Social Icons

Pages

Tuesday, August 12, 2014

KEMELUT #PKR DAN MB !!! #KHALIDIBRAHIM WAJAR PERTIMBANG PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU SELANGOR !!!


Dalam suasana demokrasi yang sedang meruncing di Negeri Selangor dan PR pula dibawah penguasaan Anwar Ibrahim sedang berhempas pulas untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.Namun,apa yang tidak disedari oleh Anwar Ibrahim,beliau semakin dibenci oleh orang-orang Islam dan Melayu di negeri Selangor Darul Ehsan.Anwar bukan sahaja dengan terang-terang membelakangkan DYMM Sultan Selangor,tetapi juga beliau dengan senang mengkhianati rakyat Selangor yang selama ini telah mempercayai agenda reformasi beliau.Apa yang terjadi di negeri Selangor merupakan satu “rasa” yang diberikan oleh Anwar Ibrahim untuk mempertontonkan apa yang akan jadi kepada Malaysia sekiranya di berikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Beliau bertindak sedemikian seperti semua negeri PR adalah milik beliau dan ahli keluarganya. 

Perkara ini mendatangkan masalah besar apabila secara tiba-tiba seorang Menteri Besar yang merupakan anak jati negeri Selangor telah dipaksa turun dan digantikan oleh isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail.Wan Azizah bukan sahaja gagal semasa menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,tetapi juga gagal menjadi wakil rakyat yang baik untuk DUN Kajang di Selangor.Rakyat Selangor sudah ditipu oleh PR.Mangsa dalam drama politik ini ternyata bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi yang paling teruk merasakan tempiasnya adalah rakyat negeri Selangor.Khalid Ibrahim yang telah memeterai perjanjian Langat 2 bagi pihak rakyat Selangor dan berusaha dengan gigih untuk menyelesaikan masalah air di Selangor telah dipaksa turun oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.Adakah Anwar ingin membatalkan perjanjian dan seterusnya menambahkan kesengsaraan rakyat Selangor Darul Ehsan. 

Khalid Ibrahim yang asyik diserang bertubi-tubi oleh PKR dan DAP nampaknya hanya boleh berlindung dibawah PAS dan juga sokongan dari ahli-ahli UMNO Selangor.PAS dengan terang-terangan telah menentang penukaran Khalid Ibrahim manakala orang UMNO pula menyokong Khalid disebabkan kedangkalan Anwar Ibrahim.Terpulang kepada Khalid Ibrahim,adakah beliau berani untuk membuat keputusan yang betul untuk rakyat negeri Selangor.Jangan pedulikan Anwar Ibrahim,rakyat Selangor perlu sedar selagi PRberada dibawah kekuasaan Anwar dan konco-konconya,negeri ini tidak akan aman dan makmur.Sedarlah dan bersatulah rakyat Selangor.Kita sama-sama tolak kronisme dan nepotisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan kaum kerabatnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

tahniah TSKI,..rakyat Selangor akan bersama mu, atas sebab kami mahu pentadbiran yang baik, jujur ikhlas, dan terbuka. TS akan memulakan langkah ini apa yang di panggil langkah kesejahteraan rakyat, dulu bawah PKR, kena ikut telunjuk penipu Negara, sekarang bebas, dengan sokongan PAS, TS boleh lakukan terbaik untuk Selangor...Jka SIMEDARBY milik British boleh TS bawa balik, apakah PKR yang sentiasa goyang..satu permintaan kami..TS selalulah turun padang untuk sama sama berjemaah bersama kami tak kira di masjid atau di surau..untuk mendekati rakyat,,,ini satu perkara yang di buat zaman nabi dan zaman khalifahnya...dan nilai khalifah umar dapat di sampaikan kepada rakyat...bukan seperti khalifah umar LGE..cakap setakat nak undi melayu..tahniah..

Anonymous said...

Bersatulah Melayu Islam.

Pertahan dan peliharalah hak, kedaulatan dan maruah bangsa.

Anonymous said...

Allah panjangkan usia sultan selangor...!!!

 
 
Blogger Templates