Sebab sebenar kematian lain tetapi cerita yang disebarkan pihak tertertentu lain bunyinya dan boleh memberi gambaran seolah ada kaitan isu kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang digembar gembur kebelakangan ini.Ini mendorong Pengarah Urusan Lynas,Datuk Mashal Ahmad menjelaskan Sabtu punca dua kematian di kilang itu dalam tempoh enam bulan lalu adalah daripada faktor kesihatan manakala satu lagi akibat kemalangan jalan raya.Tidak benar berlaku tiga kematian.Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di perkarangan kilang itu dekat Kuantan menafikan tiga kematian yang berlaku di kilang berkenaan dalam tempoh enam bulan lepas mempunyai kaitan dengan operasi yang dijalankan oleh kilang nadir bumi itu Katanya insiden pertama pada Julai lepas melibatkan seorang bakal pekerja yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika proses temuduga.Pada November,seorang kakitangan kilang itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Seorang jurutera kita yang meninggal dunia awal bulan ini pula disahkan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba sebelum terjatuh ke dalam kolam takungan.Ketika kejadian,mangsa sedang melakukan rutin harian mengambil sampel air untuk ujian sebelum tidak sedarkan diri akibat serangan jantung," katanya.
Mashal dalam pada itu berkata Lynas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,termasuk tindakan mahkamah,terhadap mana-mana pihak yang terus menabur fitnah ke atas kilang berkenaan.
"Sikap mereka ini menyukarkan kami dan tindakan kumpulan ini menyebarkan pelbagai fitnah secara berterusan jelas membuktikan mereka berniat jahat.Berilah peluang kepada Lynas menumpukan perhatian kepada operasi daripada melayan tohmahan tidak berasas ini," katanya.
Mashal juga berkata dakwaan pihak tertentu berhubung kejadian banjir di loji kilang berkenaan awal bulan lalu tidak benar dan tidak masuk akal.Katanya tapak kilang itu dibina selepas mengambil kira pelbagai faktor,termasuk ancaman banjir dan bencana alam lain.
"Kilang ini dibina selepas kita melakukan kajian berdasarkan paras air (banjir) paling buruk sejak 100 tahun lalu.Selepas mendapat data itu,barulah kita bina tapak kilang dan loji memproses nadir bumi.
"Selain itu, kilang ini juga terletak kira-kira 9 meter dari punca mata air,sekali gus kami boleh memberi jaminan bahawa ancaman banjir tidak akan memberi kesan kepada operasi kilang ini," katanya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment