Social Icons

Pages

Monday, August 11, 2014

BREAKING NEWS !!! KEMELUT #KHALIDIBRAHIM !!! DEWAN ULAMA PAS BERSEDIA KELUAR PR ???


Dewan Ulama PAS Pusat mengambil langkah bersedia jika terpaksa meninggalkan Pakatan Rakyat berikutan konflik Menteri Besar Selangor yang dilihat semakin meruncing.Pemangku Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah dengan keputusan tersebut setelah berhadapan dengan pengalaman politik sejak parti itu ditubuhkan. 

"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima.Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu.Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya merujuk laporan Bernama selepas menghadiri sebuah sambutan Aidilfitri di Kota Baharu.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata,PAS mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang. 

"Tidak seperti itu.Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya. 

Sebelum ini,Nik Aziz menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Katanya,pemecatan Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Awal dulu pun PAS tak perlu masuk PR. Membazir masa berkawan dengan puak syaitan dan pro-syaitan. Kena ingat siapa musuh Islam dan musuh Melayu yang sebenar.

Kalau PAS berjuang sendirian atau dengan parti Melayu tulin yang sama-sama mahu menegak Islam, semua orang Melayu akan sokong.

Anonymous said...

Melkayu dikatakan tidak pandai mengundi (kekampungan) tetapi Ah Pek dan Ah Soh yang jadi pengundi bandar adalah lebih bijak. Betul ke?

Cuba kaji apa yang Ah Soh dan Ah Pek buat terhadap undi mereka di Darul Anuzah dan apa implikasinya?

Di Darul Anuzah, Ah Soh/Pek beri undi supaya Daping menang semua kerusi tetapi McA/GeRakan hilang semua kerusi.

Of course depa akan kata ia untuk tujuan yang positif. Cumanya setelah setahun Dapig bolot semua kerusi McA/GeRakan, apakah benar Darul Anuzah menuju kepositifan? Nehi, nehi, nehi.

Kenapa? Nah apa yang Ah Soh/Pek telah bantu buat ialah memperkukuhkan parti nepotisme di Darul Anuzah tetapi mematikan parti check and balance (McA/GeRakan).

Bukankah kemelut di Darul Anuzah timbul kerana kuatnya nepotisme dan hilangnya suara rakyat (suara pembangkang...McA/GeRakan)?

Anonymous said...

Amat betul dan bertepatan tu...Kalau dilihat sejarah..Parti PAS mampu bersendirian malah fakta dah terang PAS mampu mmerintah sebuah Negeri..KELANTAN..
Tapi PKR, DAP ada?? Kalau tidak melalui pakatan adakah mereka mampu...?

Anonymous said...

Adoi,

klu betul le yg kluar statement tu ulama2 spatutnya bbunyi mcm ni;

"Dewan ulama pas sbulat suara mbubarkan parti pas."

hah yg tu le spatutnya yg btul.
parti pas xde pekdah utk islam wlu mngguna dn mnumpang jenama islam pd nama parti.
bnyk sudah kerosakkn dn ppecahan yg dsebabkn pas.

klu betul umno tu sesat bkn kah dh jd tangugjwp ulama pas mperbetulkan?

ini tidak, dikafirkan umno ada la, pastu jadikn harbi dn puak liberal sbagai rakan serangkai 3 mata.

ntahapapantah pas ni.

Unknown said...

Kita tengok je la pas ni ade telor ke x ckp nk kluar pakatan,tp mcm yg sblm2 ni depa dok u turn manjang.

 
 
Blogger Templates