hari ini posting saya lain sikit,mari kita belajar tentang kesihatan.ada yang tahu apa itu kolestrol,ada juga yang tak tau.betul tak pembaca Badut Rakyat ??? saya akan terangkan satu persatu
Apa Itu Kolesterol ???
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.Kolesterol pemakanan datang daripada daging,ayam,ikan dan produk tenusu.Selepas makan,kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.Selepas makan,hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah.Di antara waktu makan,hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol Jahat,Kolesterol Baik
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku ???
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.Lama-kelamaan,plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis,ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung.Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu.Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Bad kolesterol => ATHEROMA + BLOOD CLOTS => TOTAL BLOCK.
Klu kena kat otak => stroke.
Klu kena kat jantung => heart attack.
Biasanya terjadi secara tiba tiba, tanpa tanda awal atau tanda amaran.
Klu kena heart attack tu, bnykkan istighfar, bnykkan mengucap Syahadah, Malaikat Maut bila bila boleh menjemput, 1st 48 hr, critical, walaupun nampak stabil terutama jika ada tanda tanda kegagalan jantung dan massive infarct.
So ! klu dah tahu kolesterol tinggi, dptkan rawatan. Klu ada darah tinggi jgn tak makan ubat, klu ada kencing manis pun dptkanlah rawatan. Rawatan dan makan ubat seumur hidup, selagi nyawa dikandung badan. Penyakit Tuhan nak bagi, sbg ujian bg kita, berikhtiar dan bertawakallah, klu nak kena juga heart attack ni selepas kita berikhtiar, mk itulah takdir dan Tuhan Maha Mengetahui kita telah berikhtiar utk mengelak komplikasi.
Klu survive selepas heart attack, bersyukurlah dgn pelbnykkan amalah soleh.
Post a Comment