Social Icons

Pages

Monday, August 11, 2014

KANTOI !!! RUPANYA ZURAIDAH MAK LAMPIR PENIPU BESAR !!! VIDEO INSIDE !!!


kantoi,dah terserlah mak lampir ni bohong rupanya.jom kita ikuti dulu video di bawah


rupanya Kenyataan yang terbaru yang diberikan oleh Setiausaha Majlis Pimpinan PKR,Amiruddin Shari kononnya dia berada dalam pasukan yang mengikrarkan taat setia kepada Wan Azizah selaku Menteri Besar Selangor yang baru,membuktikan bahawa Zuraida Kamaruddin,Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR adalah seorang pembohong besar.Antara senarai nama yang kononnya telah mempersetujui keputusan untuk menerima satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail adalah nama Amiruddin Shari.Bagaimanapun,menurut Amiruddin,namanya telah disalahgunakan.Persetujuan yang diberikannya adalah kepada deraf awal yang mengusulkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.Sekaligus menjelaskan kepada kita mengapa Zuraida Kamaruddin tercangak-cangak apabila wartawan-wartawan bertanyakan tentang kenyataan media kedua yang diedarkan oleh seorang individu yang merupakan kakitangan Pejabat PKR Negeri Selangor bernama Khairul.lihat diatas video tersebut bagaimana zuraidah menggelupur nak jawab soalan.

Tidak menghairankan juga,mengapa para pemimpin PKR yang bersama-sama Zuraida,kelihatan tersipu-sipu dan terpaksa mengambil masa yang agak panjang sehingga akhirnya Zuraida cuba menunjukkan kepada para wartawan bahawa dia adalah seorang yang sangat penting.Hanya kenyataan media yang disahihkannya sahaja yang boleh diterima pakai.Rupa-rupanya Zuraida dan kumpulannya itu telah buat perangai khianat.Menurut Amiruddin,deraf awal ialah dua nama tetapi yang dibacakan oleh Zuraida hanya nama Wan Azizah.Zuraida Kamaruddin memberikan alasan kononnya deraf awal tidak boleh diterima kerana terlalu pro-Azmin Ali,tetapi bacaannya terlalu pro-Wan Azizah dan bersifat menjilat Anwar Ibrahim,tidak pula menjadi satu kesalahan.Maka tidak hairanlah mengapa pemilihan PKR sampai sekarang tak habis-habis lagi.Walaupun Indonesia mempunyai penduduk lebih 250 juta orang,tetapi tempoh pilihanraya mereka,jauh lebih singkat berbanding pemilihan parti PKR yang memakan masa lebih tiga bulan dan belum lagi menampakkan tanda-tanda akan selesai. PKR seringkali bercakap kononnya mereka dikhianati.Kononnya mereka dizalimi.Namun berdasarkan kepada perkembangan semasa,bukan mereka dikhianati atau dizalimi sebaliknya mereka yang menzalimi dan mengkhianati. 

Tak boleh menzalimi dan mengkhianati pihak lawan,mereka bergasak sesama sendiri.Keseluruhan PKR seperti orang gila isim yang terlebih hafal jampi dan mentera.Barangkali kerana masing-masing gagal dalam menjalankan tugas yang diberikan,PKR mengambil keputusan untuk sentiasa mewujudkan kekecohan dan keributan.Hasilnya rakyat tidak akan sedar bahawa para pemimpin PKR tidak bekerja. Sama seperti Zuraida sendiri.Di Ampang,batang hidungnya boleh dikira berapa kali dia muncul bersama-sama rakyat dan penduduk, walaupun di kalangan ahli-ahli PKR dan Pakatan yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Ampang.Zuraida boleh ke sana ke sini,merentas sempadan dan benua, tetapi dia gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang ada di Ampang yang memerlukan khidmat seorang Ahli Parlimen.Barangkali itulah natijahnya kalau pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan emosi semata-mata.Pemilihan bukan berdasarkan kualiti tetapi berdasarkan ceramah yang berapi-api dengan menuding jari ke serata orang dan agensi.Akhirnya hasil yang diperolehi adalah kosong dan pembohong.Amiruddin Shari sendiri telah mengesahkan bahawa Zuraida Kamaruddin adalah seorang pembohong dan pembohongannya itu dilakukan demi mendapatkan pujian serta senyuman daripada Anwar Ibrahim.Muliakah perangai sebegitu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates