Walaupun seluruh kawasan di sekitar Kampung Sungai Isap Kuantan ini di tenggelami air banjir,namun sekitar kawasan Masjid Kampung tersebut tidak di tenggelami air,itu lah keajaiban kuasa Allah melindungi tempat suci umat islam.Jika sebelum ini heboh isu Masjid Masjid Al-Fatah Batu Tiga Jalan Gambang yang di tenggelami air,namun hanya air jernih sahaja yang memenuhi ruang solat masjid itu.
Kini Masjid Sungai Isap pula dilindungi Maha suci pencinta seluruh alam melindunggi kebesaran dari segala musibah yang berlaku,kawasan segi empat yang menempatkan Masjid ini tidak sedikit pun terjejas dan tenggelam sedangkan di persekitarannya rumah,pejabat sudah di tenggelami Air - AANS1
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
11 comments:
sesungguhnya kita percaya dgn kuasa Allah... cuma adakalanya kita kena fikir logik juga... maybe masjid tu letak di kwsn lebih tinggi... mcm citer tsunami Aceh...
Ketentuan Allah masjid tu dibina atas tanah yg lebih tinggi sikit ..
Ok lah anom 12.06.katalah yg masjid tu terletak di kawasan tinggi.Macamana pula Air yg jernih diruang Solat Masjid Gambang.Ada penapis air kok sekeliling Masjid tu
Agaknya berkat doa mat sabu...???
maaf bercerita, di Acheh masjid nya di gigi air tak sampai10 metres. Saya lihat dgn mata kepala saya sendiri. Jadi jangan buat andaian jika tidak tengok sendiri. walhuallahualam
Logik bahawa masjid itu terletak di tanah yang lebih tinggi. Dan logik bahawa Allah SWT menetapkan banjir itu hanya naik sekadar aras tanah masjid itu. Pergilah ke masjid selalu, pasti kita dapat merasa dimana kelebihan masjid di sisi Allah SWT berbanding banggunan lain termasuk istana mahupun rumah bunglow kita sendiri. Wallahua'lam.
Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir. Akal yang Allah beri tentu digunakan oleh akitek untuk berfikir bagaimana mengelakkan masjid yang dibina terhindar dari tenggelam jika banjir. Telah sedia maklum sejak dulu lagi kawasan Sg Isap adalah kawasan rendah dan sentiasa terdedah kepada banjir besar. Walaupun masjid itu adalah rumah Allah, janganlah kita asyik berfikir yang ajaib-ajaib sahaja. Allah beri kita fikiran dan kebolehan kita berfikir itulah keajaiban kurniaan Allah SWT. Selepas itu perlulah kita bersyukur dan pelajari sesuatu atas hikmah yang Allah beri.
Masjid sng isap berapa di tanah tinggi, masih dalam pembikinan luaran lagi. Tinggi tapak masjid itu lebih kurang tinggi bumbung Surau lama (sebelah kanan yang di dlm gambar tu).
Kejernihan air kelihatan ada lah sebab ketinggian air yg sgt cetek, maka kelihatanlah sep erti jernih.
Pencerah melalui penerangan sains adalah perlu, tetapi andai sains tidak dpt terangkan, makan itu lah kebesaran Allah.
Kuasa allah tu benar...tambun la masjid tinggi langit pun...kalau allah kata tenggelam...tenggelam jugak...tiada yg berkuasa selain allah...cume tak elok kite sebar kan berita palsu...tu yang saya terpanggil nak beri pencerahan...bukan nak menafikan kuasa allah...tp allah jugak melarang kite dr berbohong dan menyebarkan sesuatu yg slah...
Jd sy terpanggil tuk beri penjelasan...masjid sungai isap nie terletak di sungai isap damai berhadapan padang...berdekatan dengan sungai...sebenar nyer masjid nie di bina dengan menambun tanah tinggi hampir sama paras dengan bumbung masjid lama bersebelahan dengan masjid tu....oleh kerana gambar yg di ambil itu sewaktu banjir maka tidak kelihatan masjid tersebut lebih tinggi dari tempat laen...sekira nyer gambar masjid sebelum banjir ad di serta kan...insyaallah tiada kekeliruan berlaku...
Mengenai masjid alfatah pulak...gambar yg di ambil jelas menunjuk kn gambar sebelum air sungai bercantum dengan air bertakung ketika banjir....kerana dari gambar tersebut
Kerana dari gambar tersebut jelas menunjuk kan air dalam masjid tersebut bukan pada paras sebenar ketika banjir...ketika hujan lebat dan mula menyebab kan banjir..air hujan masih tidak bercampur dengan air sungai yg lebih keruh....sekira nyar gambar sebenar sewaktu banjir tempoh hari di serta kan....di mana paras air yg hampir mencecah bumbung masjid di sertakan...insyaallah tiada kekeliruan
Saya mangsa banjir yang rumah berhadapan masjid sungai isap dan berjalan kaki melalui hadapan masjid alfatah sewaktu banjir untuk ke pusat pemindahan...apa yg saya beritahu adalah melalui pengalaman saya sewaktu banjir...
Apa sih yg kalian permasalahkan? Semua kejadian di mulai saat membangun masjid Dan sampai saat banjir terjadi itu semua sudah jadi ketentuan allah.apa yg kalian ributkan ?udahlah tak usah debat. Lagi semua itu sdh jadi ketentuan allah ..kalian semua tak usah sok intelek dalam comment ini .aku tahu kalian semua org berpendidikan,tapi tak usah sok saling pintar sendiri masing2...ok .stop saling debat .
Post a Comment