Social Icons

Pages

Tuesday, July 15, 2014

FAKTA !!! #KHALIDIBRAHIM DAH IKUT JEJAK ALLAHYARHAM #AZIZANABDULRAZAK !!!


Antara pemimpin PAS yang paling dibenci oleh Anwar Ibrahim dan PKR ialah bekas Menteri Besar Kedah,Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Tidak sahaja dibenci oleh Anwar Ibrahim dan PKR,bahkan turut dibenci oleh sebilangan pemimpin PAS Kedah.Puncanya ialah kerana Azizan menjalankan tugasnya secara rasional dan tidak menuruti kehendak PAS,PKR dan DAP membuta tuli.Bahkan Azizan yang dikenali sebagai orang yang paling kuat menentang dan mencemik tentang Buku Jingga,pernah cuba digulingkan daripada kedudukannya selaku Menteri Besar Kedah menerusi tindakan yang dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim bersama-sama beberapa orang pemimpin PAS Kedah yang sangat pro kepadanya.Bagaimanapun,Azizan terus bertahan dengan jawatan yang disandangnya sehinggalah PR kalah di Kedah. 

Secara harfiahnya,PAS Kedah mengekalkan kedudukan dan jumlah kerusi DUN seperti tahun 2008,bagaimanapun yang kalah teruk adalah PKR.Selepas kematian Azizan,nampaknya Anwar Ibrahim dan konco-konconya tetap tidak berpuas hati kerana tamak haloba mereka dan kerana mereka gagal memperolehi jawatan serta habuan yang diharapkan.Khalid Ibrahim yang diharapkan memberi sepenuh keistimewaan kepada Anwar Ibrahim,keluarga dan konco-konconya ternyata tidak menggembirakan penipu terbesar di Malaysia itu.Khalid Ibrahim perlu diberhentikan dan memberikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah Wan Ismail atau Azmin Ali.Khalid Ibrahim diserang dari segenap arah oleh konco-konco Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.Pelbagai cara dan kaedah digunakan, termasuklah meletakkan video kamera pengintip di dalam pejabat Khalid Ibrahim dalam cubaan menimbulkan persepsi Khalid Ibrahim sama setaraf dengan Anwar Ibrahim dari segi moral dan selera seks.

Namun kaedah tersebut gagal kerana Khalid Ibrahim tidak mempunyai skandal yang memalukan. Kerjasama yang diberikan oleh Khalid Ibrahim kepada Kerajaan Persekutuan bermula dengan persetujuan untuk meneruskan Projek Langat II bagi mengatasi masalah air terawat di Lembah Kelang. Semenjak itulah, Khalid Ibrahim menjadi sasaran,baik dari DAP,PAS apatah lagi dari PKR yang sememangnya mahukan jawatan Menteri Besar Selangor.Hari ini,Khalid Ibrahim buat hal lagi.Dia bersama-sama kepimpinan UMNO Selangor menyambut kehadiran Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.Apakah selepas ini, konco-konco Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan membikin cerita kononnya,Khalid Ibrahim sedang cuba mendapatkan nyawa dan kelangsungan untuk menjadi Menteri Besar Selangor daripada Najib Abdul Razak pula ??

Atau adakah PKR akan menyatakan kononnya Khalid Ibrahim adalah trojan horse UMNO yang digunakan untuk merampas Selangor dari tangan PR pada PRU-14 nanti ??? Tidak mustahil kerana PR terutama sekali PKR,sememangnya tidak ada apa-apa yang mustahil !!! - SC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Selangor kaya dan maju. Banyak peluang dan ruang untuk nepotism dan kronism.

Oleh itu tidak hairan kalau KPI yang diutamakan ialah betapa strongnya nilai tersebut bersarang di jiwa.

Makanya kalau KPI nepotism/kronism tidak lulus, konsensus akan minta MB berundur secara terhormat.

Dan kalau permintaan konsensus hanya masuk telinga kiri dan terus keluar ikut telinga kanan, konsensus akan minta Khalid dengar baik-baik: "your fired!"

 
 
Blogger Templates