Seperti yang telah di duga,Ahli Parlimen Kluang,Liew Chin Tong tidak akan berdepan
dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor,Dr Boo
Cheng Hau.Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu sejurus
selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan kelmarin.Paling menarik,ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan
Cheng Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim
Guan Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan
pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.Terdahulu,seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti
itu, telah memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang
menawarkan diri.Pada pemilihan itu,Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk
berada di tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14
dengan 185 undi.
Persoalannya ialah,bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat
ke-14 (hampir tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu ???
Sedangkan kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes),Chin Tong jelas tidak
layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.Bukankah mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang
dijadikan hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam
pilihanraya umum yang lalu ??? Jadi mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam
sistem ‘pemerintahan’ DAP ??? Apakah ia bermaksud pendekatan ‘undi
popular’ bukanlah kayu pengukur kepada lambang demokrasi seperti yang diwar-
warkan sebelum ini ??? Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri
ketika diminta mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan
itu sebenarnya merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam
DAP Johor. Ini kerana ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan
kumpulan ‘Dinasti Lim’ yang diwakili oleh Chin Tong.
“Penyokong DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang
ketelusan.Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya
separuh dari perwakilan.Persoalannya mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana
tidak dapat hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan
sebagainya” katanya.
Hamim turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu
sedang cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada
ketika ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu
terhadap anaknya.Sudah enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada
dalam arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup
melepaskan kuasa.DAP selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa
namun sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding
dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Namun Kit Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain
bertanding dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai
penasihat DAP.Paling mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau
mengkritik kepimpinan ‘Dinasti Lim’ akan segera disingkirkan atau dipecat. Sejak
PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya kerana mereka tidak sehaluan
dengan pemimpin tertentu dalam DAP.
Contohnya pemimpin DAP India dari Johor,Murugan A.Kaliappan dan Thulasi Das
Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang
diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.Sikap hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang menjerit tentang
soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri
menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti
demokrasi.Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi, mereka
pula dipecat.Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme,kronisme,rasisme dan anti demokrasi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment