Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza,berhubung isu kenaikan kos sara
hidup penceramah terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang dari pelbagai
sudut khususnya dari tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai ‘Red Bean
Army’.Prof Muhaya sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang
meminta agar masyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untuk mencetus
inspirasi.Menurutnya,umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara
negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia.Tidak
ada situasi di mana harga akan turun.Memang harga akan naik.Bukan apa yang
berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.Kalau kita guna formula kita ini,peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita
menghasilkan hasil kehidupan kita.Kalau peristiwa itu negatif,respons kita negatif, hasilnya mesti negatif.Jadi,kita guna formula,peristiwa negatif iaitu barang naik,respons kita mesti sangat positif,maka hasilnya positif,” katanya.
Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan,malah turut
melemparkan kata-kata kesat,memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yang
tidak baik kepadanya.Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap
beliau :
“Jenis Prof bateri cap ayam”,Mohd Haslin.
“Prof ini penting diri sendiri.Mana perasaan ikhwanul Muslimin.(Hanya) pentingkan
darjat,duit,mengejar kebendaan sahaja.Tidak fikir perasaan orang miskin, mereka
semua tidak minta dimiskinkan.Fikirlah,(sebelum) buat kenyataan, jangan jadi barua”,Halimi Puteh.
“Prof kangkung tak boleh,solusi teori nak buat halwa telinga boleh la”,Puteri Natasya
binti AlBakri.
“Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang, bersyukur, dan think positive”,Cahaya Mataku.
“Ini profesor cari makan,alias profesor kangkung.Kalau dah kangkung,hanya pandai
berteori sahaja.Gaji ribu-ribu bolehlah cakap.Puiiihhhh!!!”,Nazriaziz AlSheikh.
“Ya lah,nama pun profesor,tentulah banyak teorinya. bercakap dari bilik berhawa
dingin berbeza dengan terjun ke medan.tanyalah rakyat yang berpanas,barulah tahu
hakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak”,Insan Sepi.
“Kepala hotak dia la”,Selamat Mad.
“Bangang!!” Pak Berahim Mizan.
“Jadi prof ini,(cakap) ikut sedap mulut je”,Rosniariffin Che’Ros.
“Di saat ini,rasa nak sepak-sepak muka prof.Saya yakin,bila prof rela kami sepak
muka prof,dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata
jadi positif”,Inspektor Shahab.
“Gugurkan gelaran prof.Dia ni tiada kemahiran mendengar”,Khaoril Amri.
“Doc ini ibarat menjolok sarang tebuan,silap hari bulan Macai”,Sheikh Zun Nurain.
“Jangan jadi macam macai la prof,open your mind”,Ahmad Hafiz.
“Sampah sahaja (pandangan yang diberikan),tunggu kau (Prof Muhaya) merempat
nanti,baru kau tahu erti bersyukur”,Pendamping Kehijauan
“Prof paling bongok dalam dunia”,Rashid Wahari
Yang menjadi persoalannya ialah,apabila diteliti semula kebanyakan komentar yang
diberikan datangnya dari akaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalam
bahasa mudah,akaun palsu yang direka secara khusus untuk menyerang personaliti
yang cenderung menyokong kerajaan.Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata di kalangan mereka hanyalah
tentera upahan @ macai yang diberi habuan tertentu untuk menyerang mana-
mana tokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbeza dengan pakatan
pembangkang.Dengan cara itu,mana-mana tokoh atau selebriti akan menjadi takut untuk memberikan
sebarang cadangan atau pandangan yang berbeza.Malah modus operandi yang
digunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukan sebelum pilihan raya umum
yang lalu. Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritik pembangkang dan dilihat cenderung
menyokong kerajaan akan diserang dengan pelbagai kata-kata kesat.
Malah ada
beberapa kes,mereka tidak akan teragak-agak untuk mengugut dan memberikan
ancaman bunuh.Ekoran serangan yang dilakukan itu,Prof Mahaya tampil sekali lagi bagi menjelaskan
maksud sebenar yang ingin beliau sampaikan kepada masyarakat.Di dalam rakaman
video yang dikeluarkan semalam, beliau mengatakan ia bertujuan untuk mendidik
masyarakat agar sentiasa bersikap positif.
“Saya bukan ustazah,bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi.Saya hanya pencetus
inspirasi yang semua orang tahu,gaya saya bercakap adalah untuk kita lakukan pada
perubahan.Kita kena faham,ada benda yang boleh dikawal,ada benda yang tidak boleh dikawal,sebab itu ada doa “Ya Allah,ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubah apa
perkara yang aku boleh ubah, atau kekuatan untuk menerima apa-apa perkara yang
tidak boleh diubah dan kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antara keduanya.Memang banyak pihak, mahu saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan
harga dan sebagainya.Pada saya ia sudah banyak diperkatakan, peranan saya (agar
masyarakat berfikiran positif) dalam mencari jalan penyelesaian” katanya
Paling menarik,beliau turut mengatakan telah memaafkan mereka yang menghina
beliau.
“Saya bukan ahli politik, memang prinsip saya untuk tidak membuat kenyataan yang
berbaur politik.Tujuan saya buat (rakaman) video ini,bukan untuk memberikan
justifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya.Kerana sebenarnya saya telah
maafkan semua orang yang mengata saya.
“Saya Cuma bercakap dari perspektif saya,cara untuk kita melihat sesuatu (masalah)
dan mencari solusi dan bukannya membesar-besarkan masalah” jelas beliau lagi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Teruskan prof muhaya.... bukan sng nak tegakkan kebenaran...
Kalo jenis ustaz cap ayam akan patah hati dan join the group... kutuk dan hina kjaan..
kerja kutuk mmg kerja sng...tp nak membina mkn berthn...
terbaik prof....rs semangat sikit
Nk menegakkan benang yg dh kuyup la tu..poraahh.. Prof poyo..
Kesian..smpai nk buat video sndri..... Knapa x panggil tv3suku je... Blh msuk buletin utama lg.. X layak panggil prof.. Dh sama taraf dgn macai umngok dh..tp x pe prop.. Langit x selalu cerah..roda tu berputar .. Mgkn skrg diatas.. Tunggu la bila ALLAH BG DOK KT KAT BAWAH NNT.. BR TAU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH....
Post a Comment