Di kala krisis CEC DAP belum lagi selesai,parti itu terus mengalami berbagai masalah di
beberapa negeri.Biarpun begitu,DAP nampaknya tidak mampu menyelesaikan semua masalah
ini sendiri kerana pihak kepimpinan enggan mengakui adanya masalah yang berpunca dari
mereka.Hanya dengan aduan dan tindakan dari pihak berkuasa yang mampu memberi sedikit harapan
kepada ahli-ahli DAP untuk melihat sebarang penyelesaian.Di Kedah,bekas Pengerusi DAP,Lee Guan Aik yang ditepis turun dari jawatannya
dengan tidak semena-mena oleh Lim Guan Eng,telah disahkan sebagai masih lagi Pengerusi
Negeri berdasarkan surat dari ROS.Keputusan ROS ini adalah berdasarkan perlantikan Pengerusi baru iaitu Christopher Zairil Lim
untuk menggantikan Guan Aik,telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang
tidak sah.Keputusan tersebut membawa maksud Christopher Zairil tidak pernah dan tidak lagi mempunyai
apa-apa kuasa di Kedah dan Pejabat baru DAP yang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng di
Jalan Putra perlu ditutup serta-merta.Inilah padahnya jika terlalu bongkak dan enggan mengikut undang-undang sehinggakan undang-
undang parti sendiri juga ingin dilanggar.
Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan mengenai apa yang berlaku ini selain Lim Guan
Eng,Setiausaha Agong DAP merangkap anak Lim Kit Siang yang bodohnya sudah melampaui
sombongnya.Selama ini Lim Guan Eng menyangka yang segala tindakannya tidak akan dipersoal atau
disanggah oleh ahli-ahli parti.Sangkanya,semua ahli-ahli DAP telah menerima hakikat bahawa
beliaulah Tokong yang perlu disembah.Namun,beliau tidak sedar bahawa seruan ‘Ubah’ turut dihayati oleh ahli-ahli DAP sendiri dan
kini mereka juga menuntut perubahan.Ahli-ahli DAP mula memberontak dan para pemimpin
bawahan parti itu juga tidak lagi mampu menahan sabar ditendang dan ditolak ke tepi ke tengah
sesuka hati seolah-olah mereka hanyalah boneka.Hakikatnya,pemimpin bawahan seperti Pengerusi Negeri telah dipilih secara demokrasi oleh
ahli-ahli parti di negeri itu.Ini bermakna,mereka punya sokongan dan dihormati.Justeru,sekurang-kurangnya,pemimpin atasan DAP harus menghormati mereka ini dan bukannya
menganggap mereka sebagai hamba sahaya yang perlu menurut perintah pada bila-bila masa.
Jika Lim Guan Aik sudah pasti mendapat sokongan akar umbi di Kedah,Lim Guan Eng
pula belum tentu mendapat sokongan seluruh ahli DAP untuk berada di tempatnya hari ini
berdasarkan aduan wujudnya manipulasi dalam pemilihan CEC.Arahan Guan Aik agar pejabat baru ditutup dan sebarang aktiviti yang diadakan atau dirancang
oleh jawatankuasa interim sebelum ini sebagai tidak sah dan batal,merupakan satu tamparan
hebat kepada Guan Eng.Jelas,Guan Eng semakin kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati atau ditakuti.Lidahnya
yang bercabang serta sikapnya yang bodoh sombong kini semakin lahap memakan diri dan juga
parti.Dengan hanya sedikit kuasa,Guan Eng telah membuktikan kepada rakyat Malaysia apa yang
dituduh oleh UMNO sebelum ini iaitu DAP dipimpin secara kukubesi oleh Dinasti Lim.Jika parti juga dipimpin secara kuku besi,apakah ada yang masih percaya DAP mampu
memerintah secara demokrasi ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Dap Perak tolak Zairil sebab dia muslim.Kalau cina Jeffry Ooi dihantar tidak akan timbul kemelut Dap Perak.
fikirlah..
Dap tetap Dap ...jangan dipercayai walauapapun yg berlaku. Pergolakan dalaman hanya drama semasa... Majoriti orang cina Kedah tetap mengundi DAP. Cina di Kedah adalah minoriti sahaja...mereka hanya nak menjaga kepentingan orang cina di kedah mereka berbuat seolah DAP kedah bergolak.. mereka takut MB Mukhriz menindas orang orang cina kedah seolah orang cina tak menyokong DAP lagi dan beralih ke MCA. Jangan bagi kadok naik junjung spt di Selangor dan KL.
Post a Comment