Ramai yang sedia maklum,tindakan kerajaan Selangor lantik ketua pembangkang sebagai pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor ada 'wayang' lain.Seperti kata bekas ketua pembangkang Selangor,Datuk Mohd Shamsudin Lias sendiri jawatan dalam PAC itu tidak bermotifkan konsep demokrasi dan keadilan kerana komposisi tujuh ahli jawatankuasa itu berat sebelah ; lima ADUN PR,dua ADUN BN (Jeram),serta dirinya.
"Kuasa tetap adalah berpihak di tangan Pakatan,pengerusi PAC yang diwakili BN hanyalah menjadi boneka semata-mata. Apa ertinya jawatan kalau tiada kuasa," keluhnya yang buat keputusan letak jawatan pagi Isnin.Lima AJK PAC Pakatan terbabit adalah Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kajang),Rodziah Ismail (Batu Tiga),Ng Tien Chee (Balakong) dan Dr Abdul Rani Osman (Meru).Katanya,tawaran jawatan itu ada muslihat politik kerana ia bakal dijadikan dasar Pakatan untuk menuntut hak yang sama di Parlimen.
DUN Selangor pada 4 Disember lalu meluluskan pindaan peraturan tetap 68(1) bagi mewajibkan ketua pembangkang menjadi pengerusi PAC.
Berikutan itu,ada cadangan supaya BN yang mempunyai 12 ADUN di Selangor menamakan ADUN bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ketua pembangkang."Biar Khalid aktif 'gasak' kerajaan Pakatan Selangor..." kata Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Selangor Jeffrizal Jaafar.Beliau antara yang terbuka kepada cadangan tersebut."Soal setuju atau tidak melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada ADUN bebas, saya ikut apa yang diputuskan kepimpinan.tapi saya suka pada idea beri peranan kepada Khalid untuk menggasak kerajaan Selangor," ujarnya kepada Agendadaily.Beliau sebelum itu menyatakan pendirianya setuju dengan tindakan Shamsudin untuk meletak jawatan sebagai ketua pembangkang."Ini soal prinsip dan integriti tidak mahu menjadi ketua pembangkang dan pengerusi PAC yang hanya jadi rubber stamp setiap keputusan kerajaan negeri,"katanya.
Jawatan ketua pembangkang di Selangor adalah pakej dengan jawatan Pengerusi PAC, bagaimanapun semua keputusan PAC dibuat melalui undian yang menjadikan ketua pembangkang hanyalah boneka.
4 Disember lalu Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi PAC menggantikan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
Speaker Selangor Hannah Yeoh ketika itu berkata,Shamsudin sebelum ini menolak dilantik ke jawatan itu dua kali dan sekiranya beliau kekal dengan keputusan sama maka jawatan selaku Ketua Pembangkang perlu dikosongkannya.
“UMNO Selangor kena putuskan siapa nak dilantik jadi Ketua Pembangkang. Sekarang ini Kerajaan Negeri beri kereta rasmi dan elaun khas kepada Ketua Pembangkang.
“Dengan semua kemudahan ini, Kerajaan Negeri tetap mengatakan beliau mesti melaksanakan tangungjawab sebagai Pengerusi PAC,” ujar beliau.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment