Social Icons

Pages

Tuesday, December 17, 2013

HOT NEWS !!! ADAKAH BENAR MENTERI KATA 'KALAU TAK NAK BAYAR TOL,GUNA JALAN BIASA' ???


adakah benar dengan kenyataan menteri di atas ataupun sebaliknya ??? siapa yang buat kenyataan di atas ??? saksikan di bawah 

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah. 

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. "Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal,mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini. 

Dalam pada itu,Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan. "Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.


UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT JAWAPAN SEBENAR DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates