Social Icons

Pages

Thursday, August 07, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM KENA TEKAN KAW-KAW DARI #PKR !!!


betul kerr Menteri besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim kena tekan kaw-kaw dari PKR ??? apa pun mari kita berkenalan dengan seorang pemimpin politik 'akal panjang'.kenapa saya kata begitu ??? Jika selama ini kita rasa Anwar Ibrahim itu dah macam-macam akal dan autanya politiknya,Menteri Besar Selangor ini sudah tunjuk bakatnya yang terpendam.Boleh tahan silat kuntaunya.Khalid Ibrahim ini jurus dan 'taici' politiknya lagi haru punya cerita.kalau tak kena gaya boleh masuk dalam The Malaysia Book of Records.ahli politik pertama buat laporan SPRM pada diri sendiri.Jika Selasa lepas PKR sibuk keluarkan dokumen 91 muka surat cerita itu ini,kononnya nak londeh Khalid berkaitan rasuah dan salahguna kuasa beliau.Awal petang Rabu,Khalid hantar Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor sendiri buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) desak suruhanjaya itu siasat dirinya mengunakan laporan PKR londehnya itu. 

Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang,sambil dilihat membawa dokumen laporan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin,calon ketua pemuda PKR Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan ahli PKR."Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar,adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serah kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasib kepada pemberita di Shah Alam. 

Beliau berkata,Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa Saifuddin. "Menteri besar sekarang ini yakin tidak melakukan kesalahan,jadi saya rasa perkara ini perlu," katanya.Beliau berkata,pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini juga gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM dan atas inisiatif sendiri pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan."Pihak yang membuat dakwaan hingga hari ini tidak membuat laporan kepada SPRM," Taici Khalid ini jurusnya tinggi dari jurus Anwar Ibrahim.sebab hari ini pegawai-pegawai Anwar terkedu barangkali.berapa lama masa dihabiskan untuk siapkan 91 muka surat itu,berakhir dengan satu laporan SPRM ke atas diri sendiri.Checkmate !!!

Sementara itu Khalid yang ditemui wartawan selepas satu majlis rasmi di Klang kemudian nampak relaks saja.Diselang seli dengan gelak ketawa Menteri Besar itu beritahu beliau sudah jawab surat tunjuk sebab PKR padanya (yang perlu dijawab tarikh akhir 8 Ogos.Menteri Besar itu kata PKR wajar menghebahkan jawapan beliau untuk pengetahuan semua ahli PKR Beliau juga kata tekanan membuatkan dirinyan seronok dan dorongnya kerja lebih pantas.Khalid bagaimana pun enggan ulas pasal usaha PKR nak singkirnya jawatan Menteri Besar.Katanya beliau hanya akan ulas hal itu selepas 10 Ogos ini bila mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat adakan mesyuarat mengenai isu itu.

KITA TUNGGU JAWAPAN KHALID IBRAHIM !!!

SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Kemelut MB mendedahkan banyak perkara:

Dalam pas, presiden tidak lebih tinggi dari parti. Penjilat presiden tak dapat apa, jilat dapig dapat juga.

Dalam pkr parti lebih rendah dari presiden dan nepotisma. Penjilat lebih mudah jadi orang presiden.

Anonymous said...

teknik kotak bukti macai nuar tak menjadi kat khalid gagap...cakap je gagap..tapi otak batu geliga...checkmate

 
 
Blogger Templates