Social Icons

Pages

Tuesday, November 26, 2013

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PAS AKUI GAGAL MENGAMBIL HATI MELAYU !!! WAJIB BACA !!!


Dalam Muktamar Pas ke-59,Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat,Dr. Dzulkefly Ahmad telah membentangkan satu fakta yang sepatutnya mampu menyentak PAS dari lamunan.Ia berkenaan sokongan orang Melayu kepada PAS yang berkurangan sebanyak 2% dalam PRU yang lalu.Ini bukan kali pertama PAS diperingatkan mengenai sokongan Melayu yang semakin merosot terhadap parti itu tetapi telah berkali-kali.Bagaimanapun,peringatan itu dipandang sepi oleh PAS.Menurut Dr. Dzulkefly,sokongan Melayu terhadap PKR merosot lebih teruk iaitu sebanyak 7%.Apa yang pelik ialah sokongan Melayu terhadap DAP pula dikatakan meningkat sebanyak 2%.saya tidak tahu setakat mana ketepatan pembentangan Dr. Dzulkefly tetapi ia seharusnya diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.Walaubagaimanapun,melihat dari keputusan pemilihan PAS,adalah didapati bahawa PAS telah memilih untuk mempersetankan sahaja peringatan Dr. Dzulkefly itu.Mungkin PAS benar-benar berpegang kepada semangat kesepakatan tulin di mana sokongan terhadap DAP juga dianggap sebagai sokongan terhadap PAS. 

Justeru,tiada masalah bagi PAS jika orang Melayu ingin memilih DAP,PAS mahupun PKR,asalkan bukan UMNO.Mungkin bagi pemimpin-pemimpin PAS,biarpun DAP memenangi kerusi terbanyak di antara sekutu mereka,DAP tetap terpaksa melantik wakil dari PAS untuk memegang beberapa jawatan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.Ini kerana PAS mewakili kaum majoriti di Malaysia dan telah tertakluk dalam perlembagaan kedudukan kaum Melayu sebagai peneraju negara.Oleh itu biarpun kedudukan PAS nanti hanya sebagai boneka,PAS tidak kisah kerana yang penting hanyalah untuk menjaga air muka.Tidak mustahil juga PAS menyangka yang mereka boleh mencaturkan DAP sebaik sahaja memegang tampuk kuasa. Apa yang PAS gagal melihat ialah Muktamar PAS sendiri telah dicaturkan oleh DAP.Kemenangan kumpulan Erdogan membayangkan bahawa PAS bakal berubah haluan sepenuhnya. Maka, apakah logik jika PAS masih berangan yang mereka mampu menguasai DAP ??? 

Sebelum PAS dikuasai kumpulan Erdogan lagi,parti itu sudah pun menunjukkan segan silu untuk membela Islam,contohnya dalam kes Kalimah Allah dan murtad.Semuanya semata-mata kerana takutkan DAP.Kini dengan kemenangan kumpulan Erdogan dalam Muktamar ini,saya pasti,sedikit masa lagi,kita tidak lagi akan mendengar lagu hudud,jauh sekali Negara Islam dari mulut PAS.PAS juga pastinya tidak lagi akan membantah konsert-konsert rock malah tidak mustahil akan turut menerima pluralisme dan liberalisme yang tertakluk di dalamnya hak LGBT dan murtad.Pendek kata,PAS seolah-olah memilih untuk menyerap roh DAP dalam usaha merebut kembali sokongan Melayu yang meningkat terhadap DAP.Sama ada perubahan PAS ini akan membantu memulihkan kekuatannya dalam menghadapi PRU-14 bukan lagi satu persoalan.Persoalan yang tinggal kini adalah,bilakah PAS akan mengumumkan perubahan mereka secara nyata kepada penganut-penganutnya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates