Social Icons

Pages

Tuesday, December 17, 2013

HOT NEWS !!! ADAKAH BENAR MENTERI KATA 'KALAU TAK NAK BAYAR TOL,GUNA JALAN BIASA' ???


adakah benar dengan kenyataan menteri di atas ataupun sebaliknya ??? siapa yang buat kenyataan di atas ??? saksikan di bawah 

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah. 

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. "Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal,mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini. 

Dalam pada itu,Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan. "Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.


UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT JAWAPAN SEBENAR DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

di-negara indonesia dan singapura bayaran tol di-semak 4 bln skli, dan rakyat-nya dah biasa kenaikan tol. tapi di-malaysia 5 tahun naikan tol sprti cacing kepanasan.

Anonymous said...

Menang betul kenaikan itu boleh dikatakan biasa tetapi yang perlu diberi perhatian ialah kesan kepada harga dan barang perkhidmatan akan dinaikan dan inilah yang akan menjejaskan rakyat bukan sebab tol..kalau tak percaya selepas kenaikan harga minyak dan sekarang elektrik kebanyakkan kedai runcit telah mula menukar harga kalau tak percaya pegi tengok dalam tempoh seminggu dan buat catatan...setiap hari.. Kenaikan harga barang ini lebih dari 50 peratus..KPDNKK buat tak tahu juga...

Unknown said...

Biasanya penguasaan ekonomi dan menentukan harga barang oleh bukan bumiputra, cara mereka untuk memusnah reputasi kerajaan setiap kali kerajaan ingin mengurangkan belanjawan subsidi, lebihan wang dari penjimatan subsidi akan disalurkan kpd pembangunanan majoriti rakyat Malaysia.Penjimatan subsidi boleh mengurangkan kekayaan mereka.

Anonymous said...

Jangan terlalu berfikiran koperat,bila berada di jabatan perdana menteri.Ianya,boleh melebar luaskan jurang kemampuan mereka berpendapatan tinggi dengan rakyat yang berpendatan sederhana dan rendah.sampai satu tahap dan ketika,mereka yang berpendapatan tinggi sahaja yang mampu berurusan dgn pehak bank.Mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah tersingkir dari carta.Kecuali ada perkhidmatan bank yang nyata,memberi pinjaman tanpa unsur2 riba.Kenaikan harga barang,sememangnya tidak releven utk industri perumahan kos murah sebab rugi atau untung sedikit dan harga rumah tidak melambangkan rumah murah.Pemaju perumahan lebih berminat membina rumah kos sederhana ke atas.Persoalannya, di mana orang2 melayu bumiputera yang mejoriti rakyat malaysia hendak di tempatkan selari dengan kemampuan mereka.Adakah hidup masa depan mereka penuh dgn aktiviti bergolok bergadai.

 
 
Blogger Templates