Social Icons

Pages

Wednesday, August 06, 2014

BREAKING NEWS !!! #KHALIDIBRAHIM AKAN BUBAR #DUN DALAM MASA TERDEKAT ???


semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR berikutan dari keenggananya menurut kemahuan parti supaya lepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.Beliau diberikan tempoh tiga hari untuk menjelaskan kepada parti sebab-sebab yang boleh diterima oleh parti mengapa beliau perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor Jika gagal memberikan sebab-sebab yang boleh diterima beliau berhadapan dengan tindakan dipecat keahliannya dari PKR.Implikasinya ialah beliau akan kehilangan kelayakkan sebagai Menteri Besar,kerana beliau berada di kerusi Menteri Besar itu atas kapasiti ADUN dari PKR.nampak tak permainan jijik anwar ibrahim ??? kenapa saya kata begitu ??? dulu beria-ia anwar ibrahim kata khalid ibrahim bersih dan MB terbagusssss di selangor.anwar ibrahim juga memberi peluang sepenggal lagi untuk khalid ibrahim menjadi MB.sekarang apa dah jadi ??? apa cerita ni ??? tiba-tiba wan azizah diangkat jadi MB dengan alasan kononnya wan azizah adalah presiden.nampaknya anwar ibrahim dah langgar semua perjanjian.apa hukum kalau kita langgar janji tu ???

apa pun sekiranya beliau mengumumkan akan keluar parti menjadi ADUN Bebas mesra BN beliau tetap kehilangan jawatan Menteri Besar itu.Kerana di Selangor UMNO/BN adalah kelompok minoriti yang tidak membolehkan beliau kekal sebagai Menteri Besar.Nampaknya,jika apa yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette ini adalah benar,jelas beliau telah mengambil langkah yang telah digunakan di sebuah negeri di utara Semenajung semasa PRU13 yang lalu.Beliau dilaporkan akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.lihat cerita di bawah

Anwar tak perlu sibuk, Khalid akan bubar DUN

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat." Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas,Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya. 

Jelasnya,pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri. "Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya - Malaysia Gazette 

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA DAN SIAPA AKAN JADI MB !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Kalau berlaku PR semula, prestasi Pas mungkin bertambah baik. Dap kekal dan PKR almaklum, TST.

Ini bermakna kalau Khalid masuk kem Pas, pelung untuk duduk semula di kerusi MB adalah cerah malah lebih cerah dari PKR.

Anonymous said...

Dalam kata lain Khalid adalah MB PKR terakhir?

*itupun kalau Pas tidak tolak meritokerusi.

Anonymous said...

wow. jawatan MB Selangor dah mcm hak milik PKR anak beranak sdn bhd. setau aku jawatan ni jawatan pentadbiran kerajaan negeri. MB bertanggungjawab menjawab pada sultan, bukan ketua umum PKR. kalau takat influence2 dr parti tu biasa la boleh terima. tp kalau dah smp tahap boleh arah MB letak jawatan ikut sukati mak bapak aku rasa PKR ni mmg parti orang2 sewel la. kepentingan parti dan kepentingan negeri dua perkara berbeza. mampos la kita kalau puak2 ni berjaya dpt kuasa nnt.

jentayu

Anonymous said...

tu la pkr..slalu nyusahkan rakyat ja kja depa....

Anonymous said...

PRK adalah gelanggang ujian prestasi parti di mata rakyat. Rakyat yang akan beri score.

Dap score 15-0 di Selangor pada PRU 13, iaitu persentej score terbaik boleh di capai mana-mana pasukan.

Namun apakah mudah untuk mengekalkan pencapaian terbaik itu memandangkan 'sekali air bah sekali tebing berubah'.

Selain air bah, faktor MCA juga perlu diambil kira dalam menentukan score 15-0 bakal berulang atau tidak.

 
 
Blogger Templates