliau begitu jujur meletak nama Cinanya secara terang-terangan kpd umum.

Apa salahnya guna saja butir-butir diri yang sebenar sebab yang menentukan perbezaan kita ialah iman dan taqwa. Tidak perlu "melesapkan" asal-usul jatidiri keturunan sendiri.

Dlm hukum Islam anak angkat adalah haram dibinkan kpd nama bapa angkat kerana ia ditakuti akan mengakibatkan kekeliruan dlm soal susur-galur yg muhrim dan bukan muhrim.

Ditakuti boleh terjadi anak angkat lelaki yang telah bertukar bin kpd bapa angkat dgn tidak sengaja berkahwin dgn adik kandung sendiri yg masih berbintikan bapa kandungnya atas sebab tidak mengetahui susur-galur sebenar kerana bin dan binti berlainan. Itu sebab Islam membuat yg mencegah kekeliruan demi menjaga institusi kekeluargaan dan keturunan.

Jika tiada sebarang muslihat maka sesuatu yg benar itu tidak perlulah disembunyikan, melainkan sebaliknya.....

Wallahualam......

Anonymous said...

Cina muslim yes/no

Melayu bukan kot

Muslim? wahlahualam

Melayu muslim? jauh pangang dari api kot.

Anonymous said...

bapa borek anak rintek-rintek; maknanya si anak lebih layak ikut jejak ayah dari jejak si ibu. itu dari sudut biologi. namun dari sudut retotik politik lain pula caranya.

dalam konteks retorik politik, anak ikut jejak warna dominan? contohnya kalau si ibu adalah seorang Cina dan si daddy adalah seorang India maka dalam rekod eloklah bangsa si anak diletakkan sebagai Cina.

Johan said...

Mungkin, saya ulang mungkin si Zairil ini anak luar nikah... maafkan saya jika salah...

Anonymous said...

zairil adalah adalah antara bebrapa org yg mana ayahnya(ayah tirinya) tokoh umno tetapi memilih platfom pembangkang dlm poltik/ataupun mempunyai idea yg kontra dgn ayah mereka.spt anwar berahi,tamrin ghafar,marina mahathir

 
 
Blogger Templates