Rakan rakan seperjuangan.Saya ingin berkongsi pengalaman saya yg sedikit ni setelah hampir 8 tahun dalam APMM.Kita telah disajikan dengan aset yg lama dari pelbagai unit dan keanggotaan yang kurang dalam menjaga perairan negara.Ini ada reply dari pegawai khas APMM kpd Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Keujudan APMM bukan kehendak kita dan kita hanya mencari peluang kerjaya yang kita rasa sesuai dengan kelayakan kita.Dalam masa yang sama kita juga sedia berkorban dalam menjaga perairan.
Jawapan saya :-
1. Polis Marin tidak dibubar cuma mereka dikecilkan kerana diatas kehendak perundangan negara untuk meujudkan Coastguard di dalam negara
2. APMM mengambil alih sebagai Raja Laut namun kami masih memerlukan kepakaran PDRM dan Polis Marin dalam bidang penguatkuasaan. Pencerobohan berlaku akibat permohonan individu yang tamak dan konflik yang sedia ada bagi menuntut negeri Sabah Borneo ini sebagai negara mereka. Bukan kehendak kita perkara ini berlaku.
3. Ops Tayang dihentikan berikutan tiada permohonan dan releven dalan menjaga perairan setelah ura2 meujudkan unit Escom di Timur Sabah.
4. Setelah tertubuhnya APMM,banyak kejayaan yang dapat dibendung seperti pencerobohan,menyeludupan,pendatang haram,aktiviti perlanunan dan pelbagai lagi jenayah maritim.
5. Dalam Ops Daulat,APMM juga terlibat didalam secara langsung namun banyak pihak yang memandang remeh dan memperkecilkan APMM namun mereka masih menjalankan tugas tanpa berkecil hati dan bersama sama menjaga kedaulatan negara.Namun bila terjadi sesuatu masalah,APMM dipersalahkan 100%.
6. Kes penculikan warga Cina,anggota APMM juga terlibat secara langsung dalam membuat kawalan namun tiada kerjasama yang diperolehi dari PDRM dan apa yang dapat hanya cemuhan. Apa salahnya kalau bersatu.
7. Dalam kes anggota Marin ditembak,APMM masih membuat kawalan namun maklumat tidak di salurkan lebih awal dan hanya menunggu kata putus dari unit Escom untuk bertindak sehingga jam 0330h.
8. Kapal yang diserahkan kepada APMM adalah yang telah lama rosak dan layak digelar besi buruk.
Kos pembaikan lebih mahal dari kos bagi membeli kapal yang baru.Ada juga yang tidak layak dibaiki dan menunggu masa untuk dilupuskan.Bagaimanapun kapal jenis PA yang baru masih mereka gunakan.
9.APMM harus diteruskan berikutan negara perlu melaraskan keujudan COASTGUARD yang mempunyai lebih bidang kuasa dalam manjaga negara.Bagaimanapun Polis Marin masih bertanggungjawab dalam menjaga pulau pulau dan sungai.
Fungsi APMM hanya releven pada perairan saja.Kenapa pencerobohan masih berlaku di pulau pulau walaupun ada Polis Marin yang menjaga kawasan itu ???
Saya ingin tegaskan laut bukan seperti darat.Dimana saja laluan boleh digunakan dan tidak seperti darat yg mana ada jalan yang dikhaskan.Buat roadblock sudah dapat penjenayah.Walaupun tuan-tuan menjaga perairan sebelum ini,makin banyak pendatang haram di tanahair tercinta.Adakah ini juga salah APMM ???
Fikirkan lah..
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
5 comments:
APMM ke PDRM ke ATM ke apa ke..
majoriti mereka adalah melayu muslim yg ikhlas mpertahankan tanahair dgn nyawa..
utk apa?
utk mnjaga keamanan dan kmakmuran malaysia, tapi siapa yg paling dapat keuntungan pngorbanan melayu2 ni?
pikir le sendiri..
dan skarang tdapat gelombang negatif yang akan mngutuk dan mfitnah apa aje yg dlakukan jika pelakunya adalah melayu majoriti..
dripada lahad datu smpai ke zaman polis mlawan komunis dulu.
apa melayu buat smua tak kena, apa melayu niaga smua tak bagus tmasuk proton, petronas, felda, gardenia dn bmacam lagi..
trmasuklah dgn kerajaan yg mmerintah skrg yg bnyak difitnah.. kerana yg mmerintah skrag adalah melayu.
so jgn jadi bengap dgn pcaya bulat2 apa yg musuh dlm selimut fitnah..
Setuju dgn jawapan bernas sudara..byk yg masuk akal..
Tp ex-navy dlm apmm pun byk salah jgk..blh kata semua gila pangkat
Ex-navy sembang je lebih, tp pelaksanaan dlm apmm mcm hampeh, pastu yg sarjan2 ex navy belagak nak mampus, padahal bkn bagus mna pun..
Berapa byk elite force nk di tubuhkan di m'sia haa..? Cukup lah dengan RGK.HANDAU.UTK.VAT69.PASKAL.
komen yang dibuat oleh kamaruddin bukannya membina tetapi boleh memburukkan lagi hubungan di antara perkhidmatan dalam kerajaan iaitu antara perkhidmatan PDRM dengan perkhidmatan PTD .. antara contoh hubungan dingin di antara pegawai PDRM dengan pegawai PTD adalah dalam isu Esscom yang mana pegawai PDRM keberatan untuk patuh pada arahah pegawai PTD yang menjadi Ketua Pengarah Esscom menyebabkan Perdana Menteri terpaksa membuat penstrukturan Esscom untuk memberi kuasa kepada pegawai PDRM menjadi Komander Esscom ... komen kamaruddin seolah-olah penyalahkan pegawai PTD yang kononnya sebagai dalang penubuhan APMM sedangkan keputusan untuk penubuhan APMM bukannya di tangan pegawai PTD tetapi di bawah bidnagkuasa kabinet ... dia juga seolah-olah berfikir di bawah tempurung kerana di Amerika Syarikat sudah lama ada Coast Guard .. kita sewajarnya berubah berdasarkan perkembangan semasa iaitu perhubungan antarabangsa yang semakin kompleks dan kita bukan di zaman komunis lagi .... seterusnya mengenai aset untuk APMM yang dianggap lapuk dan terpakai, kamaruddin mungkin pakar dari segi keselamatan tetapi dia tidak tahu tentang prosedur dan peraturan kewangan kerajaan iaitu dalam hal bajet untuk jabatan atau agensi kerajaan bukannya pegawai PTD yang mempunyai kuasa untuk memberikan kelulusan bajet kerana bajet sesuatu agensi di tentukan oleh Menteri Kewangan ... kamaruddin sebaik-baiknya janganlah memburukkan keadaan tetapi membuat kajian sebelum bercakap... jangan ingat dia sahaja tidak menyenangi pegawai PTD tetapi ada juga pegawai PTD tidak menyenangi pegawai PDRM macam kamaruddin ini.
Post a Comment