Social Icons

Pages

Wednesday, August 06, 2014

KRISIS MB SELANGOR !!! #PKR MULA MENJATUHKAN MARUAH PARTI !!!


Satu 'pendedahan' oleh pemimpin PKR yang bertujuan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim terpalik balik ke muka pemimpin tersebut apabila Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR,malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Rakyat tentu berasa mual dengan sarkas PKR dan Pakatan pembangkang yang saling membuka pekung sesama mereka hanya kerana berebut jawatan Menteri Besar.Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. 

"Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan.Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar. "Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia," katanya.Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. 

Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya.Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.sebelum ini,Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu. Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam. Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013. Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014. Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan.

PKR semakin hancur dan sangat memalukan.Adegan mereka di dalam PKR telah menjatuhkan maruah parti itu hingga tahap sampah.Tidak mungkin rakyat masih lagi menyokong satu parti yang bukan sahaja korup tetapi penuh dengan pekung jijik kotor dan tidak layak menjadi wakil rakyat.Sungguh memalukan.Dalam masa yang sama,benarkah Khalid Ibrahim tidak menolak mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas 'fitnah' tersebut ??? Atau Khalid Ibrahim sekadar gertak sahaja dan tidak berani untuk membersihkan diri beliau sendiri ??? kita tunggu dan lihat 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

SentiasaPanas said...

Politik pakatan haram lebih jijik dari 2 org lelaki gay yg berkahwin..

Anonymous said...

"Harapkan pagar, pagar makan padi.". Parti kelentong rakyat..he..he..he

Anonymous said...

Itu baru jawatan MB, kalaulah mereka nanti layak duduk di kerusi PM tak tahulah apa jenis kebobrokan dan kesarkasan yang akan tertonjol dengan mengambil kira kenyataan Karpal King...LGE juga layak. Kik kik kik

*satu dunia terhibur

 
 
Blogger Templates