saya nak tanya sekali lagi !!! apa kebaikan nya kalau PR dan BN ada dialog ??? saya ceritakan apa yang berlaku pada ahad lepas.pada hari ahad yang lepas,Anwar Ibrahim telah membuat perutusan khas mengajak Barisan Nasional
duduk semeja,berbincang mengenai cara untuk menangani masalah perkauman
yang kian meruncing.Dalam kenyataan itu,Anwar kelihatan cuba meyakinkan rakyat
bahawa apa yang dikatakan sebagai ‘ancaman’ ke atas agama Islam adalah tidak
benar dan bahawa ada usaha untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga
adalah tidak benar.Dari kenyataan tersebut,jelas terlihat bahawa Anwar bercakap bagi pihak DAP yang
kini terjerat dalam permainan perkauman yang dimulakan sendiri.Malah,kenyataan
Anwar hanyalah ulangan dari apa yang dicadangkan Lim Kit Siang yang akhir-akhir
ini begitu galak mengajak BN duduk semeja di sebuah sidang kemuncak untuk
memastikan 13 Mei tidak berulang.Apa yang pasti,masalah polarisasi kaum di negara ini kian meruncing sejak
tercetusnya isu Kalimah Allah.
Keengganan pihak Kristian untuk menerima keputusan
mahkamah dan memutarbelit ‘10 Penyelesaian’ menjadikan keadaan semakin panas
sehingga membawa kepada insiden ‘molotov cocktail’ di Pulau Pinang.Tindakan pihak Kristian mengheret Sabah dan Sarawak ke dalam isu ini pula
membuktikan bahawa adanya tangan pembangkang atau lebih tepat DAP,yang
mencatur strategi untuk merampas kedua negeri itu dari tangan BN melalui isu
ini.Sekali gus membuktikan betapa DAP atau pembangkang itu adalah parti
yang amat tidak bertanggungjawab kerana sanggup menimbulkan ketegangan,memperjudikan keamanan dan nyawa rakyat semata-mata untuk berkuasa.apabila isu kebiadapan pemimpin PKR dalam isu kangkung meletup dan DAP menjadi
sasaran,maka pembangkang mula tersedar bahawa isu Kalimah Allah telah memakan
diri mereka kembali.Orang-orang Melayu semakin curiga terhadap pembangkang,sekali gus memusuhi DAP yang dilihat sebagai dalang menghasut kebencian terhadap
Melayu-Islam.Oleh itu,biarpun kangkung tiada kena mengena dengan kaum atau
agama, tetapi ia telah dijadikan sebab untuk bertindak balas terhadap DAP.
Perkembangan terkini mengenai guru dan penyanyi mualaf dipaksa buka tudung dan
kes guru Cina memaksa murid Melayu memakan rumput melonjakkan lagi kemarahan
orang-orang Melayu terhadap DAP.Semua ini dilihat sebagai hasil dari keangkuhan
dan kesungguhan DAP menyemai kebencian di kalangan orang-orang Cina agar tidak
menghormati orang Melayu serta undang-undang negara.Bagaimanapun,laungan 13 Mei oleh orang-orang Melayu ternyata membuatkan
pembangkang,terutamanya DAP,tersentak.Sehubungan dengan itu,pembangkang
terpaksa membelok tajam mencari jalan untuk memperbaiki kerosakan.Lalu dari
situlah laungan mengajak kepada perbincangan dan kerjasama dengan BN pula
kedengaran.Kononnya,pembangkang prihatin dan risau dengan keadaan yang
semakin meruncing dan ingin sama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan
keamanan.Sekali imbas,cadangan pembangkang ini tampak begitu murni sekali.Malangnya,ia
tidak mungkin dapat direalisasikan kerana yang menjadi masalah dan punca masalah di
sini ialah pembangkang itu sendiri.
Pembangkang telah keterlaluan membuat provokasi kononnya UMNO parti rasis,hanya
kerana parti itu mempertahankan perlembagaan dan memperjuangkan perpaduan
yang sebenar.Penyokong pembangkang dari DAP pula tidak henti-henti mencabar
dan menghina agama Islam. Pembangkang juga langsung tidak menghormati Sultan
dan juga YDP Agong serta engkar dengan titah perintah baginda.Pembangkang
sering menolak keputusan mahkamah serta enggan patuh pada undang-undang,hatta
membela penjenayah.Pendek kata,jika benar inginkan keamanan,maka pembangkang haruslah bersikap
lebih matang dengan bergerak atas isu rakyat dan pembangunan negara, bukannya
cuba melakukan huru-hara, menerapkan sikap prejudis antara kaum,menukar sejarah,mengubah perlembagaan serta cuba membuang identiti Malaysia.Kesimpulannya,perbincangan antara BN-PR bukanlah satu keperluan.Apa yang
perlu bagi memastikan keamanan ialah agar pembangkang berhenti menjadi masalah
kepada negara. Sesungguhnya,jika pembangkang lebih bertanggungjawab,maka masalah polarisasi
kaum mahupun ancaman berulangnya 13 Mei tidak akan timbul sama sekali.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
RED ALERT....
Blogger Kelab Greenboc.. menunjukkan Hal Sebenar Al-Kafiruuun...cubaan untuk meMURTADkan pembaca Islam...Adakah Ini Blogger Red Bean Army????
http://greenboc.blogspot.com/2014/01/menjelaskan-kekeliruan-dalam-isu.html
Rata-rata banyak penganut Islam di Malaysia terutama di Semenanjung Malaysia dan berbangsa Melayu tidak mengetahui bahawa perkataan “Allah” telah lama digunakan secara aman semenjak dari dulu lagi.
Sebenarnya perkataan “Allah” terdapat di dalam Al Kitab Kristian sebelum isu itu di jadikan polemik. Malah ia digunakan sebelum kewujudan Islam lagi oleh umat Kristian Arab dan umat Arab Jahiliyah yang lain.
Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk sesorang itu menganut agama Kristian jika dia tidak melalui proses pembaptisan dan proses pengenalan. Lafaz doa iman sahaja itu tidak cukup untuk menjadikan sesorang itu Kristian.
Antara alasannya, “Allah” itu esa dan “Allah” itu bukan dua atau tiga mahupun konsep trinitas. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan “Allah” itu oleh Kristian adalah menghina Islam dan harus dilarang.
Jika diamati, ketiga-tiga agama besar seperti Yahudi, Kristian dan Islam merupakan agama wahyu. Mana mungkin wahyu itu diberikan oleh Tuhan yang berlainan antara satu sama lain.
Tentu dalam ajaran Islam sendiri melalui Al-Quran dan hadis pun tidak melarang Sang Pencipta itu digelar “Allah”.
Penulis sebenarnya terkilan, kerana Kristian merupakan agama monotheistik yang mengajar konsep ketuhanan yang esa. Konsep trinitas (Trinity) di salah anggap sebagai konsep poleistik.
Bagi Kristian, untuk memahami konsep trinitas ini memang diperlukan keterbukaan hati untuk memandang Sang Pencipta dari sudut pandang yang mengatasi pola berpikir manusia. Ianya hanya mampu difahami atas dasar iman yang berlandaskan cinta kasih.
Kasih tidak mungkin berdiri sendiri, namun melibatkan dua belah pihak seperti kasih suami istri, melibatkan kedua belah pihak, maka disebut sebagai “saling” mengasihi.
Kalau Tuhan adalah kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Tuhan tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan juga dapat membalas kasih-Nya dengan darjat yang sama. Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan betul-betul sendirian. Jika tidak, maka Tuhan tidak tentu dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.
Alert @Gelombangkick, @FlyingKick, @Apa Nama, @A.K.Jasin, @ Dinturtle, @melayumaju, @Tranungkite, @Syed Outsidethebox, @helenang, @chedet, @cahaya la majid, @thekualalumpurchroniche, @
Saya yakin penulisan asal ditulis oleh Paderi Kristian dr Indonesia.... Waspadalah Melayu Islam...
Boleh tgk perbezaan antara pemimpin yang ada akal dan kurang/zero akal (kangkong..ayam.. Dll) uhuuhuhuuuuu..
Post a Comment