Social Icons

Pages

Thursday, December 19, 2013

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA PENGURUSAN #ICITY MENIPU PENGUNJUNG DIDEDAHKAN !!!


Aku marah dan aku tak boleh tidur.Aku sampai I-City pukul 9 malam dan aku pulang pukul 11.30 malam.Selama 2 jam setengah,adalah masa masa yang aku menyirap,aku menggeleng,aku merenung tajam dan aku luka jiwa raga.Aku kena main dan aku kena tipu.Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas dan ditipu secara professional.Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition',juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.Sebelum aku bercerita,hendak aku terangkan,bahawa berkira,kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza.Mari aku bentangkan perbezaannya.Kalau engkau membebel seperti ini ; 

"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50,mamak Mosen benda sama sampai RM3.60.Padahal kedai mamak sama je,bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni". 

Yang perangai atas ni,nama dia kau berkira.Kalau engkau membebel seperti ini ; 

"Makan nasi putih ayam goreng,dengan sayur RM3.50.Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah,baru RM1.80.sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni,nama dia kau kedekut.Namun,kalau engkau membebel seperti ini;

"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!" 

Yang perangai atas ni,nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya. 

Contoh 1 dan contoh 2,adalah masalah sikap.tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar.Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.Contoh 3 adalah masalah penindasan.Ya.Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas.Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa".Puiii puii puiii pada kumpulan ini.Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3.Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut,RM100 pun aku bayar,tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi. 

Ya.Aku rasakan,aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana.Lagi pedih,bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang,Gua Musang,Felda Chenor,Padang Melangit dan Mersing.Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota.Mereka ini,dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.Sebelum aku teruskan,mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik.I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan,dengan maksud,kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading.Sebaliknya aku salah,pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.Yuran entry,selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima.Normal dan tiada yang aneh.Ok sekarang,tempat paling attractive di I-City,namaya SNOWALK.Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa.Aku masuk ber empat semua sekali RM120.Ini pun,aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul,boleh imitate almost exactly Iceland atau Alps setidaknya.So RM120, setel..ready to rock in!. Wooo..bila aku dah masuk,rupanya kena rilek dulu,kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur).Lagi,yang pakai selipar,kena sewa kasut,beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap).Aku cakap pada fateem,faseeh dan cikgu,kita masuk je dengan kasut yang sedia ada.Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli.Bukan sebab aku berkira,atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? 

kalau aku dah bayar sekali,lepastu aku kena bayar lagi dan lagi,itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk,elok gaya nak masuk,brader jaga pintu spund cikgu,"handbeg tak boleh bawak masuk".Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang.Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar.Selang beberapa minit,cikgu datang balik pada aku,lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar".Dekat stage ni,aku geleng kepala.Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City,secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.Dalam kabin SNOWALK,boleh aku simpulkan,macam kau duduk dalam peti ais tempat beku.Ada igloo,ada lampu lampu,ada sedikit gelongsor ais.aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City,tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah,aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?".Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku,kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata,beam beam dan structure bangunan obviously there,sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. 

Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak,butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik? Nampak,benda ni patutnya senang,tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal,semua aku tengok salah dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia.Bila aku sampai kat luar,aku tengok ramai yang menggigil sejuk,kasut yang sewa tadi semua bukak.kaki mereka aku tengok merah.Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu.Aku tak pernah pegi Iceland,Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana.Lantaklah! Aku cuba bertenang dan melepak dekat patung zirafah.fateem dengan faseeh nak main keretapi,kapal dan wheel apa benda entah.Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port.Dalam kepala aku fikir macam ni,aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang atau berapa berapa lah,lepastu boleh main freeflow.Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.Ada 6-8 jenis permainan,dia caj RM5/person untuk satu game.Ada 2-3 game yang RM10/person.Beli tiket pakai macam smartcard.Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis.Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round,tak sampai 5 minit in fact,aku kena bayar RM10.(RM5/person).Itu yang RM5, yang game RM10 pulak,baraaii!.Setengah jam,RM50 gone.Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour? Dalam hal ni,kau orang kena clear standpoint aku.Aku tak bercakap untuk aku saja.Aku bercakap untuk orang lain,yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap.Apa yang terperangkap? 

Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City,mereka happy,bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar.Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah". yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game.Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.Kau orang sabar.Aku belum habis lagi ni.Berbalik pada hal permainan.Masa di kaunter,dekat depan kaunter,clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person".isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar.WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main,when they turn come,kau just suruh keluar sebab tak lepas height? Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance,kesian aku tengok orang kampung sorang sini,kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. 

Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh,lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter.Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?" Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.Lalu aku khutbah pada dia,kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau,sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak,dalam keadaan orang ramai,nak cepat,nak bagi budak budak seronok.Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5.Mindtrick,sebab by default orang ingat sekilo RM5,orang tak banyak tanya terus mintak sekilo.Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram.Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5.Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti,tapi dalam masa yang sama,kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk,orang ramai berpusu,berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?.Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu,kalau kau tak habis main,duit dalam tu banyak lagi,kau boleh refund RM5 sahaja.Maknanya,katala duit dalam tu ada lagi RM30,tapi anak kau dah mengamuk nak balik,atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital.Burnlah duit tu.Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak.Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30? Nampak tak macam mana orang kampung kena main? Aku dah tak larat nak menulis.Lama dah aku tak menulis panjang.Kesimpulan yang aku boleh bagi ; Aku berharap,I-City ni,kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Sumber Fdausamad

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

11 comments:

Anonymous said...

Salam bro..

begitulah juga pengalaman ku...

bisnes cinabeng... gitulah bro..

Jom Boikot I-city

tambah dalam list...

kita warning awal2...

pegi utk ambik gambar lampu je..

masuk snowalk.. buang duit dan masa..

makan2... makan kat luar iCity

ya... kita boikot jeee

Anonymous said...

he..he...he....aku dah tahu lama dah....tu pasal aku lebih suka bawa anak anak masuk kampong, masuk hutan,pegi pantai, pulau...utk spent masa cuti.....free jer.....

Awangliku said...

Kalau tak tipu..bukan cina namanya

hanizam said...

fuh, memang kesian bila terkena macam ni....aku yang duduk dekat-dekat I-City pun tak terasa hati nak bawak anak-anak, walhal kalau mak bapak aku dating dari kampong pun, dorang pun takda rasa nak pergi....

sebabnya, mak bapak aku cakap, setakat tengok lampu, bersesak-sesak orang ramai dan yang paling best dorang kata, tempat macam ni banyak benda halus bertumpu....

tang benda halus ni aku setuju sangat...dalam FB kita dah tengok contoh-contoh bila orang bergambo, ada benda lain join sekali...tu tak termasuk lagi anak kecik bila balik melalak sampai pagi sebab benda-benda tu ikut balik...

tapi tulah cara taman tema berniaga....pergi tu kalau takat nak bawak rm100, memang tak cukup...kena lak ada anak kecik, rasa kesian mengatasi segalanya...

jadi terpulanglah pada yang lain...kalau mampu, tak salah...tapi pada aku, dari bawak tempat macam tu, baik aku bawak lepad tempat rekreasi, belikan MC DEE @ KFC bagi anak makan puas....

sekadar pandangan je...

Anonymous said...

yes aku pun dah kena. nak masuk je fee entry RM10. parking takde...kepala abah dia mcm tu. BOIKOT I-City.

mohon share

TontoJr

Anonymous said...

Malaysia kuasa pengguna tak kuat....sebb tu cer senang berniaga dan sesuka hati....

Lebih2 orang marah blah takmo masuk lagi....tapi yang pasti lu dah masuk lu dah kena bayar pun....

Anonymous said...

malas aku nak pegi lagi. aku pernah pegi sekali dulu. masa pegi dulu aku dah rasa terkena apabila masuk je kawasan dah kena bayo paking. dahlah paking jauh. ni I city ni memang membazir duit je bagi pengunjung. sekali datang cukuplah untuk merasai pengalaman buruk kat I city. tukar je jadi ladang buah buahan. barulah berbaloi duit keluar...

Anonymous said...

senang je... tokey tokey dia duduk goyang kaki minum kopi kira duit masuk hasil penganiayaan kat orang..ni orang orang macam ni memang tak heran duduk kat sofa tak peduli susah orang nak nyenangkan bontot masing masing...

Unknown said...

Kita buat demontrasi aje

Anonymous said...

2 tahun lepas pergi i-city teringin sangat nak masuk tempat yang kononnya ada salji tu tapi kos mahal sangat, adik ngamuk2 nak masuk,tapi sebab tak mampu,bawak g main game,betul la depa pandai niaga,xdapat besar kecik pun depa sapu,asalkan duit masuk,lepas dah pergi sana sekali,dah tak rasa nak pergi lagi.membazirkan duit ja,baru2 ni balik terengganu kampung isteri,tak payah pergi i-city pun ada lampu2 tepi jalan sama ja macam kat i-city free lagi

Anonymous said...

2 tahun lepas pergi i-city teringin sangat nak masuk tempat yang kononnya ada salji tu tapi kos mahal sangat, adik ngamuk2 nak masuk,tapi sebab tak mampu,bawak g main game,betul la depa pandai niaga,xdapat besar kecik pun depa sapu,asalkan duit masuk,lepas dah pergi sana sekali,dah tak rasa nak pergi lagi.membazirkan duit ja,baru2 ni balik terengganu kampung isteri,tak payah pergi i-city pun ada lampu2 tepi jalan sama ja macam kat i-city free lagi

 
 
Blogger Templates