Social Icons

Pages

Thursday, November 28, 2013

EKSKLUSIF !!! KERAJAAN DIMINTA BERTINDAK !!! REMAJA MELAYU JADIKAN KK MART LUBUK UTAMA DAPAT MINUMAN KERAS !!!


Sudah lama sebenarnya saya mahu mengulas mengenai penjualan minuman keras secara terbuka yang semakin menjadi jadi di Malaysia ini.Penjualan minuman keras yang pada pendapat saya amat merugikan negara kerana dengan penjualan minuman keras yang meluas telah merosakkan minda anak muda yang ada hari ini. Setakat ini belum ada lagi desakan dari mana mana pihak akan pekara ini melainkan hanya berlagu didalam media sosial sama ada di facebook dan juga Twiiter dan itupun datangnya dari luahan perseorangan.Saya nak merujuk kenyataan dibawah ini : 

Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan berkata,kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat,keselamatan dan kesihatan. "Perkara ini kita kena adakan satu kajian.Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam,yang ada pun mungkin 7Eleven.Jadi kerajaan kena teliti semula," 

Bagaimana Obesti mendapat tempat oleh pegawai kerajaan berbanding penjualan minuman keras yang secara terbuka dan semakin menjadi jadi waktu ini? Adakah kedai makan yang beroperasi 24 jam lebih mendatangkan kerosakkan pada tubuh badan berbanding kedai yang menjual minuman keras 24 jam sehari? Dulu kita dapat lihat penjualan minuman keras melalui kedai serbaneka 7 Eleven yang wujud diseluruh kawasan.Kini KK Super Mart lebih hebat dalam penjualan minuman keras apabila bukan sahaja menjadi pesaing kepada 7 Eleven dalam penjualan minuman keras malah turut menjual pelbagai jenis minuman keras yang bermula dari harga RM 5 ringgit kepada yang bernilai RM 100 Ringgit ke atas.Pemerhatian saya di 7 Eleven mendapati peremis berkenaan hanya menjual minuman keras jenis Beer dan tidak menjual arak jenis lain.Namun di KK Super Mart minuman keras yang dijual bukan sahaja Beer malah segala jenis macam Whiskey,Vodka dan lain lain turut dijual kepada pelanggan nya.24 Jam kita dapat lihat premis KK Super Mart dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat sama ada Warganegara mahupun warga asing yang membeli minuman keras berkenaan.

ANDA NAK LAGI APA YANG TERJADI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

HassanNik said...

Majukan Cadangan Dan Komen Diatas Ke Pengerusi, Lembaga Pelesenan Eksais, Pejabat Tanah Dan Daerah Yang Berkenaan Di Mana Premis Jualan Minuman Keras (KK) Itu Beroperasi. Jualan Minuman Keras Yang Berlesen (dikeluarkan oleh LPE Tadi) Hanya Dibenarkan Menjual Minuman Keras Yang Seperti Dipamirkan Di KK Itu Dari 10 Pagi Hingga Jam 10 Malam Sahaja, Dan Tidak Boleh Lebih. Kebenaran Jualan Ialah Melalui Pemilikan Keatas Lesen Jualan Minuman Keras Secara Runcit.

 
 
Blogger Templates