Social Icons

Pages

Thursday, August 07, 2014

KANTOI !!! #PKR MATI KUTU NAK SELESAIKAN MASALAH #KHALIDIBRAHIM !!!


Mengelegak habis kisah PKR nak buang MB sendiri di Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.isu yang biasa-biasa ini jadi panas berikutan ketidakcekapan pegawai-pegawai disekeliling Anwar Ibrahim menguruskan isu.Selain itu,sifat gelojoh Anwar,yang tetap mahukan isterinya,Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB,lebih parah lagi.Ramai yang lihat perkara itu sebagai tindakan nepotisme.cuba sebab kawan-kawan yang buat,orang macam Ambiga dan Samad Ismail yang kononnya pro rakyat diam menyepi.Di sebalik 'benci' habis pada Abdul Khalid,kumpulan pegawai Anwar di Tropicana Damansara,tidak boleh buat apa-apa untuk menyingkirkan Khalid.Kerana kedudukan beliau sebagai MB hanya boleh 'disingkirkan' melalui dua cara,beliau sendiri letak jawatan atau undi tidak percaya di DUN Selangor.Masalahnya untuk panggil sidang DUN,merupakan arahan Sultan atas nasihat Menteri Besar. 

Sebab itu,nampak di satu pihak tidak ada cara lain bagi menyelesaikan kemelut politik di Selangor.Satu cara sahaja iaitu pilihanraya negeri untuk membiarkan rakyat memilih semula parti yang mereka mahu sebagai kerajaan di Selangor.Parti yang mendapat kuasa itu boleh memilih MB yang mereka mahu.Itu lebih demokratik dan diterima ramai,daripada cara 'rampasan kuasa' ala Anwar Ibrahim ini.Sementara itu,dalam perkembangan baru pada Selasa lepas,Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau dipecat sebagai ahli PKR) seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman blog.Menurut Abdul Khalid,sehingga hari ini, beliau masih lagi ahli PKR dan tiada kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut. 

"Saya tidak ada (dipecat) sebenarnya saya tidak menerima apa-apa surat daripada parti."Oleh sebab itu,saya tidak perlu buat apa-apa kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita selepas dipanggil sebagai saksi berhubung isu saman tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Beberapa laman blog termasuk sebuah laman portal berita melaporkan Abdul Khalid mungkin akan dipecat sebagai ahli PKR sekiranya beliau masih enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.Dalam satu laporan memetik sumber,Meloyakini melaporkan Abdul Khalid enggan mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah seperti yang diarahkan parti. Wan Azizah dikatakan mahu memujuk Khalid supaya berundur atau menerima tekanan lebih hebat dari parti. 

Sementara itu satu lagi sumber yang hampir dengan ibupejabat PKR menyatakan bahawa perteman itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan. "Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid.Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu.

LEPAS NI APA PULAK ???

JANJI ANWAR IBRAHIM NAMPAKNYA TIDAK DIKOTAKAN !!!

DULU KATA BAGI SAMPAI PRU 14

SEKARANG APA DAH JADI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

MELAYU MUDAH LUPA

Khalid mungkin dianggap membelakangkan arahan Bos kerana dalam konteks PR Bos sentiasa betul. Justeru membelakangkan arahan Bos ibarat pelaku mengundang tayangan surat tunjuk sebab kenapa tidak boleh dipecat.

Ini bukan kes pertama tetapi disebabkan keterlupaan (yakni Melayu mudah lupa) maka jadilah Khalid sebagai itu. Melayu lupa bahawa Khalid bukanlah ahli pertama dalam sebuah parti di Malaysia yang membelakangkan arahan Bos sebaliknya Bos Khalid sendiri kalau mengikut buku sejarah adalah pengengkar arahan Bos (iaitu Tun M).

Bidalan Melayu tepat untuk situasi ini ialah 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi': ke mana tumpahnya sifat membelakangkan arahan Bos oleh si Bos Khalid yang ketika itu berboskan Bos Umno kalau tidak pada Khalid sendiri. Justeru, apabila Melayu PR melihat isu khalid dalam konteks 'ingkar arahan Bos', mereka sebenarnya mengesahkan bahawa 'Melayu mudah lupa'.

Anonymous said...

apakah Khalid yang ikut stail Bos...ingkar arahan parti...atau Bos mengulangi apa yang dilaluinya dalam Ameno di ulangi ke atas Khalid?

Anonymous said...

Bilamana Bos Khalid ditendang oleh parti, Pas nampak kelahiran watak hero dalam Bos.

Kini sejarah berulang. Bilamana Khalid ditentang oleh parti, pandangan Pas tetap sama, dalam Khalid ada darah hero.

 
 
Blogger Templates