Social Icons

Pages

Showing posts with label KHALID GAGAP.... Show all posts
Showing posts with label KHALID GAGAP.... Show all posts

Wednesday, October 05, 2016

FAKTA !!! ISU AIR SELANGOR !!! #AZMINALI LAGI TERUK DARI #KHALIDIBRAHIM !!!


Semalam,kira-kira 1.8 juta penduduk di empat daerah di Hulu Langat,Kuala La­ngat,Petaling dan Sepang terpaksa berdepan sekali lagi dengan gangguan bekalan air.Semuanya gara-gara penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk kali keempat.Puncanya adalah akibat pencemaran bau yang dilakukan oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Batu 22 1/4,Jalan Sungai Lalang,Semenyih. 

Persoalan di sini ialah,sampai bila masalah pencemaran ini akan berlaku ??? Penduduk tidak mahu tahu bagaimana ia akan diatasi tetapi mereka mahu melihat masalah itu selesai dan apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.Jika ia disebabkan oleh pencemaran,tidak adakah pihak berkuasa negeri yang menjalankan pemantauan terhadap syarikat-syarikat tersebut atau kilang-kilang haram yang beroperasi di Selangor ??? Kenapa begitu kerap loji air ditutup ??? Itu persoalan penduduk yang sudah bengang dengan keadaan ini yang tertanya-tanya di mana tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu air ini ??? Apa yang pasti ia mencerminkan kegagalan urus tadbir sumber alam oleh kerajaan negeri Selangor.Hakikatnya jutaan penduduk tidak peduli dengan isu sabotaj hingga mengakibatkan pencemaran, malah mereka juga tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi. Mereka mahu penyelesaian segera kerana air adalah keperluan asas dan utama rakyat. Jangankan urusan harian, pesakit di hospital juga terjejas akibat ketiadaan air.Bayangkan bomba Selangor terpaksa menggunakan lima jentera tangki air bermuatan 10,000 liter dan 20,000 liter air untuk menghantar bekalan air ke Hospital Serdang (HS) yang terputus bekalan air. 

Tidak dapat digambarkan bagaimana sukarnya keadaan pesakit dan kakitangan hospital dalam berdepan dengan isu ini.Anak anak kecil di sekolah terpaksa membawa air ke sekolah,seorang 5 liter untuk menukar pampers dan mandi. Semua kedai diserbu untuk membeli air mineral botol besar.Satu botol besar 2 liter harga air adalah RM2.50, yang 5 liter lagi tinggi harganya. Tidak mengapa, rumah Azmin tidak mengalami gangguan air.Ketika zaman pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dulu, bukannya tiada isu mengenai gangguan bekalan air tetapi ia biasanya berlaku pada musim kemarau yang menyaksikan empangan kering.Tetapi pada zaman Datuk Seri Azmin Ali ini, kerap pula krisis air berlaku.Kalau dilihat kepada laporan media, rizab tunai kerajaan negeri Selangor berjumlah RM4 bilion,jadi kenapa ia tidak digunakan bagi mengatasi krisis air ini. Sebelum ini, setiap kali berlaku krisis air,Azmin akan menuding jari kepada kerajaan pusat berhubung kelewatan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) disiapkan padahal projek berkenaan telah lama dicadangkan dan ia sepatutnya dimulakan pada 2010 dan siap pada 2014.Untuk rekod,projek itu tertangguh selepas 2008 akibat keengganan kerajaan negeri mengeluarkan perintah pem­­­bangunan' 

Azmin juga telah menyalahkan Khalid Ibrahim atas kelewatan projek Langat 2 kerana didakwa bertanggungjawab dalam penjualan tanah bagi membangunkan kemudahan enap cemar kepada pihak ketiga. Mana perginya slogan ‘Peduli Rakyat’ yang sering dilaung-laungkan Azmin Ali? Sering kali apabila berlaku krisis air, jarang beliau dan exco-exconya turun padang untuk melihat krisis air yang berlaku ini. Ada sesiapa nampak gambar Azmin tengah pandu lori air ??? Jika ada tolong beritahu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 25, 2015

KANTOI !!! PUNCA SEBENAR TS KHALID IBRAHIM DITUKAR DARI JAWATAN MB SELANGOR DIDEDAHKAN !!!


Punca Tan Sri Khalid Ibrahim ditukar MB didedahkan.sebenarnya hanya 1 perkara saja puncanya !!! puncanya kerana batalkan projek DAP ternakan babi terbesar di asia RM100 juta di Sepang - akui Tony Pua DAP pada MalaysiaKini.jom kita lihat lagi apa punca dia !!!

1.Tony Pua MP Dap hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara telah memberi sebab punca utama Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008. 

2.Projek ternakan babi mega terbesar di asia ini pada asalnya telah diluluskan oleh Teresa Kok selaku Exco Selangor 2008 yang memegang portfolio Pelaburan,Perindustrian & Perdagangan. 

3.Teresa Kok MP DAP kini hasil pilihan Melayu Seputeh dulu telah menempatkan lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia ini di tempat penduduk majoriti Melayu iaitu di Sepang.Akan tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu melindungi Islam sensitiviti orang Melayu telah membatalkan projek mega RM100 juta ini. 

4.Kini Hanipa Maidin MP PAS hasil pilihan Melayu Sepang antara individu yang paling lantang mengkritik tindakan Tuan Guru Hadi Awang kerana mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.Kita semua sedia maklum bahawa parlimen Sepang adalah bekas lokasi projek ternakan babi mega terbesar di asia dan Hanipa Maidin MP PAS selaku peguam bela bagi kes kes syiah telah tekad mencadangkan lebih rela DAP menjadi MB Selangor. 

5.Adakah Hanipa Maidin yang bersungguh sungguh mahu MB Khalid Ibrahim ditukar punya hubungkait projek ternakan babi mega terbesar Sepang dengan DAP ??? Kita sedia maklum Tony Pua MP DAP hasil pilihan Melayu Petaling Jaya Utara malam tadi mengkritik secara lantang memberitahu bahawa sebab utama MB Khalid Ibrahim perlu ditukar adalah kerana membatalkan projek ternakan babi mega terbesar di asia yang bernilai RM100 juta pada 2008. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 08, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM BAKAL GANTI KETUA PEMBANGKANG SELANGOR ???


Ramai yang sedia maklum,tindakan kerajaan Selangor lantik ketua pembangkang sebagai pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor ada 'wayang' lain.Seperti kata bekas ketua pembangkang Selangor,Datuk Mohd Shamsudin Lias sendiri jawatan dalam PAC itu tidak bermotifkan konsep demokrasi dan keadilan kerana komposisi tujuh ahli jawatankuasa itu berat sebelah ; lima ADUN PR,dua ADUN BN (Jeram),serta dirinya. 

"Kuasa tetap adalah berpihak di tangan Pakatan,pengerusi PAC yang diwakili BN hanyalah menjadi boneka semata-mata. Apa ertinya jawatan kalau tiada kuasa," keluhnya yang buat keputusan letak jawatan pagi Isnin.Lima AJK PAC Pakatan terbabit adalah Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang),Rodziah Ismail (Batu Tiga),Ng Tien Chee (Balakong) dan Dr Abdul Rani Osman (Meru).Katanya,tawaran jawatan itu ada muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar Pakatan untuk menuntut hak yang sama di Parlimen. DUN Selangor pada 4 Disember lalu meluluskan pindaan peraturan tetap 68(1) bagi mewajibkan ketua pembangkang menjadi pengerusi PAC. 

Berikutan itu,ada cadangan supaya BN yang mempunyai 12 ADUN di Selangor menamakan ADUN bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ketua pembangkang."Biar Khalid aktif  'gasak' kerajaan Pakatan Selangor..." kata Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Selangor Jeffrizal Jaafar.Beliau antara yang terbuka kepada cadangan tersebut."Soal setuju atau tidak melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada ADUN bebas, saya ikut apa yang diputuskan kepimpinan.tapi saya suka pada idea beri peranan kepada Khalid untuk menggasak kerajaan Selangor," ujarnya kepada Agendadaily.Beliau sebelum itu menyatakan pendirianya setuju dengan tindakan Shamsudin untuk meletak jawatan sebagai ketua pembangkang."Ini soal prinsip dan integriti tidak mahu menjadi ketua pembangkang dan pengerusi PAC yang hanya jadi rubber stamp setiap keputusan kerajaan negeri,"katanya. Jawatan ketua pembangkang di Selangor adalah pakej dengan jawatan Pengerusi PAC, bagaimanapun semua keputusan PAC dibuat melalui undian yang menjadikan ketua pembangkang hanyalah boneka. 

4 Disember lalu Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi PAC menggantikan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS). Speaker Selangor Hannah Yeoh ketika itu berkata,Shamsudin sebelum ini menolak dilantik ke jawatan itu dua kali dan sekiranya beliau kekal dengan keputusan sama maka jawatan selaku Ketua Pembangkang perlu dikosongkannya. “UMNO Selangor kena putuskan siapa nak dilantik jadi Ketua Pembangkang. Sekarang ini Kerajaan Negeri beri kereta rasmi dan elaun khas kepada Ketua Pembangkang. “Dengan semua kemudahan ini, Kerajaan Negeri tetap mengatakan beliau mesti melaksanakan tangungjawab sebagai Pengerusi PAC,” ujar beliau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 14, 2014

EKSKLUSIF !!! PECAT #EXCO !!! SURAT PERKENAN SULTAN SELANGOR DIDEDAHKAN !!!


Selepas didakwa bertindak tidak mengikut undang-undang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mendedahkan surat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat negeri itu.Salinan surat perkenan Sultan Selangor berhubung pemecatan lima exco Pakatan Rakyat yang didedahkan Khalid di laman Twitternya.


Menerusi surat bertarikh 12 Ogos yang dialamatkan kepada Khalid itu,baginda mengambil maklum mengenai cadangan untuk menamatkan perkhidmatan lima exco iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga lagi yang mewakili DAP. "Beta tiada halangan jika YAB Tan Sri Menteri Besar menamatkan khidmat mereka," titah baginda seperti yang terkandung dalam surat tersebut. 

Selasa lepas,Khalid mengemukakan surat cadangan bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta. Tiga anggota exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah,sementara exco daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 13, 2014

PADAN MUKA !!! KO PECAT AKU,AKU PECAT 6 !!!


Ambik ko ubat wahai anwar ibrahim !!!! sebelu ini ko menentang dan berusaha menyingkirkannya.sekarang ko rasakan penangan Tan Sri Khalid Ibrahim.Tindakan memecat exco DAP 3 orang dan 3 PKR elok sangat !!! Buat apa membiarkan manusia yang enggan menerima diri dan secara terang terlibat dalam usaha menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai MB dan pilih wan azizah.Dah khalid ibrahim lantik,lepas tu 6 orang ni nak gigit pulak,buang sajalah.Masih ramai lagi boleh membantu.jom ikuti laporan di bawah

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat tiga exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.Abdul Khalid menyatakan,semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.Ujar Khalid,surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.Bagaimanapun,Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga,Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.Sementara itu,memetik laporan Bernama,Abdul Khalid berkata arahan pemecatan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas mendapat perkenan Sultan Selangor. 

"Exco DAP dan PKR hari ini sudah tandatangani satu surat supaya diadakan satu blok (berpakat) bertujuan untuk mengurangkan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri.Oleh sebab itu,saya telah minta dan tulis surat kepada baginda Sultan agar anggota Exco ini tidak teruskan kerja mereka sebagai Exco," katanya.Tiga anggota Exco dari DAP ialah Datuk Teng Chang Khim,V.Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco dari PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping,Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi.Mengulas lanjut,Abdul Khalid menjelaskan,pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan anggota Exco dari PAS bagi membincangkan mengenai pentadbiran kerajaan Selangor. 

"Melalui perbincangan ini,saya berharap pentadbiran Selangor dapat berjalan dengan mantap dan semua program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.Sementara itu,ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau ada menghantar surat untuk menyertai PAS, Abdul Khalid menafikannya.Enam anggota Exco terlibat hari ini dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata,dalam urusan melibatkan mereka,kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. "Abdul Khalid dan MMKN juga tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi Abdul Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan," kata mereka.- Astro Awani 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, August 12, 2014

KURANG AJAR !!! ZURAIDA MAK LAMPIR MENGHINA #KHALIDIBRAHIM !!! VIDEO INSIDE !!!

 

kurang ajar !!! siapa yang derhaka ??? apa cerita ni mak lampir ??? udah-udah lah dengan statement tu !!! Sultan dah perkenan Tan Sri Khalid Ibrahim jadi MB.tak faham lagi kerr ??? malas nak ulas panjang-panjang,lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KEMELUT #PKR DAN MB !!! #KHALIDIBRAHIM WAJAR PERTIMBANG PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU SELANGOR !!!


Dalam suasana demokrasi yang sedang meruncing di Negeri Selangor dan PR pula dibawah penguasaan Anwar Ibrahim sedang berhempas pulas untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.Namun,apa yang tidak disedari oleh Anwar Ibrahim,beliau semakin dibenci oleh orang-orang Islam dan Melayu di negeri Selangor Darul Ehsan.Anwar bukan sahaja dengan terang-terang membelakangkan DYMM Sultan Selangor,tetapi juga beliau dengan senang mengkhianati rakyat Selangor yang selama ini telah mempercayai agenda reformasi beliau.Apa yang terjadi di negeri Selangor merupakan satu “rasa” yang diberikan oleh Anwar Ibrahim untuk mempertontonkan apa yang akan jadi kepada Malaysia sekiranya di berikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Beliau bertindak sedemikian seperti semua negeri PR adalah milik beliau dan ahli keluarganya. 

Perkara ini mendatangkan masalah besar apabila secara tiba-tiba seorang Menteri Besar yang merupakan anak jati negeri Selangor telah dipaksa turun dan digantikan oleh isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail.Wan Azizah bukan sahaja gagal semasa menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,tetapi juga gagal menjadi wakil rakyat yang baik untuk DUN Kajang di Selangor.Rakyat Selangor sudah ditipu oleh PR.Mangsa dalam drama politik ini ternyata bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi yang paling teruk merasakan tempiasnya adalah rakyat negeri Selangor.Khalid Ibrahim yang telah memeterai perjanjian Langat 2 bagi pihak rakyat Selangor dan berusaha dengan gigih untuk menyelesaikan masalah air di Selangor telah dipaksa turun oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.Adakah Anwar ingin membatalkan perjanjian dan seterusnya menambahkan kesengsaraan rakyat Selangor Darul Ehsan. 

Khalid Ibrahim yang asyik diserang bertubi-tubi oleh PKR dan DAP nampaknya hanya boleh berlindung dibawah PAS dan juga sokongan dari ahli-ahli UMNO Selangor.PAS dengan terang-terangan telah menentang penukaran Khalid Ibrahim manakala orang UMNO pula menyokong Khalid disebabkan kedangkalan Anwar Ibrahim.Terpulang kepada Khalid Ibrahim,adakah beliau berani untuk membuat keputusan yang betul untuk rakyat negeri Selangor.Jangan pedulikan Anwar Ibrahim,rakyat Selangor perlu sedar selagi PRberada dibawah kekuasaan Anwar dan konco-konconya,negeri ini tidak akan aman dan makmur.Sedarlah dan bersatulah rakyat Selangor.Kita sama-sama tolak kronisme dan nepotisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan kaum kerabatnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, August 11, 2014

KEMELUT #PKR DAN #KHALIDIBRAHIM !!! APA DAH JADI DENGAN BAS #JELAJAH #MERDEKARAKYAT ???


masih kah anda ingat sesuatu sebelum Tan Sri Khalid Ibrahim di pecat dari PKR ??? diatas adalah gambar Bas yang diberikan oleh khalid ibrahim kpd anwar ibrahim utk berceramah di seluruh negara.sekarang khalid ibrahim dah kena pecat,Adakah Anwar Ibrahim akan memulangkan bas mewah tersebut pada Khalid Ibrahim ??? 

Tergamakkah dia menggunakan bas tajaan Khalid Ibrahim ??? Gentlemen ke beliau menggunakan idea Khalid Ibrahim berceramah ??? inilah PKR,parti kucar kacir.siapa yang akan halang cita-cita anwar akan dipecat.semua ini bermula dari DAP.cakap sikit,kena pecat

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! KEMELUT #KHALIDIBRAHIM !!! DEWAN ULAMA PAS BERSEDIA KELUAR PR ???


Dewan Ulama PAS Pusat mengambil langkah bersedia jika terpaksa meninggalkan Pakatan Rakyat berikutan konflik Menteri Besar Selangor yang dilihat semakin meruncing.Pemangku Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah dengan keputusan tersebut setelah berhadapan dengan pengalaman politik sejak parti itu ditubuhkan. 

"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima.Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu.Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya merujuk laporan Bernama selepas menghadiri sebuah sambutan Aidilfitri di Kota Baharu.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,PAS mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang. 

"Tidak seperti itu.Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya. 

Sebelum ini,Nik Aziz menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Katanya,pemecatan Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 08, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM DEDAH RAHSIA #LANGKAHKAJANG !!!


Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR terutama berhubung nasibnya sebagai Menteri Besar Selangor.Mendedahkan perkara itu,Abdul Khalid berkata, 'Langkah Kajang' dilaksanakan sebagai 'arahan' oleh partinya tanpa memberi pertimbangan wajar mengenai kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Selangor. "Alasan untuk 'Langkah Kajang' tidak pernah dikemukakan kepada saya secara tulus dan ikhlas supaya saya dapat menghalusinya.Alasan yang kononnya telah diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor," katannya pada Rabu lepas. 

Beliau berkata demikian menerusi jawatan bertulis bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR terhadapnya.Pada Selasa lepas,Abdul Khalid diberikan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari berakhir hari ini ekoran keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar selaras dengan keputusan parti itu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Untuk rekod, 'Langkah Kajang' menyaksikan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR bertanding di kerusi DUN Kajang di mana Abdul Khalid dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.Selain itu,menerusi surat jawapan setebal tiga mukasurat tersebut,Abdul Khalid menyifatkan tindakan PKR untuk memaksanya melepaskan jawatan Menteri Besar dibuat secara pramatang dan 'tidak boleh dilakukan'

Jelas beliau,PKR meneruskan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkannya tanpa persetujuan sepenuhnya sekutu PR serta tidak mendapat perkenan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah."Jika keputusan tersebut dilaksanakan,ia merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan kerajaan negeri selain ianya satu tindakan yang tidak adil bukan sahaja terhadap saya tetapi kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini," katanya.Tegas Abdul Khalid lagi, PKR tidak mempunyai sebarang alasan kukuh untuk memaksanya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor."Saya ingin tegaskan bahawa setelah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya perlu menghormati obligasi saya untuk menegakkan peruntukan undang-undang tersebut.Yakni saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor mengapa saya seharusnya meletak jawatan,"katanya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 07, 2014

KANTOI !!! #PKR MATI KUTU NAK SELESAIKAN MASALAH #KHALIDIBRAHIM !!!


Mengelegak habis kisah PKR nak buang MB sendiri di Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.isu yang biasa-biasa ini jadi panas berikutan ketidakcekapan pegawai-pegawai disekeliling Anwar Ibrahim menguruskan isu.Selain itu,sifat gelojoh Anwar,yang tetap mahukan isterinya,Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB,lebih parah lagi.Ramai yang lihat perkara itu sebagai tindakan nepotisme.cuba sebab kawan-kawan yang buat,orang macam Ambiga dan Samad Ismail yang kononnya pro rakyat diam menyepi.Di sebalik 'benci' habis pada Abdul Khalid,kumpulan pegawai Anwar di Tropicana Damansara,tidak boleh buat apa-apa untuk menyingkirkan Khalid.Kerana kedudukan beliau sebagai MB hanya boleh 'disingkirkan' melalui dua cara,beliau sendiri letak jawatan atau undi tidak percaya di DUN Selangor.Masalahnya untuk panggil sidang DUN,merupakan arahan Sultan atas nasihat Menteri Besar. 

Sebab itu,nampak di satu pihak tidak ada cara lain bagi menyelesaikan kemelut politik di Selangor.Satu cara sahaja iaitu pilihanraya negeri untuk membiarkan rakyat memilih semula parti yang mereka mahu sebagai kerajaan di Selangor.Parti yang mendapat kuasa itu boleh memilih MB yang mereka mahu.Itu lebih demokratik dan diterima ramai,daripada cara 'rampasan kuasa' ala Anwar Ibrahim ini.Sementara itu,dalam perkembangan baru pada Selasa lepas,Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau dipecat sebagai ahli PKR) seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman blog.Menurut Abdul Khalid,sehingga hari ini, beliau masih lagi ahli PKR dan tiada kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut. 

"Saya tidak ada (dipecat) sebenarnya saya tidak menerima apa-apa surat daripada parti."Oleh sebab itu,saya tidak perlu buat apa-apa kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita selepas dipanggil sebagai saksi berhubung isu saman tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Beberapa laman blog termasuk sebuah laman portal berita melaporkan Abdul Khalid mungkin akan dipecat sebagai ahli PKR sekiranya beliau masih enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.Dalam satu laporan memetik sumber,Meloyakini melaporkan Abdul Khalid enggan mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah seperti yang diarahkan parti. Wan Azizah dikatakan mahu memujuk Khalid supaya berundur atau menerima tekanan lebih hebat dari parti. 

Sementara itu satu lagi sumber yang hampir dengan ibupejabat PKR menyatakan bahawa perteman itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan. "Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid.Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu.

LEPAS NI APA PULAK ???

JANJI ANWAR IBRAHIM NAMPAKNYA TIDAK DIKOTAKAN !!!

DULU KATA BAGI SAMPAI PRU 14

SEKARANG APA DAH JADI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM KENA TEKAN KAW-KAW DARI #PKR !!!


betul kerr Menteri besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim kena tekan kaw-kaw dari PKR ??? apa pun mari kita berkenalan dengan seorang pemimpin politik 'akal panjang'.kenapa saya kata begitu ??? Jika selama ini kita rasa Anwar Ibrahim itu dah macam-macam akal dan autanya politiknya,Menteri Besar Selangor ini sudah tunjuk bakatnya yang terpendam.Boleh tahan silat kuntaunya.Khalid Ibrahim ini jurus dan 'taici' politiknya lagi haru punya cerita.kalau tak kena gaya boleh masuk dalam The Malaysia Book of Records.ahli politik pertama buat laporan SPRM pada diri sendiri.Jika Selasa lepas PKR sibuk keluarkan dokumen 91 muka surat cerita itu ini,kononnya nak londeh Khalid berkaitan rasuah dan salahguna kuasa beliau.Awal petang Rabu,Khalid hantar Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor sendiri buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) desak suruhanjaya itu siasat dirinya mengunakan laporan PKR londehnya itu. 

Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang,sambil dilihat membawa dokumen laporan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin,calon ketua pemuda PKR Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan ahli PKR."Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar,adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serah kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasib kepada pemberita di Shah Alam. 

Beliau berkata,Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa Saifuddin. "Menteri besar sekarang ini yakin tidak melakukan kesalahan,jadi saya rasa perkara ini perlu," katanya.Beliau berkata,pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini juga gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM dan atas inisiatif sendiri pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan."Pihak yang membuat dakwaan hingga hari ini tidak membuat laporan kepada SPRM," Taici Khalid ini jurusnya tinggi dari jurus Anwar Ibrahim.sebab hari ini pegawai-pegawai Anwar terkedu barangkali.berapa lama masa dihabiskan untuk siapkan 91 muka surat itu,berakhir dengan satu laporan SPRM ke atas diri sendiri.Checkmate !!!

Sementara itu Khalid yang ditemui wartawan selepas satu majlis rasmi di Klang kemudian nampak relaks saja.Diselang seli dengan gelak ketawa Menteri Besar itu beritahu beliau sudah jawab surat tunjuk sebab PKR padanya (yang perlu dijawab tarikh akhir 8 Ogos.Menteri Besar itu kata PKR wajar menghebahkan jawapan beliau untuk pengetahuan semua ahli PKR Beliau juga kata tekanan membuatkan dirinyan seronok dan dorongnya kerja lebih pantas.Khalid bagaimana pun enggan ulas pasal usaha PKR nak singkirnya jawatan Menteri Besar.Katanya beliau hanya akan ulas hal itu selepas 10 Ogos ini bila mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat adakan mesyuarat mengenai isu itu.

KITA TUNGGU JAWAPAN KHALID IBRAHIM !!!

SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 06, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM AKAN BUBAR #DUN DALAM MASA TERDEKAT ???


semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR berikutan dari keenggananya menurut kemahuan parti supaya lepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.Beliau diberikan tempoh tiga hari untuk menjelaskan kepada parti sebab-sebab yang boleh diterima oleh parti mengapa beliau perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor Jika gagal memberikan sebab-sebab yang boleh diterima beliau berhadapan dengan tindakan dipecat keahliannya dari PKR.Implikasinya ialah beliau akan kehilangan kelayakkan sebagai Menteri Besar,kerana beliau berada di kerusi Menteri Besar itu atas kapasiti ADUN dari PKR.nampak tak permainan jijik anwar ibrahim ??? kenapa saya kata begitu ??? dulu beria-ia anwar ibrahim kata khalid ibrahim bersih dan MB terbagusssss di selangor.anwar ibrahim juga memberi peluang sepenggal lagi untuk khalid ibrahim menjadi MB.sekarang apa dah jadi ??? apa cerita ni ??? tiba-tiba wan azizah diangkat jadi MB dengan alasan kononnya wan azizah adalah presiden.nampaknya anwar ibrahim dah langgar semua perjanjian.apa hukum kalau kita langgar janji tu ???

apa pun sekiranya beliau mengumumkan akan keluar parti menjadi ADUN Bebas mesra BN beliau tetap kehilangan jawatan Menteri Besar itu.Kerana di Selangor UMNO/BN adalah kelompok minoriti yang tidak membolehkan beliau kekal sebagai Menteri Besar.Nampaknya,jika apa yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette ini adalah benar,jelas beliau telah mengambil langkah yang telah digunakan di sebuah negeri di utara Semenajung semasa PRU13 yang lalu.Beliau dilaporkan akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.lihat cerita di bawah

Anwar tak perlu sibuk, Khalid akan bubar DUN

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat." Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas,Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya. 

Jelasnya,pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri. "Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya - Malaysia Gazette 

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA DAN SIAPA AKAN JADI MB !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, August 04, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM DI PECAT ???


saya baru dapat berita dari sumber sahih di ibu pejabat PKR,Tropicana. PKR sebentar tadi.berita ini dari orang dalam sendiri mengatakan pimpinan PKR telah memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.Menurut sumber,surat pemecatan Khalid ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR,Datuk Saifuddin Ismail dan dihantar dengan tangan kepada Khalid di kediamannya. 

Dengan pemecatan ini,Khalid hilang kelayakan sebagai Menteri Besar Selangor dan akan diminta untuk mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya sekarang.Persoalan kenapa pemecatan ini berlaku setelah PKR dan Khalid dikatakan bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud sebelum ini, masih tidak dapat dipastikan.Banyak pihak masih terkejut dengan berita ini dan masih menunggu perkembangan selanjutnya.adakah semua ini benar ??? kita tunggu jawapan dari Khalid Ibrahim dan pemimpin PKR.walaupun berbeza parti,bagi saya,biar khalid ibrahim menjadi MB sehingga penggal habis dan wan azizah tidak layak memegang jawatan MB.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 15, 2014

FAKTA !!! #KHALIDIBRAHIM DAH IKUT JEJAK ALLAHYARHAM #AZIZANABDULRAZAK !!!


Antara pemimpin PAS yang paling dibenci oleh Anwar Ibrahim dan PKR ialah bekas Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Tidak sahaja dibenci oleh Anwar Ibrahim dan PKR,bahkan turut dibenci oleh sebilangan pemimpin PAS Kedah.Puncanya ialah kerana Azizan menjalankan tugasnya secara rasional dan tidak menuruti kehendak PAS,PKR dan DAP membuta tuli.Bahkan Azizan yang dikenali sebagai orang yang paling kuat menentang dan mencemik tentang Buku Jingga,pernah cuba digulingkan daripada kedudukannya selaku Menteri Besar Kedah menerusi tindakan yang dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim bersama-sama beberapa orang pemimpin PAS Kedah yang sangat pro kepadanya.Bagaimanapun,Azizan terus bertahan dengan jawatan yang disandangnya sehinggalah PR kalah di Kedah. 

Secara harfiahnya,PAS Kedah mengekalkan kedudukan dan jumlah kerusi DUN seperti tahun 2008,bagaimanapun yang kalah teruk adalah PKR.Selepas kematian Azizan,nampaknya Anwar Ibrahim dan konco-konconya tetap tidak berpuas hati kerana tamak haloba mereka dan kerana mereka gagal memperolehi jawatan serta habuan yang diharapkan.Khalid Ibrahim yang diharapkan memberi sepenuh keistimewaan kepada Anwar Ibrahim,keluarga dan konco-konconya ternyata tidak menggembirakan penipu terbesar di Malaysia itu.Khalid Ibrahim perlu diberhentikan dan memberikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah Wan Ismail atau Azmin Ali.Khalid Ibrahim diserang dari segenap arah oleh konco-konco Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.Pelbagai cara dan kaedah digunakan, termasuklah meletakkan video kamera pengintip di dalam pejabat Khalid Ibrahim dalam cubaan menimbulkan persepsi Khalid Ibrahim sama setaraf dengan Anwar Ibrahim dari segi moral dan selera seks.

Namun kaedah tersebut gagal kerana Khalid Ibrahim tidak mempunyai skandal yang memalukan. Kerjasama yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada Kerajaan Persekutuan bermula dengan persetujuan untuk meneruskan Projek Langat II bagi mengatasi masalah air terawat di Lembah Kelang. Semenjak itulah, Khalid Ibrahim menjadi sasaran,baik dari DAP,PAS apatah lagi dari PKR yang sememangnya mahukan jawatan Menteri Besar Selangor.Hari ini,Khalid Ibrahim buat hal lagi.Dia bersama-sama kepimpinan UMNO Selangor menyambut kehadiran Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.Apakah selepas ini, konco-konco Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan membikin cerita kononnya,Khalid Ibrahim sedang cuba mendapatkan nyawa dan kelangsungan untuk menjadi Menteri Besar Selangor daripada Najib Abdul Razak pula ??

Atau adakah PKR akan menyatakan kononnya Khalid Ibrahim adalah trojan horse UMNO yang digunakan untuk merampas Selangor dari tangan PR pada PRU-14 nanti ??? Tidak mustahil kerana PR terutama sekali PKR,sememangnya tidak ada apa-apa yang mustahil !!! - SC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, July 11, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM AKAN LETAK JAWATAN SEPTEMBER INI ???


Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.Menurut sumber,tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal. 

"Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang," katanya.Dalam pada itu sumber itu menambah,pada masa kini,dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baru.Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Abdul Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, ini katanya; "DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau.

" Pada Isnin,Abdul Khalid Ibrahim menafikan akan meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp sejak malam Ahad.Abdul Khalid turut meminta mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tentang perletakan jawatannya supaya segera menghentikannya.Menteri Besar ke-14 Selangor itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR,DAP dan PAS negeri. 

Sebelum ini,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.Terkini,Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini. - Awani

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BREAKING NEWS !!! ADIK 'PEREMPUAN' #AZMINALI MOHON RAKYAT SELANGOR PILIH DENGAN BIJAK !!!


ketika angin pengguguran Khalid daripada kerusi Menteri Besar Selangor,adik 'perempuan' kepada Azmin Ali,yang juga merupakan selebriti terkenal minta rakyat Selangor bersetuju untuk Azmin menjadi Menteri Besar kerana beliau adalah orang yang dirasakan benar-benar layak mentadbir negeri Selangor.Tapi itu cerita lama.apa yang saya nak cerita kan adalah gambar di bawah





Gambar di atas mampu menceritakan pelbagai cerita yang orang tak perlu nak ceritakan.So,kepada pembaca Badut Rakyat tengok jela gambar di atas puas-puas yekkk.Kehadiran Khalid Ibrahim dalam program berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Bukit Jelutong,Shah Alam semalam merungkai pelbagai cerita dan persepsi.saya nak lihat dan biarkan anda semua bermain persepsi.tapi ada yang berkata Khalid nak join UMNO kembali.Yang pasti semuanya MUNGKIN.Dalam politik Malaysia,semuanya MUNGKIN.apa pun umat Islam kena bersatu tak kira masuk politik apa yang anda anuti.itu yang penting sekali.kalauAgama pun di cemari,macam mana nak menegakkan kebenaran dan keadilan.anda faham kan maksud saya ???


APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 24, 2014

#KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM TUNDUK DESAKAN DAN KEHENDAK KRISTIAN ??? APA CERITA NI ???


Isu rampasan kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama ‘Allah’ terus hangat apabila MAIS enggan memulangkan Injil tersebut.Akibatnya,MAIS diserang bertubi-tubi,malah didesak agar kuasa eksekutifnya dilucutkan sahaja.Jika ada yang menyangka bahawa isu ini merupakan isu antara Islam dan Kristian,maka mereka perlu berfikir semula.Ini kerana,sedang pihak Islam diwakili oleh MAIS yang menjadi sasaran serangan,pihak Kristian pula dijuarai oleh parti politik iaitu DAP dan PAS. Dalam kata lain, isu ini bukanlah isu antara agama, tetapi isu pembangkang mempolitikkan agama sekali gus membayangkan kemungkinan ia sengaja ditimbulkan demi mencipta ketegangan.Syak wasangka ini dikukuhkan lagi apabila pembangkang secara jelas dan tanpa berselindung memihak kepada Bible Society Malaysia (BSM) serta mengecam MAIS secara bersepadu dan agresif tanpa mengambil kira fakta,angka mahupun undang-undang.Tersepit antara ketegasan MAIS dan tekanan politik,Menteri Besar Selangor berjanji akan berjumpa dengan MAIS dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. 

Bagaimanapun,beliau tidak pula menyatakan akan berjumpa dengan BSM atau mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pihak serentak.Secara tidak langsung,janji MB Selangor itu membuktikan bahawa beliau turut memihak kepada BSM dan perjumpaan dengan MAIS nanti hanyalah untuk ‘memujuk’ mereka.Persoalan di sini ialah,apakah hak MB untuk membelakangkan undang-undang ??? Perlu diingatkan bahawa MAIS bertindak berlandaskan undang-undang yang jelas mengharamkan penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah agama lain. Mungkin BSM berhak mempertikai cara perlaksanaan undang-undang oleh MAIS tetapi tiada siapa pun yang berhak untuk menolak hakikat bahawa BSM telah melanggar undang-undang.Ini bermakna,MAIS boleh dikenakan amaran atau tindakan atas kegagalan menjalankan tugas dengan baik, tetapi ia tidak bermakna yang Injil itu harus dipulangkan. 

Sekali lagi saya nak nyatakan,walau apapun kesalahan MAIS,BSM tetap telah melanggar undang-undang.Malang sekali bagi pihak Islam kerana Selangor merupakan negeri di bawah PR Dan seperti mana-mana negeri di bawah PR,ia tidak begitu ‘peka’ dengan undang-undang.Lihat saja bagaimana pemilihan parti-parti dalam PR mahupun pentadbiran negerinya di mana semuanya dijalankan secara samseng, iaitu penuh manipulasi dengan setiap keputusan perlu mengikut citarasa pemimpin yang paling berkuasa sekali.Dalam konteks kerajaan Selangor,pihak yang paling berkuasa sekali tentulah DAP, walaupun pada dasarnya ia diterajui oleh PKR.Oleh kerana DAP merupakan ‘dalang’ kepada isu Injil ini, maka MB Selangor tentunya hanyalah salah seorang dari watak yang melengkapi strategi dan perlu akur dengan setiap kehendak DAP. 

Apatah lagi dengan hakikat PAS juga turut senada dengan DAP dalam hal ini.Seperti yang kita sedia maklum, apabila saja DAP yang menjadi teraju kuasa,Sultan juga akan diketepikan mereka.Justeru,secara tidak langsung,isu Injil ini bakal menunjukkan kepada kita di manakah terletaknya kesetiaan MB.Apakah beliau akan setia kepada Sultan atau DAP ??? Atau apakah beliau akan tunduk pada Allah SWT, atau Bible Society…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 05, 2014

FAKTA !!! KENAPA #MB #SELANGOR #KHALIDIBRAHIM BERDIAM DIRI ISU KAHWIN DI KUIL HINDU ???


Isu seorang wanita yang memakai nama Islam dan berkahwin di kuil Hindu di Petaling Jaya Ahad lalu mengundang reaksi berbeza.Di kalangan umat Islam sendiri ada yang mengecam dan ada yang menyokong tindakan JAIS menyerbu upacara perkahwinan tersebut.Dari segi pendirian politik pula,UMNO menyifatkan bahawa serbuan tidak sepatutnya berlaku kerana JAIS mampu bertindak dan menyiasat lebih awal tanpa perlu mengganggu majlis dan memalukan sesiapa.Bagaimanapun,PAS mempunyai pandangan berbeza.Berdasarkan artikel di Harakahdaily oleh Dr. Ridhuan Mohd Nor, tindakan JAIS dianggap wajar.

Hujah beliau,“Bagi umat Islam,tindakan Jais amat wajar kerana ia berjaya menyelamatkan akidah umat Islam dari terkeluar dari garis Islam.Serbuan mungkin terpaksa dilakukan setelah mendapat maklumat tepat mengenai keislaman gadis itu bagi ‘membebaskan’ akidah beliau dari terjerumus ke lembah kemusnahan yang lebih parah di kemudian hari.” 

Nampaknya,dalam isu ini UMNO mengambil sikap lebih terbuka manakala PAS pula lebih ekstrem.Ini menimbulkan persoalan tentang sama ada pendirian PAS itu mendapat restu Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.Kelihatan seolah-olah ada ‘double standard’ apabila memperkatakan tentang agama di Selangor.Entah kenapa isu Islam-Hindu jelas tidak begitu ‘menyentuh’ perasaan kepimpinan Selangor berbanding isu Islam-Kristian.Suatu ketika,apabila isu umat Islam dimurtadkan oleh pendakwah Kristian dan JAIS bertindak menyerbu gereja,Menteri Besar Selangor bersama-sama DAP pantas bangun membela Kristian.Begitu juga apabila Bible dirampas oleh JAIS,Khalid Ibrahim berusaha memastikan Bible tersebut dipulangkan kepada Bible Society Malaysia.Setahu saya,JAIS adalah singkatan kepada ‘Jabatan Agama Islam Selangor’ dan bukannya ‘Jabatan Agama Kristian’.JAIS pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar Selangor.Justeru,kenapakah Menteri Besar hanya berdiam diri dalam isu kahwin Islam-Hindu ini ??? 

Mungkinkah sudah menjadi prinsip PR untuk menganaktirikan kaum India dan membela kaum Cina sahaja ??? Kita melihat trend meminggirkan kaum India amatlah jelas di dalam PR,terutamanya DAP di mana hampir 800 perwakilan India telah menerima notis mesyuarat CEC.Mungkinkah kerana DAP yang menguasai Khalid Ibrahim secara tidak langsung,maka beliau sering terlepas pandang akan masalah yang melibatkan kaum India dan kurang peka dengan masalah yang melibatkan Melayu Islam ??? saya tidak berniat untuk menghukum siapa salah dan siapa benar dalam isu kahwin di kuil Hindu ini, kerana ianya semua bergantung kepada pihak yang lebih arif tentang soal agama. 

Namun,saya seperti juga seluruh rakyat Selangor ingin melihat kepimpinan yang berkesan oleh Menteri Besar.Khalid wajib mengambil pendirian atau melontarkan pendapat dalam isu ini,kalau pun bukan memberi arahan kepada sesiapa.Berdiam diri dalam mengahadapi isu sensitif iaitu masalah antara agama,membuktikan bahawa Khalid Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang baik.Sebagaimana beliau gagal mencongak permasalahan air di Selangor,begitu jugalah beliau tidak mampu mencongak akan akibat yang mampu berlaku dari masalah serbuan JAIS ke atas kuil Hindu.Berdasarkan isu ini,tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa Khalid Ibrahim bukanlah Menteri Besar yang adil kepada rakyatnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 16, 2014

BREAKING NEWS !!! #PEMILIHANPKR !!! #KHALIDIBRAHIM KENA SERANG OLEH AHLI #PKR !!! VIDEO INSIDE !!!


Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diserang secara lisan dengan menggelar "Khalid penipu! Khalid rasuah," oleh ahli cabang Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan parti di cabang tersebut dibatalkan.jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

 
 
Blogger Templates