Social Icons

Pages

Tuesday, June 24, 2014

#KALIMAHALLAH !!! #KHALIDIBRAHIM TUNDUK DESAKAN DAN KEHENDAK KRISTIAN ??? APA CERITA NI ???


Isu rampasan kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama ‘Allah’ terus hangat apabila MAIS enggan memulangkan Injil tersebut.Akibatnya,MAIS diserang bertubi-tubi,malah didesak agar kuasa eksekutifnya dilucutkan sahaja.Jika ada yang menyangka bahawa isu ini merupakan isu antara Islam dan Kristian,maka mereka perlu berfikir semula.Ini kerana,sedang pihak Islam diwakili oleh MAIS yang menjadi sasaran serangan,pihak Kristian pula dijuarai oleh parti politik iaitu DAP dan PAS. Dalam kata lain, isu ini bukanlah isu antara agama, tetapi isu pembangkang mempolitikkan agama sekali gus membayangkan kemungkinan ia sengaja ditimbulkan demi mencipta ketegangan.Syak wasangka ini dikukuhkan lagi apabila pembangkang secara jelas dan tanpa berselindung memihak kepada Bible Society Malaysia (BSM) serta mengecam MAIS secara bersepadu dan agresif tanpa mengambil kira fakta,angka mahupun undang-undang.Tersepit antara ketegasan MAIS dan tekanan politik,Menteri Besar Selangor berjanji akan berjumpa dengan MAIS dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. 

Bagaimanapun,beliau tidak pula menyatakan akan berjumpa dengan BSM atau mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pihak serentak.Secara tidak langsung,janji MB Selangor itu membuktikan bahawa beliau turut memihak kepada BSM dan perjumpaan dengan MAIS nanti hanyalah untuk ‘memujuk’ mereka.Persoalan di sini ialah,apakah hak MB untuk membelakangkan undang-undang ??? Perlu diingatkan bahawa MAIS bertindak berlandaskan undang-undang yang jelas mengharamkan penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah agama lain. Mungkin BSM berhak mempertikai cara perlaksanaan undang-undang oleh MAIS tetapi tiada siapa pun yang berhak untuk menolak hakikat bahawa BSM telah melanggar undang-undang.Ini bermakna,MAIS boleh dikenakan amaran atau tindakan atas kegagalan menjalankan tugas dengan baik, tetapi ia tidak bermakna yang Injil itu harus dipulangkan. 

Sekali lagi saya nak nyatakan,walau apapun kesalahan MAIS,BSM tetap telah melanggar undang-undang.Malang sekali bagi pihak Islam kerana Selangor merupakan negeri di bawah PR Dan seperti mana-mana negeri di bawah PR,ia tidak begitu ‘peka’ dengan undang-undang.Lihat saja bagaimana pemilihan parti-parti dalam PR mahupun pentadbiran negerinya di mana semuanya dijalankan secara samseng, iaitu penuh manipulasi dengan setiap keputusan perlu mengikut citarasa pemimpin yang paling berkuasa sekali.Dalam konteks kerajaan Selangor,pihak yang paling berkuasa sekali tentulah DAP, walaupun pada dasarnya ia diterajui oleh PKR.Oleh kerana DAP merupakan ‘dalang’ kepada isu Injil ini, maka MB Selangor tentunya hanyalah salah seorang dari watak yang melengkapi strategi dan perlu akur dengan setiap kehendak DAP. 

Apatah lagi dengan hakikat PAS juga turut senada dengan DAP dalam hal ini.Seperti yang kita sedia maklum, apabila saja DAP yang menjadi teraju kuasa,Sultan juga akan diketepikan mereka.Justeru,secara tidak langsung,isu Injil ini bakal menunjukkan kepada kita di manakah terletaknya kesetiaan MB.Apakah beliau akan setia kepada Sultan atau DAP ??? Atau apakah beliau akan tunduk pada Allah SWT, atau Bible Society…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Lu jgn nk mengata menteri besar wa ok?

sbagai rakyat selangor bg wa dialah pmimpin trbaik yg pernah ujud kat bumi selangor ni.
dia prnah mjadi ketua dlm sbuah syarikat jd dia ada bnyak pengalaman.

100% rakyat selangor trmasuk dri barisan amat bbangga dn bbesar hati mndapat mnteri besar sperti dia.

Anonymous said...

Lu org barisan mmg iri hati pd rakyat dn negeri selangor yg kaya raya, selangor akan terus kaya dn kaya dn kaya!
Selangor akn terus mnjadi contoh pd negeri lain.
Selangor juga ada adun dan parliman pas yg akn mbela islam!

Anonymous said...

Wlupun menteri besar wa nmpak mcm gagap tp dia tak gagap sbenarnya.
dlm gagap lah dia mndapat idea, lu orang jgn salah paham k.

Anonymous said...

saya amat amat bersetuju dgn komen diatas tu...hidup orang melayu Selangor..atas kecerdikan anda semua yg berjaya memilih kerajaan yg dapat memenuhi hasrat dan cita cita orang melayu.....Hidup melayu Selangor

arab said...

Hahhaha.... Aku nk trgelak baca komen kt atas... Nk bangga apa nyer, minom air lombong leh bangga ke??dpt ahli parlimen suh sekat kuasa majlis islam nk bangga gak ke??kalu dpt menteri besar mcm mukhriz bangga ah jugak... Xbagus ckp xbgus xyah nk bodek

Anonymous said...

Wa tau lu owang smua iri hati bab tak dapat menteri besar mcam selangor dapat.
Selangor akan terus maju dan maju walau jarang mandi pagi dan petang.
Belah la lu owang!

Anonymous said...

sudahla pemilihan parti korang di selangor lintang pukang huru hara itu contoh baik ke??? khalid gagap lu mmg nmpk baik tp tunggu masa nk kena "game" dgn puak zemin n mak lampir, geng sama geng pun nk bedal membedal brdekah siol

Anonymous said...

lu boloj punya olang, gua sula melayu sama melayu goh leh. olang boleh kuat. 1 malaysia cina jaga leh. malaysia tukar nama, lepublik of cinasia, leee!

 
 
Blogger Templates