cerita sebenar didedahkan.kelmarin 1 forum diadakan bagi menyelesaikan isu Tan Sri Khalid Ibrahim.apa yang mereka buat,lain pulak jadinya.Keadaan tegang bermula apabila bekas Penolong Ketua Penerangan 1 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Rasip mengajukan soalan kepada ahli panel sambil menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku Abdul Khalid,termasuk kononnya beliau tidak menjaga kebajikan rakyat.Soalan tersebut menimbulkan kemarahan kepada lebih separuh daripada kira-kira 100 yang hadir kerana tidak bersetuju dengan pemecatan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin itu.
Susulan itu,beberapa individu segera memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Rozan Azen sambil mendakwa lelaki tersebut merupakan orang suruhan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa penyokong kuat Anwar turut berdiri dan berlaku cabar-mencabar antara mereka sehingga hampir menimbulkan pergaduhan.Pertikaman lidah itu berlaku selama beberapa minit menyebabkan perjalanan forum bertajuk
‘Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan?’
itu terganggu.Ahli panel pada forum tersebut adalah Presiden Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB Selangor (Pasmeb), Mazli Saring ; Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi dan Kewangan MB Selangor,Azrul Azwar Ahmad Tajuddin Eksekutif Komunikasi Kepada MB Selangor, Shazni Munir Mohd. Ithnin dan kolumnis, Nathaniel Tan.
Kesemua ahli panel tersebut turut menyelar Rozan Azen kerana soalannya yang dikatakan sengaja merendahkan martabat Abdul Khalid seolah-olah beliau tidak menjaga rakyat Selangor selama ini.
Kumpulan penyokong Abdul Khalid kemudiannya tidak lagi menghiraukan forum lalu mengeluarkan sepanduk untuk menyatakan sokongan kepada pemimpin berkenaan menyebabkan pengacara majlis segera menghentikan forum berkenaan.Mereka kemudiannya melakukan demonstrasi di hadapan Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur tempat penganjuran forum itu sebagai tanda protes kepada pemecatan berkenaan.
JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
pihak yang mula pilih MB ini adalah PR. Pihak yang sambungkan dia juga adalah PR. makanya kalau ahli PR kata itu dan ini terhadap MB maknanya mereka menepuk air di dulang dan terpercik kat muka sendiri.
siapa mamat serabai mcm rabbi yahudi sekor tu?
Orang selangor sangat gembira bila bn jatuh dan pr dapat memerintah di selangor..dulu kata umno bn kemaruk kuasa dan macam macam lagi..
sekarang ni..apa jadi dgan pr..gila kuasa..gila kroni..gila nepotisme..gila duit dan gila menjatuhkan sesama sendiri..tapi semua ok..sebab orang selangor yg mahukan begini..selangor kucar kacir disebabkan dengan masalah politik.dari lepas pru 13 hingga kini..berpolitik tak habis lagi..nak buat macamana..!!orang selangor suka situasi ini..kalau bn pergi mampuslah.akan di tentang habisan..itulah orang selangor...
mentang mentang lah negeri paling kaya dan penuh dengan pembangunan sana sini..jasa umno membangunkan selangor terus dilupakan..yg nampak..pr lah yg paling sempuna dlm segalanya..tapi hakikatnya..penuh dengan tipudaya disebalik muka dan parti yang dikatakan sempurna untuk membela rakyat..
Itu masih ada lembu yg masih sokong peliwat tua...konpom manusia ni cuma ada otak aje...Nuar kata jom buat...dia orang buat...cuba la fikit guna akal sebagai manusia...tanya diri sendiri siapa Nuar dan siapa kamu....(macai aje tau)
sebilangan optimun adun Dap duduk dalam dun, apa yang anda dapat?
yang pasti mereka dapat itu dan ini hinggakan gaji speaker ngalahkan PM.
anda hendak berikan Dap lebih banyak kerusi di Selanlgor?
jangan buang tabiat bro.
Sibuk bercakaran sesama sendiri, masalah air lansung tak sentuh. Kalau sekali lagi ada catuan air, ...................!!!!!
Post a Comment