Seperti yang telah dijangkakan,keputusan kerajaan negeri meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.Ekoran daripada rungutan itu juga,pimpinan pakatan pembangkang akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk turut sama mengkritik tindakan yang melampaui batas itu.Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata,kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada rakyat.
“Kita setuju (kenaikan gaji)… jumlah ini (kadar kenaikan gaji itu) boleh dikurangkan sebelum dilaksanakan,” katanya.Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.Rabu lepas,Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87 hingga 373 peratus membabitkan menteri besar,exco,speaker,timbalan speaker dan Adun Selangor berkuat kuasa 1 Januari ini.Sebelum ini,bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid,Anwar mengarahkan semua Adun PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.Ini kerana Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.Selain daripada itu,Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.
“Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu.Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia,” katanya ketika dihubungi.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri,Datuk Teng Chang Khim sebeum ini mencadangkan agar mana-mana Adun yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu agar menandatangani surat perakuan untuk menyerahan lebihan gaji mereka untuk tujuan kebajikan.
“Ketika usul kenaikan gaji dan elaun itu dibentangkan juga semua pihak (wakil rakyat) bersetuju, sekarang mereka kata tidak munasabah pula. Kalau rasa kenaikan itu tidak munasabah, jangan ambil (lebihan kenaikan gaji dan elaun) itu,” jelasnya.
Malah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin sebelum ini turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin sebagai SARKAS.
Namun apa yang pasti,tindakan pimpinan pembangkang menghentam Khalid hanyalah satu drama samata-mata.Ini kerana seperti kata Chang Khim,ketika usul itu dibacakan semua Adun yang hadir telah bersetuju dengan cadangan tersebut.Sedangkan sekiranya benar mereka ingin menjaga dan memikirkan kebajikan rakyat usul ini tidak sepatutnya diluluskan atau setidak-tidaknya ada segelintir di kalangan mereka bangun untuk membantah dan meminta agar kadar yang diberikan itu dikaji semula.Kepada para pemimpin pembangkang,berhentilah berlakon dengan sandiwara murahan ini.Sampai bila rakyat Selangor perlu dibodoh-bodohkan ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment