Nampaknya ‘badi malang’ yang melanda Naib Presiden Pas,Husam Musa
seperti tiada penghujugnya.Lepas satu-satu musibah melanda dirinya walaupun
sebelum ini ramai mengatakan kemenangannya dalam pemilihan muktamar lalu
seperti menandakan sudah ada sinar baru dalam karier politiknya.Namun ramai yang
mengatakan kemenangan Husam hanyalah ‘nasib baik’ kerana undi kumpulan liberal
berpecah dua antara Mahfuz Omar dan dirinya.Pemilihan di Muktamar Pas ke-59 yang lalu menyaksikan Husam hanya mampu
menang tipis apabila memperolehi 520 undi berbanding Mahfuz yang memperolehi 504
undi dengan 16 majoriti.
Dalam erti kata lain,kemenangan Husam itu membuktikan dia
tidak mendapat sokongan penuh para perwakilan Pas yang lebih cenderung memilih
penyandang jawatan Salahuddin Ayub dengan 917 undi dan Tuan Ibrahim Tuan Man
yang mewakili kumpulan ulama dengan 849 undi.Mungkin atas faktor itu kepimpinan Pas negeri Kelantan membuat keputusan untuk
menurunkan pangkatnya dengan melantik dia sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS
Kelantan III.Sedangkan sebelum ini,ketika Nik Abdul Aziz Mat masih memegang
jawatan sebagai Menteri Besar,Husam adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas
Kelantan II.
Mungkin ada yang mengatakan ia adalah merupakan perkara biasa dan ‘asam
garam’ dalam dunia politik,namun para pemerhati politik merasakan sebaliknya.Ramai yang berpendapat,penurunan pangkat Husam ini adalah merupakan ‘rentetan
episod balas dendam’ terhadap Husam yang dilihat semakin biadap terhadap
kumpulan ulama Pas.Malah menurut sumber,sejurus selepas berjaya mempertahankan jawatan sebagai
Naib Presiden,sudah ada gerakan kempen untuk memastikan jawatan Pesuruhjaya
Pas Negeri Kelantan diberikan kepada Husam.Namun bak kata pepatah,lain yang
dirancang,lain yang jadinya apabila jawatan tersebut akhirnya diberikan kepada Ahmad
Yakob atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.
Tidak cukup dengan itu,ada yang mengatakan kekalahan calon Timbalan Presiden,Nik
Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada
penyandang jawatan Mat Sabu adalah berpunca dari Husam.Episod balas dendam terhadap Husam ini dikatakan bermula apabila kepimpinan
kerajaan negeri Pas Kelantan,memutuskan untuk tidak melantiknya semula bagi
mengisi jawatan Exco kerajaan negeri walaupun dia berjaya memenanggi kerusi DUN
Salor dalam pilihanraya umum yang lalu.Sedangkan sebelum ini,dia adalah merupakan Exco kanan kerajaan negeri dengan
memegang portfolio Pengerusi,Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan
Kebajikan.
Paling menarik apabila,ketika sesi penggulungan sidang DUN Kelantan baru-baru
ini,Husam dikatakan telah bertegang urat dan membidas beberapa anggota Exco
yang dikatakan gagal mengurus tadbir dengan baik,berlaku kepincangan dan wujud
penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.Mungkin kerana tidak
tahan dengan semua tuduhan yang dilemparkan itu, beberapa anggota Exco dikatakan
bangun untuk menafikan semua tuduhan tersebut.Kesimpulannya,air mata Husam Musa menandakan badi malangnya tidak pernah
hilang dan bakal kekal untuk merosakkan dirinya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment