sebelum ini,Isu ‘tender terbuka’ merupakan peluru utama DAP untuk menyerang kerajaan BN.Di
mana-mana sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan
tender terbuka untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan
ketelusan pentadbiran.Bagaimanapun,pembaca perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara asing bagi
DAP.Jika tidak,takkanlah Setiausaha Agungnya digelar ‘berlidah biawak’.Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian kalinya dalam projek
menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau Pinang.Projek tersebut
ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus tanpa
melalui proses tender terbuka.Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng,Exco
Pulau Pinang apabila ia terdedah di internet.Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos kerana syarikat
berkenaan berjanji untuk ‘membantu’ kerajaan negeri.Persoalannya,bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender terbuka mampu
mengurangkan kos ??? Kenapa pula ada pengecualian atau ‘double standard’ apabila
yang terlibat ialah DAP dan bukan BN ???
Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh MPSP sedangkan
terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai arahan terus dari Ketua
Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada S.P Mega tanpa melalui
tender terbuka.Lebih menarik lagi,S.P Mega meletakkan kos sebanyak RM6,913,896.60 walaupun
kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu perbezaan sebanyak
RM33,223.40.Jika itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung
membaca Minit Mesyuarat awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan
dianugerahkan kepada syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati tidak layak selain
bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco mencadangkan
S.P Mega.Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah tersalah
catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak menyebut nama
S.P Mega untuk projek tersebut.
Nampaknya, ‘salah taip’,‘salah catat’,‘salah kira’ sudah menjadi sinonim dalam
pentadbiran DAP.Setiap tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab
dengan alasan ‘tersilap’ atau ‘tersalah’,yakni tidak sengaja.Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah ‘Cekap’ yang dilaungkan ???
Jika tidak melalui tender terbuka,di manakah ‘Telus’ yang dicanangkan ???
Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan,di manakah ‘Amanah’ yang dibangga-
banggakan ??? saya nak pesan sikit pada DAP,cukup-cukuplah berbohong.Sesungguhnya,hipokrasi DAP
sudah sampai ke tahap meloyakan.Dari apa yang dapat saya lihat di Pulau Pinang,saya pasti DAP tidak akan mampu
memerintah dengan adil.Parti yang tidak cekap,tidak telus dan tidak amanah tidak
mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
dap mcm sial anak babi.
dap macam sial, bapak segala komumis
Post a Comment