Social Icons

Pages

Sunday, December 08, 2013

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! PRESIDEN UMNO @NAJIBRAZAK BERJAYA TRANSFORMASI UMNO KEPADA PARTI RAKYAT !!!


UMNO semakin pulih daripada masalah persepsi bahawa ia hanyalah sebuah 'parti kampungan' yang bertapak di kawasan luar bandar sahaja.Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan parti,Datuk Seri Najib telah berjaya membawa UMNO ke tahap yang lebih diyakini rakyat.Program transformasi yang di bawa oleh beliau bukan sahaja ke dalam pentadbiran negara dari segi sistem penyampaian dan ekonomi tetapi juga dalam bentuk politik.Orang kata jika hendak menunjukkan contoh yang baik hendaklah bermula dengan dirinya sendiri dahulu.Begitu juga dengan UMNO sebagai parti pemerintah yang sudah melangkaui usia 67 tahun.Sudah tentu persepsi masyarakat terutamanya pihak pembangkang akan mengeksploitasi isu umur parti sebagai faktor ia sudah 'nyanyuk', 'tua' atau 'tidak relevan' lagi.Dalam kes UMNO walaupun ia sudah wujud hampir tujuh dekad,ia adalah parti yang memerintah negara sejak era Merdeka.Malah sebelum negara mencapai kemerdekaan,UMNO bersama rakan politik MCA dan MIC sudahpun aktif di dalam arena politik negara di bawah pentadbiran Inggeris. Hakikatnya di peringkat pusat UMNO tidak pernah menjadi pembangkang walhal parti-parti lama seperti Pas tidak pernah mengecapi kuasa sejak ditubuhkan. 

Hanya seketika sahaja apabila ia bersama Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 1977.Apatah lagi parti seperti Dap dan PKR yang masih muda belia,tidak pernah ada pengalaman mentadbir sebuah negara.Ketiga-tiga parti tersebut hanya berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri sahaja selama ini.Tetapi UMNO bukan sahaja berterusan memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat tetapi juga di kebanyakan negeri.Ini bermakna UMNO sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman mengendalikan pemerintahan negara berdasarkan kepada sistem demokrasi berparlimen berbanding mana-mana parti politik lain.Pepatah Inggeris ada mengatakan 'old is gold' atau umur adalah emas yakni dari segi pengalaman.Bagaimanapun usia 67 tahun tidak menjadi penghalang bagi UMNO untuk terus meremajakan dirinya dengan tujuan untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman.Sesebuah parti akan terus relevan dan mendapat keyakinan rakyat sekiranya ia berjaya membuat perubahan atau 'adjustment' yang menguntungkannya.Apabila Datuk Seri Najib mengatakan UMNO adalah 'Parti Rakyat' ini mengukuhkan kedudukan parti bukan sekadar institusi politik yang berjuang hak bangsa Melayu tetapi juga melindungi hak orang bukan Melayu.Inilah yang menjadi kekuatan UMNO selama ini kerana rakyat tidak melihatnya sebagai sebuah parti rasis seperti Dap tetapi parti berteraskan perjuangan Melayu yang agendanya meliputi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. 

Perubahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO adalah transformasi proses pemilihan pucuk pimpinan parti dari bawah hingga tertinggi. Anggota parti telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen untuk menjayakan usaha perubahan dalaman parti dan hasilnya semuanya berjalan dengan lancar sekaligus membuktikan UMNO adalah parti yang mampu membuat transformasi yang ampuh.Kini UMNO bertambah mantap di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sebagai presiden beliau telah memberi tugas yang amat berat berat kepada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU14.Setiap saat mulai sekarangan tidak boleh dibuang dengan sia-sia dan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan jentera dan gerak kerja parti.Ahli-ahli UMNO juga perlu sentiasa bersiap siaga melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu yang relevan khususnya berkaitan teknologi maklumat bagi memastikan kemenangan UMNO-BN yang lebih besar lima tahun akan datang.Kemenangan akan dikecapi sekiranya semua faktor disiplin,ilmu,pengurusan mantap serta perpaduan menjadi adunan sebati di dalam UMNO.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates