Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang
dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan
gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada
RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada
RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266
peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun
dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).
Disebabkan itu,Khalid telah menjadi ‘mangsa belasahan’ Anwar dan Timbalan
Presiden PKR,Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut.Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan
kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat.Namun dalam diam-diam,Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker
Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli
Parlimen dinaikkan.Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara.Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen
dinaikkan.
“Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP)
dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara
lain di seluruh dunia.Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua
Pembangkang.Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini
mohon dinaikkan gaji.Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP,”
kata Shahidan.
Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu,Perdana Menteri mengumumkan
bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat
sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil
rakyat pembangkang.Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim,Ahli Parlimen
Gombak,Mohamed Azmin Ali,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan Naib
Presiden Pas,Salahuddin Ayub.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata,penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana
Menteri itu.
“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan
pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh
seorang wakil rakyat.Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak,mungkin dalam lingkungan RM1,000.Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun
sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik,bayaran pejabat serta gaji pemandu,”
menurut Nazri.
Malah disebabkan bantahan tersebut,ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen
pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.Menurut Ahli Parlimen PKR,selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan ‘defesit’
setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan
dicampur lain-lain elaun termasuk tuntutan jika Parlimen bersidang,mereka hanya
perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.Lebih malang lagi,beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu
menjelaskan,mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.
“Tolak sebanyak itu,berapa yang kami dapat.Anak isteri juga perlu wang.Ini tak masuk
bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat.Hadiri kenduri kahwin,ziarah kematian.”
Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu,mengatakan dia
terpaksa ‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500. “Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu.Dia tanya saya,macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan.nasib baik saya ada perniagaan sendiri,jika tidak memang teruk.Perbelanjaan
kami ‘defesit’ sebenarnya.”
Kesimpulannya ialah,walaupun pada ketika itu kerajaan hanya mencadangkan
kenaikan sekitar 10 peratus,namun atas sebab politik ia terus ditentang berbanding
kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373
peratus.Anwar juga pada hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah
rendah berbanding negara-negara jiran.Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati
rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak mentah-mentah,tambahan pula pada
ketika cadangan tersebut dilakukan,Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-
teki.Benarlah apa yang dikatakan sebelum ini.Anwar adalah ‘Bapa Segala Retorik’.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
tak hairan ler... Abang Liwat kita ni memang pakar berlakon, membohong, putar belit... majoriti rakyat dah sedar dah...cuma penjilat2 bontot si peliwat celaka ni je yg masih tak sedar2 lagi... dasar golongan jahanam...
Admin badut ni.. Macam bodoh je. macam bangang je...huhuhuhu umno dan bodoh berpisah tiada..
hahaha,takut ke anon 9:57 sampai kata admin badut rakyat mcm tu? puak pakatan mmg mcm tu ke saja nak kenakan org lain padahal penakut dan asyik kencing rakyat dgn fitnah2 basi
Post a Comment