Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR terutama berhubung nasibnya sebagai Menteri Besar Selangor.Mendedahkan perkara itu,Abdul Khalid berkata, 'Langkah Kajang' dilaksanakan sebagai 'arahan' oleh partinya tanpa memberi pertimbangan wajar mengenai kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Selangor.
"Alasan untuk 'Langkah Kajang' tidak pernah dikemukakan kepada saya secara tulus dan ikhlas supaya saya dapat menghalusinya.Alasan yang kononnya telah diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor," katannya pada Rabu lepas.
Beliau berkata demikian menerusi jawatan bertulis bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR terhadapnya.Pada Selasa lepas,Abdul Khalid diberikan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tiga hari berakhir hari ini ekoran keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar selaras dengan keputusan parti itu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Untuk rekod, 'Langkah Kajang' menyaksikan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR bertanding di kerusi DUN Kajang di mana Abdul Khalid dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.Selain itu,menerusi surat jawapan setebal tiga mukasurat tersebut,Abdul Khalid menyifatkan tindakan PKR untuk memaksanya melepaskan jawatan Menteri Besar dibuat secara pramatang dan 'tidak boleh dilakukan'.
Jelas beliau,PKR meneruskan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkannya tanpa persetujuan sepenuhnya sekutu PR serta tidak mendapat perkenan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah."Jika keputusan tersebut dilaksanakan,ia merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan kerajaan negeri selain ianya satu tindakan yang tidak adil bukan sahaja terhadap saya tetapi kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini," katanya.Tegas Abdul Khalid lagi, PKR tidak mempunyai sebarang alasan kukuh untuk memaksanya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor."Saya ingin tegaskan bahawa setelah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya perlu menghormati obligasi saya untuk menegakkan peruntukan undang-undang tersebut.Yakni saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor mengapa saya seharusnya meletak jawatan,"katanya
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
DIGULING OLEH TANGAN TAK BERAPA GHAIB DAN BERLAKU DALAM KEADAAN TAK BERAPA SENYAP
kepercayaan yang diberikan kepada seseorang kawan/sahabat/rakan kongsi harus ada had dan batasnya terutamanya kalau ada dalam kalangan mereka itu memiliki bakat "whistle blower" (Rafizi); gunting dalam lipatan (Maidin); atau penikam belakang (Mak Lampir).
tangan yg tak berapa ghaib itu ialah Anuar ibrahim.....
dia sedar yg dia akan ghaib dlm penjara tak berapa lama lagi, jadi di cari mcm mcm jalan utk mengelakkan dari terus ghaib.....
kalau semua ahli PKR cerdik, mereka tentu dah lama keluar parti...sebenarnya PKR itu satu parti yg khusus utk MEMBELA DAN MEMPERJUANGKAN ANUAR semata mata....bukan utk memperjuangkan keadilan rakyat pun....
Kesilapan besar rafizi akan menyebabkan kalangan rakan dlm pakatan tidak akan mudah mempercayai dia lagi.
Dia akan membocorkan segala rahsia apabila tersepit dlm perhitungan menonjolkan diri dlm politik.
Selepas 'langkah tergelincir kajang'...dia akan dipandang sama standard dgn anwar bin ibrahim...yg dihina krn terlalu bernafsu...
Apa jasa Pas Dan pkr. Cuba senaraikan?
Anwar atau Azizah sudah terlalu berumur kalau baru hendak mula menjadi MB (moreover mula nak jadi PM). Mereka memerlukan setahun dua untuk settle down. Walaupun Khalid juga sudah berumur, beliau adalah penyandang dah telah lama settle down. Walaupun saya bukan ahli mana2 parti politik, secara keseluruhannya saya nampak Khalid ok je.
kalau berlaku dlm umno,mesti basah peluh mb umbo sbb x berani melawan mxm md said..hail khalid,pemimpin yg berani.ABU
8:19,
Si Terengganu ada perjanjian sebab itu tidak ada alasan untuk membantah.
Meskipun kurang akur namun keadaan tidak dikeruhkan oleh pembuangan dari parti.
Terengganu jauh beza dengan pendekatan Selangor dalam beberapa sudut:
Si Selangor diangkat menerusi konsensus dan konsesi, maknanya kalau nak digantikan harus menerusi laluan sama.
selangor kecoh-kecah kerana parti Khalid ingat depa boleh mendiktatorkan diri sendiri dan membelakangkan hak dua rakan yang lain.
Post a Comment