Berita penyokong dan petugas PAS mengganggu,cuba mencabul,bertindak kasar atau menunjuk isyarat lucah kepada Wanita dan Puteri UMNO bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Malah,ia sudah menjadi budaya dalam pilihanraya di Malaysia di mana PAS akan berkelakuan seperti masyarakat jahiliah,tiada adab,tiada akhlak dan tiada maruah dalam keghairahan berkempen.Yang berkelakuan tidak senonoh sebegitu pula kadangkala bukannya anak-anak muda tetapi tua bangka,berjanggut dan berkopiah juga.PRK Sungai Limau tidak terkecuali dari senario yang menjelikkan ini di mana puak-puak PAS termasuk yang tua bangka mempermainkan Puteri UMNO dengan menunjuk isyarat lucah sambil ketawa keseronokan.Tidak cukup dengan itu,sekumpulan lain pula membaling batu bata ke arah Wanita UMNO sehingga menyebabkan kecederaan.Bagaikan beruk yang dirasuk hantu orang-orang PAS langsung tidak merasa bersalah atau malu,malah gembira dan megah menunjukkan perangai buruk mereka kepada dunia.Apa yang menjadi tandatanya ialah kenapa lelaki-lelaki PAS ini memilih untuk menyerang wanita ??? Jika benar begitu gagah,kenapa tidak mencabar lelaki-lelaki UMNO ??? Kenapa hanya berani dengan wanita ???
Apakah dayusnya orang-orang PAS ini ???
Hakikatnya,lelaki-lelaki PAS ramai yang dayus walaupun bukan semua.Tidak percaya,cuba dapatkan statistik berapa ramai dari mereka yang ke hulu ke hilir mengikut ceramah PAS di seluruh pelusuk negara itu yang bekerja dan menanggung anak isteri ??? Berapa ramai yang bergantung kepada pendapatan isteri yang kebanyakannya pula,bekerja kerajaan ??? Berapa ramai yang berkahwin dua atau lebih walaupun tidak mampu ??? Berapa ramai yang tidak bertanggungjawab membantu dengan kerja rumah,membesarkan anak dan memberi perhatian pada keluarga ???
Kebanyakannya,diri sendiri juga tidak terurus jika tiada isteri yang menguruskannya.Kebanyakannya hanya tahu bergebang,bersembang,makan dan tidur menganga bila keletihan sedangkan segala-gala yang lain,diletakkan di atas bahu isteri,iaitu wanita.Pun begitu,orang-orang PAS tidak tahu menghormati wanita.Sebuah keluarga PAS totok,akan menyaksikan suami yang gemar menengking isteri di hadapan orang.Tidak ada istilah berbincang dengan isteri atau meminta pandangan isteri,sepertimana Rasulullah SAW dengan Saiyidatina Khatijah yang saling menghormati.Bagi orang-orang PAS totok,wanita adalah alat semata-mata,sama ada untuk keseronokan sendiri,untuk menjadi abdi menjaga makan minum dan pakai mereka atau pun untuk meraih undi politik.
Bagi orang-orang PAS,Wanita dan Puteri UMNO tentulah lebih rendah darjatnya dari wanita mereka yang sedia dipandang rendah itu.Justeru itu,orang-orang PAS menganggap gangguan mereka terhadap wanita dan puteri UMNO adalah wajar dan tidak salah.
Dari satu segi, benarlah Puteri dan Wanita UMNO tidak setanding wanita PAS.Ini kerana,bukan sekali kita mendengar isteri orang PAS berzina dengan pemimpin PAS,antaranya,di dalam keretapi dan juga di bilik hotel.Mungkin ‘kehebatan’ inilah yang membuatkan orang-orang PAS melihat wanita mereka sebagai lebih ‘mulia’ dari wanita di dalam UMNO.Benarlah kata orang,lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya.Kedayusan lelaki PAS mungkin berkait rapat dengan sikap wanita mereka juga dan mungkin juga tidak.saya tidak tahu.Apa yang saya tahu,ibu lelaki PAS yang menunjuk isyarat lucah dan membaling batu kepada wanita UMNO itu juga adalah wanita.Justeru,sekiranya orang-orang PAS tidak menghormati wanita,memandang rendah dan menganggap wanita sebagai objek,maka mereka sebenarnya berbuat demikian terhadap ibu sendiri kerana ibu mereka juga wanita.Jika orang-orang PAS menganggap ‘semua wanita’ itu sebagai manusia kelas dua,bodoh dan perlu ditolak ketepi,maka mereka sebenarnya meletakkan anggapan itu terhadap ibu masing-masing juga kerana ibu mereka juga termasuk dalam kumpulan ‘semua wanita’.Apapun,saya percaya bukan ibu orang-orang PAS yang mengajar mereka untuk berkelakuan kurang ajar terhadap wanita.Artikel ini mungkin dianggap oleh orang-orang PAS sebagai terlalu kejam,tetapi kebenaran itu sememangnya menyakitkan,lebih sakit dari bata yang dibaling terkena kepala.Semoga mereka yang terlibat dapat bermusahabah diri dan belajar menghormati wanita. Ingatlah wanita juga manusia yang ada di antaranya jauh lebih bijak dari lelaki.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment